Saturday, March 26, 2011

Sukan Semantan Ulu, terima kasih kepada penderma.

 Sabtu, 26 Mac 2011. Sukan di SK Semantan Ulu. Murid 45 orang tapi sukan tetap dijalankan. Kebetulan pula jiran sebelah pagar sekolah buat kenduri kahwin.

 Ada yang bermurah hati menaja makanan untuk semua pelajar. Semua murid dapat sebungkus makanan 'Marrybrown'. Dapat belon yang diagihkan oleh maskot Marrybrown. Dapat menari bersama-sama dengan maskot. Terima kasih kerana murid-murid semua cukup gembira.
Kepada penderma tahun lepas, dari Dubai dan Arab Saudi, terima kasih sekali lagi kerana duit itu masih ada baki lagi dan dapat kami guna untuk perbelanjaan pada tahun ini.
 Khemah mesti pasang betul-betul, kerana sekarang ni musim hujan. Persiapan sehari sebelum hari sukan.

Habis saja acara sukan, semua murid dan guru serta semua ibu-bapa dijemput makan kenduri di rumah sebelah. Terima kasih tuan rumah.

6 comments:

Yong Ana said...

Cikgu Man,
Kena upload banyak2 skit gambar ni.. hehe.. Terima kasih banyak2 kepada mereka yang memberi sumbangan.. :)

Sally said...

Salam PM,
baca n3 ni pun dah dpt rasa kemeriahan hr sukan tu..yg penting murid2 semua gembira..semoga yg menderma terus d rahmati Allah..

Pak Man laksam said...

Yong Ana,
Semoga rezeki mereka dimurahkan oleh Allah. Tahun depan harap dapat lagi.

Pak Man laksam said...

sally,
Semoga ini akan menjadi kenangan manis bagi mereka dan akan diingati sampai bila-bila.

PINATBATE said...

Seronoknya! meriah sungguh..

Pak Man laksam said...

Pinat,
Sukan tu tak lah besar ......tapi budak-budak seronok.