Tuesday, March 18, 2014

Anak Perempuan Kapten Zaharie Pulang Ke Malaysia

Anak Perempuan Kapten Zaharie Pulang Ke Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 18 Mac 2014 8:13 AM  mstaronline.
Kapten Zaharie Ahmad Shah

PETALING JAYA: Anak perempuan kepada kapten penerbangan MH370 Zaharie Ahmad Shah terbang untuk pulang ke Malaysia dari Australia, tempat di mana dia tinggal sejak tahun 2010, menurut laporan mirror.com.uk.

Aishah Zaharie telah pulang untuk bersama keluarganya, kata laman web berita Australia itu.

Dia telah memberitahu rakannya bahawa spekulasi tentang ayahnya sebagai "satu penderitaan dan kesakitan terhadap keluarga".

Sumber laman web itu berkata: "Apa yang media antarabangsa tulis tentang Kapten Zaharie tidak benar [dan] tidak masuk akal. Dia seorang lelaki yang baik dan bapa penyayang kepada anak-anaknya.".

Aishah kini mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.

1 comment:

Anonymous said...

Bodoh tahap gaban masakan pilot terlatih nak rampas kapal terbang, apa selama ni MAS bagi gaji kurang ke? sepatutnya dibuat doa selamat, solat ghaib dan solat malam selain berusaha mencari dilautan dalam terkini menggunakan kapal selam yang tercanggih bukan menuding jari sahaja..