Wednesday, March 19, 2014

Anak Ketua Pramugara MH370 Tangguh Ambil Keputusan SPM


Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 3:00 PM


PETALING JAYA: Ahli keluarga kepada ketua pramugara penerbangan MH370, Andrew Nari pada Rabu mengesahkan bahawa anak perempuannya, Maira Elizabeth Nari tidak akan mengambil keputusan SPM yang akan diumumkan pada Khamis.

"Kami telah menghubungi pihak sekolah dan meminta mereka menyimpan dahulu transkrip keputusan kerana kami masih tidak mahu diganggu.

"Kami benar-benar menghargai jika semua orang boleh memberikan kami privasi yang sepatutnya pada masa ini," kata ahli keluarganya kepada The Star.

Terdahulu, Maira, menulis di Twitternya: "Keputusan SPM akan keluar esok, dan harap dia (bapanya) akan kembali pada masa itu. Tetapi tidak mengapa. Dia tetap di dalam hati saya."

Cuba untuk positif, Maira juga menulis: "Selamat berjaya calon SPM 2013! Mari kita berdoa dan berharap yang terbaik. Beri kebanggaan kepada ibu bapa kita. Percayalah pada diri sendiri, bertindak dan berfikir positif."

No comments: