Sunday, March 17, 2013

Konvoi Motor Besar - jangan sampai menyusahkan orang kampung.

Setiap hari Sabtu dan Ahad akan berjujuk-jujuk lah motor besar berkonvoi menuju Cameron Highlands melalui kampung Batu Talam. Mereka datang entah dari mana. Rakyat Malaysia sekarang ni dah banyak duit, dah mampu beli motor besar. Bagus lah..........
Cuma satu jer Pak Man nak pesan, kalau berkonvoi tu jangan lah sampai menyusahkan orang kampung. Mereka naik motor berlapis-lapis, sampai guna separuh jalan raya. Marshal mereka pulak siap suruh orang lain ketepi. Mereka nak lalu. Orang kampung yang naik basikal dan motor C70 siap kena berhenti ke tepi , bagi laluan untuk mereka. Adakah mereka ni 'anak raja'?.
Ingat!....kalau setiap orang yang kena berhenti ke tepi itu menyumpa-nyumpah, kalau cukup 40 orang yang menyumpah-nyumpah, kamu semua tak selamat.
Apa salah nya beratur satu-satu macam orang lain bawa motor. Jangan anggap diri kamu tu 'Special' sangat.
Kadang-kadang berkonvoi untuk tujuan 'amal'. Bagus lah. Tapi jangan sampai menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. KITA SAMA-SAMA BAYAR CUKAI JALAN.

9 comments:

transformed housewife said...

ambo memey tok kene sokmo tgk hok jenih dok wat konvoi muto besar nih. sokmo nyusoh ko ore2 lain.

Pak Man said...

thw,
tq....hehehe.

Granny Hani said...

sokong. pernah sekali tu konvoi kereta kancil..kita yg guna jalan raya jadi serba salah sebab mereka tu bukan laju mana tapi guna dua2 lane..Sakit hati sungguh.

Anonymous said...

entah apa kemaruk dgn motosikal. ada umur dah magherib sibuk kesana kesini.
konon nak ikutborg amerika hells angel bike rider. yapi mereka ni suma gangster mostly ada rekod polis..kegiatan haram. dah cara hidup naik moror cara hippy.takde ugama..
yg org kita ni apa ke jadahnya ..terikut ikut.anytg westen suma nak ikut. gayabidup nama omputih..bodoh betul

rafiah

Pak Man said...

GH,
Tenkiu......hehehe.

Pak Man said...

rafiah,
Tenkiu....hehehe.

naha said...

Salam Pak Man,

saya pun bawak jugak tapi sendiri sendiri la dgn gefren saya.. tak larat nak kejar org berlumba2 ni.. laju sgt.

terbaru kami ke Melaka.. saja saja, tanpa persediaan jeket, baju hujan. yang ada beg laptop. Konon nak balik hari.. kensel.. sakit pinggang ngan punggung.. gefren sakit belakang pikul laptop tu. terpaksa sewa hotel semalam, esok baru balik.. kena ujan.. huhu .. tapi best! berdating.. next.. kami nak ke Raub lah pulak.. tunggu ya..

Pak Man said...

naha,
Okay.......hati-hati di jalan raya.

Si Ketam Batu said...

walau saya kaki motor dan peminat superbike, saya amat bersetuju dengan Pak Man.... bila berkonvoi jangan sampai menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.......