Wednesday, January 30, 2013

Bubar DUN - Selangor akan buat keputusan sendiri selepas Chap Goh Meh

Pilihan Raya Negeri: Jika Tiada Pengumuman, S'gor Akan Buat Keputusan Sendiri Selepas Chap Goh Meh 
 
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menegaskan sekiranya selepas perayaan Tahun Baru Cina, Kerajaan Persekutuan masih belum memberi indikasi bilakah pilihan raya umum akan diadakan, mereka akan membuat keputusan sendiri selepas Chap Goh Meh.
Tetapi sebelum itu, Negeri Selangor akan terlebih dahulu membawa perkara ini ke pengetahuan dan perbincangan pimpinan pusat Pakatan Rakyat (PR), kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di sini, Rabu.
Parlimen akan secara automatik terbubar menjelang 28 April jika perdana menteri tidak mengumumkan tarikh pembubaran lebih awal dari itu.
Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum.

# mStar online.

No comments: