Wednesday, September 15, 2010

Ketupat Palas Dalam Badang.


Pada pagi Raya , Pak Man pergi awal ke masjid Bachok. Takut tak dapat parking dan takut kena sembahyang atas jalan tar macam tahun lepas. Seperti kata pepatah, "sekali jalan kena, dua kali jalan dah tahu". Lebih kurang pukul 7.30 am. Tempat dalam masjid pun boleh pilih. Itulah kelebihan datang awal. Dalam pada itu boleh lah bertakbir raya lama sikit.


Sebelum pergi ke masjid, Pak Man bersarapan pagi dengan ketupat palas cicah nisan cair. Makan juga ketupat yang manis inti serunding. Minum teh 'o'. Gambar ni Pak Man ambil semasa mak Pak Man tengah memasak ketupat pada malam raya. Yang dah masah diisikan dalam badang. Kalau tak tahu apa itu badang, sila rujuk Kamus Dewan.
Ketupat direbus dalam kuali tembaga. Antik sungguh kuali ini. Mak kata dia beli kuali ini 50 tahun yang lalu. Harga nya beberapa ringgit saja. Setiap tahun mak akan guna kuali ini untuk masak ketupat.

16 comments:

Pak Zawi said...

Pak Man,
Cantiknya ketupat yang mak Pak man buat, semuanya terik tak seperti yang Pak Zawi buat. Ada manisan cair pula tu. Sini susah dapat cuma gula melaka yang dicairkan je ada. Selain dari badang ada juga nikar dalam gambar tu.

Hanis MY said...

Salam Pak Man..terliur saya tengok ketupat tu sedapnyaa..kegemaran saya tu..

sally said...

Salam PM,
tahun ni pagi raya d Pontian hujan punyalah lebat..alhamdulillah hujan rahmat..
Sally suka ketupat daun palas ni, yang kosong(tak manis) mkn dgn rendang ayam..sodappp..

ikan emas said...

Selamat hari raya..

sedap ketupat palas tu.
agak-agaknya kalau nak beli kuali tembaga tu berapa harganya ? kat pasar payang ada jual kan ?

lina said...

Mmmm... sedapnya makan ketupat palas.... :)

pakmat said...

..salam raya, pakman..kawe semaye rayo di sejid Pengkalan Baru..dekat dgan umah..:)..smula mari jale umah..kawe jiran dgan PPD Bachok hok baru, cikgu Saufi..

transformed housewife said...

ambo ado wat balik ke KJ sikit tupat daun palas. tempoh dr mok sepupu. nok wat sediri tok berapo pandai.

Cikli said...

salam pakme,

masjid bachok ada berapa tiang besau-besau tu. sayapun biasanya akan pilih tiang bila masuk masjid.

Pak Man laksam said...

Pak Zawi,
Nikar adik beradik 'boko'........bahasa lama tu.

Pak Man laksam said...

Hanis,
Sabar itu sebahagian daripada iman........sabarlah ya.

Pak Man laksam said...

Sally,
Terima kasih........

Pak Man laksam said...

ikan emas,
Ya.....ada jual dekat pasar payang.

Pak Man laksam said...

lina,
Terima kasih........

Pak Man laksam said...

pakmat,
Insya-Allah.............terima kasih.

Pak Man laksam said...

THW,
Tak apa lah........asalkan dapat makan.

Pak Man laksam said...

Cikli,
Hahahaha......tiang memang menjadi pilihan ramai........