Saturday, November 7, 2015

Hari ni nak gi Kuantan.

Jalan Raub-Lipis 1960

Nak ke Kuantan ambil budak KMPH balik cuti.
Esok nak gi UIA
anak no.2 Konvo.

Tuesday, November 3, 2015

What has happened today.....

Students have returned textbooks.
teachers distribute books for next year.
itu tandanya cuti sekolah sudah semakin hampir.

Friday, October 30, 2015

Anak demam? ibubapa tak payah cuti......

Anak demam?
Senang saja.
Hantar anak ke sekolah.
Ibubapa boleh pergi kerja.
Bila cikgu dapat tahu budak itu demam,
cikgu akan hantar budak tu ke klinik,
guna kereta cikgu.
ibubapa tak payah susah-susah.
Senang kan?

Thursday, October 29, 2015

Huk aloh....

Kalau kita cakap hal orang lain, 
mereka kat kita mengumpat.

Kalau kita bercerita hal diri sendiri,
mereka kata riak, nak menunjuk-nunjuk.

Kalau kita diam,
mereka kata kita sombong.

Huk aloh.........

Wednesday, October 14, 2015

Beginilah nasib guru-guru di pedalaman






Semua gambar-gambar di atas adalah merupakan guru-guru yang mengajar di SK Pos Tohoi, Gua Musang.
#kredit kepada tuan punya gambar.

Tuesday, October 6, 2015

Up grade jalan ke pondok Pak Man

 Hari ni kontraktor mula buat jalan ke pondok Pak Man. Bubuh batu. Ratakan dan akan di bubuh tar. Semua kos dibayar sendiri. Tak apa lah..........

 Pekerjanya 3 orang sahaja. Tokey nya orang Melayu. Harap-harap akan siap lah hari ni. Tapi ........alamak! Lori nya terbalik pulak. Kerja ditangguhkan .......sambung esok pulak.


Monday, October 5, 2015

Jerebu. Sekolah di tutup.

 Hari ini sekolah ditutup akibat jerebu. Tak ada apa nak buat, jadi Pak Man meracun lalang tepi pagar rumah . Selesai urusan meracun, terus naik kuda merah. Menuju ke bandar Raub. Pergi gerai coconut shake. Minum air kelapa sebagai penawar racun.

Tuesday, September 29, 2015

Monday, September 28, 2015

Kertas BI UPSR dipecah dua gred mulai 2016

Kertas BI UPSR dipecah dua gred mulai 2016
upsr


PUTRAJAYA - Kertas Bahasa Inggeris (BI) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk pemahaman dan penilaian dipecahkan menjadi dua gred berasingan mulai tahun depan, kata Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh.

Beliau berkata pada UPSR sebelum ini, ujian pemahaman dan penilaian bagi subjek BI digabungkan sebagai satu gred sahaja dan hanya kertas Bahasa Melayu (BM) yang mempunyai dua gred.

"Langkah mengasingkan gred pemahaman dan penilaian bagi kertas BI dibuat sejajar dengan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar," katanya dalam sidang media mengenai format baharu peperiksaan pusat UPSR 2016 di sini hari ini.

Berikutan pengasingan ujian kertas BI itu, calon UPSR bagi Sekolah Kebangsaan (SK) akan mendapat enam gred mulai tahun depan berbanding hanya lima gred sekarang manakala calon Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina SJK Tamil akan memperoleh lapan gred berbanding tujuh.

Ketika ini, calon UPSR untuk SK diberi lima gred berdasarkan subjek BM yang dipecahkan kepada pemahaman dan penilaian; BI; Matematik dan Sains manakala calon SJKC dan SJKT diberi tujuh gred berdasarkan subjek BM (pemahaman dan penilaian); BI; Matematik; Sains serta dua lagi masing-masing melibatkan kertas Bahasa Cina dan Tamil.

Nawal berkata bermula tahun depan juga, kertas UPSR bagi subjek BM, BI, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil untuk ujian pemahaman akan mempunyai soalan dalam bentuk subjektif berbanding hanya objektif ketika ini.

Beliau berkata format ujian pemahaman dalam bentuk subjektif itu antara lain bertujuan menguji pengetahuan dan kefahaman sistem bahasa pelajar; menguji kemahiran aplikasi maklumat serta menguji kemahiran kreatif dan apresiasi bahasa calon.

Pada masa sama, katanya, Lembaga Peperiksaan juga akan mengurangkan soalan dengan objektif aneka pilihan, sebaliknya menambah bilangan soalan berbentuk objektif pelbagai bentuk sejajar dengan usaha untuk membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Katanya, mana-mana pihak yang ingin melihat dan meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh berbuat demikian dengan melayari laman sesawang www.lp.edu.my mulai hari ini. - Bernama

Kecuaian manusia.

Concrete pipe crash causes pile-up

The concrete pipe that caused a five-car pile up at Sungai Besi.
The concrete pipe that caused a five-car pile up at Sungai Besi.

PETALING JAYA: A large concrete pipe caused a five-car pile up at Sungai Besi when it fell off the back of a lorry.
In the 6.45am incident Monday on the North-South Expressway, the pipe fell as the lorry was travelling under a flyover and crashed on to a car behind it.
Serdang OCPD Asst Comm Razimi Ahmad said four other cars were also involved in the pile up, as they were unable to stop in time.
"Fortunately, no one was hurt. We managed to keep the traffic flow smooth and cleared the debris quickly," he said.

thestaronline.

Wednesday, September 2, 2015

Jangan lupa asal-usul kita.

“Kita berteduh di bawah bayang-bayang pokok, kerana ada orang sebelumnya yang tanam pokok itu.”


Monday, August 17, 2015

Datuk LCW


SUKAN
17 Ogos 2015
MUNGKIN tiada lagi peluang bagi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merealisasikan impiannya dalam merangkul kejuaraan dunia pertama sepanjang kariernya selepas ini.