Thursday, September 26, 2013

Bekas MB Kedah meninggal dunia.

Bekas MB Kedah meninggal dunia
  • Azizan
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi.
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.

"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.


dari mStaronline.......
Bekas MB Kedah Meninggal Dunia
Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak, 69, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pagi Khamis.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata beliau menerima mesej teks tentang berita ini beberapa minit selepas Azizan menghembuskan nafas terakhir.
Pada Rabu lalu Azizan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami serangan jantung di hospital.
Keadaan Azizan lemah sejak pukul 1.00 pagi hari berkenaan dan beliau mengalami serangan jantung dua jam kemudian.
Beliau tidak sedarkan diri dan telah diletakkan di bawah pemerhatian rapi.
Ketua Penerangan PAS Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata Azizan mengalami serangan jantung kedua pada tengah hari Rabu lalu.
Kaki Azizan telah dipotong di bawah paras lutut pada bulan Mei lepas akibat komplikasi kencing manis yang kronik. Azizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau dimasukkan ke hospital swasta di sini pada 6 Mei lalu dan dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama.
Beliau telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah bulan lepas.

No comments: