Saturday, August 20, 2011

Asam Jawa banyak juga khasiatnya.

 Ini lah rupa buahnya. Orang Kelantan panggil buah celagi. Rasanya masam. Tapi sekarang ni dah ada yang rasanya manis. Orang Siam punya kerja. macam-macam mereka nih.......
                                                                                                                                                                           Masa kecik dulu, Pak Man suka makan asam jawa cicah garam semasa pergi terawih. Beli di kedai. 10 sen sebungkus pakat makan ramai-ramai. Itu saja lah yang kami mampu. Tak ada pitih nak makan makanan yang mahal-mahal.



 Ini pula biji asam jawa. Ada guna juga ni. Bijinya goreng tanpa minyak. Lepas tu asah pada benda yang permukaannya kasar. Jadi debu. Ambil debu tu, campur air. Sapu tempat yang ada parut. Insya Allah parut akan hilang.


Ada juga orang guna asam jawa campur air, sapu pada muka. Boleh hilangkan parut dan melicinkan muka. Pak Man tak pernah cuba. Kalau nak tahu, cuba lah.

4 comments:

Cikli said...

pastu pakkat ceroh perut

hani@debumelukut said...

air asam jawa sedap...kata orang boleh ubatkan batuk atau perit2 tekak.

KR 31 A.K.A Zabri said...

dulu zaman saya sekolah SKSU.. ade sebatang pokok asam jawa besar kat sana... sayang dah mati pokok tu...

Pak Man laksam said...

Cikli,
hani &
Zabri,
Terima kasih...........