Monday, September 22, 2008

Kembar Seiras


Pak Man ada anak sedara yang kembar seiras, tapi dah lama tak jumpa, mereka tinggal di Melaka, kalau Pak Man balik kampung, mereka tak balik, kalau mereka balik, Pak Man pula tak balik. Hari Raya kali ini Pak Man rasa pasti akan jumpa. Dah besar agaknya mereka ini. Namanya Muhammad Hasif dan Muhammad Hadif. Tapi Pak Man tak tahu macam mana nak membezakan mereka ini.

Di negara kita ini ada beberapa pasangan kembar seiras yang Pak Man kenal, pertama pasangan pemain bolasepak negara, Aidil Zafuan dan Zakuan Adha. Kalau main bola kadang-kadang pengadil pun boleh pening dibuatnya, nak bagi kad merah pada abang nanti tersilap bagi pada adik pula.

Penyampai TV(rancangan sukan Akhbar Sahari di TV3) adik kembarnya Akhtar Sahari pengacara rancangan "Dari Mahkamah Syariah" di Astro Oasis.

Pelakun drama perempuan kembar seiras, Pak Man dah lupa namanya, asal Johor. Yang satu tu dah bertunang dengan Raja SMS.

Masa Pak Man Sekolah menengah di Kuantan dulu ada dua pasang! yang lelaki namanya Muhammad dan Mahmud(Mad dan Mud), yang perempuan pula namanya Mariana dan Mariani.


Salam manis.

4 comments:

Udin said...

Terima kasih kepada Pak Man kerana memaparkan kisah pasal anak sedara kembarnya. Mempunyai anak kembar ni memang seronok tetapi menjaganya memerlukan kesabaran yang luar biasa.

Udin said...

Terima Kasih Pak Man kerana memaparkan kisah anak sedara kembarnya. Mempunyai anak kembar memang seronok tetapi nak menjaganya memerlukan kesabaran yang luar biasa. Tuhan saja yang tahu

Udin said...

Anak kembar memang seronok. tapi penat menjaganya tuhan saja yang tahu. Moga menjadi anak soleh besar nanti

Tepi Sungai Batu said...

Terima kasih Din kerana bagi respon.