Salam sejahtera,
Pak Man ada terima beberapa cadangan yang telah ditinggalkan didalam peti e-mail Pak Man supaya diubah stail penulisan kearah yang lebih terkehadapan sesuai dengan arus kemajuan sekarang. Terima kasihlah lah kepada yang telah sudi mencadang. Akan tetapi Pak Man rasa cara yang Pak Man gunapakai sekarang ini akan kekal sehingga Pak Man rasa ianya perlu diubah, barulah Pak Man akan ubah. Cerita-cerita tentang makanan itu akan diteruskan sampai bila-bila. Kerana Pak Man rasa anak-anak patut diberi tahu tentang makanan tradisional ini. Insyaallah akan Pak Man sertakan dengan gambar-gambarnya sekali.
Begitu juga dengan pesanan dan nasihat. Perkara ini akan selalu diulang-ulang agar ianya akan menjadi sebati dengan anak-anak kita.
Pak Man sendiripun akan menjenguk ke blog-blog yang lain bila terasa ingin tahu tentang politik, ekonomi, sukan dan hiburan. Tapi bagi anak-anak cerita seperti itu Pak Man rasa tak berapa sesuai.
Sekali lagi minta maaf!
Salam manis.
1 comment:
salam pak man
saya setuju dgn pak man...saya rasa bukan saja saya tetapi semua pembaca blog pak man mahu blog ini dikekalkan seadanya...
pesanan dan nasihat itu sebagai pedoman...makanan tradisi itu sebahagian dari warisan kita...
walaupun sarat dgn pedoman dan warisan gaya persembahan blog
pak man amat segar sekali...
saya rasa kami yang muda ni dan dunia sekarang terlampau mengejar kemodenan dan "pembangunan" sampai terlupa warisan dan hilang pedoman..diharapkan orang yg dah makan garam cam pak man dapat membimbing kami...
Post a Comment