Saturday, September 27, 2008

Sekolahku Syurgaku


Dalam satu kelas hanya tiga pelajar. Best kan?, cikgu dapat bagi tumpuan sepenuhnya kepada ketiga-tiga orang murid. Suasana dalam kelas tersangatlah selesa.


Ini adalah kelas Tahun Satu di SK Semantan Ulu, Raub. Murid-murid itu adalah; Nurul Syahadah, Nur Nadirah Azwa, dan Mohamad Iqmal.



Mereka adalah kawan rapat.

Walaupun nak sampai ke sekolah ini terpaksa melalui jambatan antik, tapi bila dah sampai lupa pasal jambatan itu, seronok!, sekolah ini memang best! kata mereka.

Jambatan tu memang antik, sebelum naik kena baca selawat 3x, baca lah apa-apa ayat yang tahu, baru menyeberang(itu pesan cikgu lama kepada cikgu baru...bergurau aje lah!). Lantainya berlubang sana-sini. Tapi mereka tak kesah, dah biasa dah.

Cikgu-cikgu nya pula kebanyakan nya pakai kereta Kancil sahaja. Bukan tak mampu nak beli kereta besar, tapi sebab jambatan tu lah. Kalau beli kereta besar takut nanti runtuh pula jambatan antik tu.(kata Cikgu Siva...bergurau ajelah)

Semoga segala pengorbanan cikgu-cikgu akan menampakkan hasilnya. Kalau semuanya tahu membaca, itu dah kira bagus la tu. Target utama kita sifar buta huruf. Kalau dah berjaya yang ini barulah boleh cakap pasal nak menguasai ilmu.

Hidup SK Semantan Ulu!

1 comment:

Tepi Sungai Batu said...
This comment has been removed by the author.