Sunday, September 21, 2008

Meet Uncle Hassan

Salam,

Dua hari lepas Pak Man pergi bazar ramadan, sebebelum tu singgah di masjid, lepas buat apa yang patut, Pak Man ke meja bayar zakat fitrah. Nampaknya meja tu kosong saja. Ada dua orang pemuda berdiri di situ, seorang berbaju biru dan yang seorang lagi baju merah. Mereka sedang berbual-bual...

Baju Biru : Kali ini dah masuk kali ke-3 dah aku mari, kali pertama dulu, ada tulis pada meja "AMIL KE KL-ADA URUSAN" .Urusan apa agaknya, kalau dah dilantik jadi amil tu tunggu ajelah meja ni. Kali kedua pula tak tulis apa-apa, macam hari ni. Hai, susah,susah.

Baju Merah : (orangnya agak bergaya, cakap pun ada gaya...macam bagus)Kalau dekat my place, tak pernah tak ada macam ni, anytime aku pergi mesti ada. Amilnya pula ada kelulusan, balik Mesir.

Baju Biru : Di kampung aku pak Imam kampung aje, tapi servicenya tip top.(sambil mengangkat ibu jari kanannya.Digoyang-goyangnya).

Baju Merah : Aku rasa, aku ada satu cadanganlah untuk Jabatan Agama ni, kalau boleh tahun depan lantik aje kerani pejabat pos tu sebagai amil, habis cerita. Benda senang macam tu pun tak boleh nak pikir.

Baju Biru : Yes, very good idea, I agree with you!

Tiba- tiba si Baju Pagoda tersenyum......dalam hatinya berkata "apalah budak-budak ni, bulan puasa ni dok mengata pak imam, dalam masjid pula tu, Dia orang ingat idea dia orang tu bagus sangat ke?, kalau lantik kerani pejabat pos sebagai amil, yang perempuan tu bagaimana? boleh ke? sekarang ni pun pejabat pos tu dah cukup sesak, ambil nombor...boleh pergi gunting rambut dulu, dah siap gunting rambut datang balik, nombor kita belum dipanggil lagi!
Kalau awak bijak sangat pergilah selesaikan masalah di pejabat pos tu dulu. Tiba-tiba dia teringat, alamak! bulan puasa! berdosakah aku mengata budak-budak ini di dalam hati?, perlukah aku minta maaf?
Dalam pada itu juga si Baju Pagoda ternampak seorang tua sedang menuju kearahnya, rasa-rasa macam kenal......
Eh! Pak Hassan, apa khabar?


*si Baju Pagoda itu adalah Pak Man!
jumpa lagi selepas iklan......

No comments: