Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti-cuti. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Juadah Tradisi Rakyat Kelate.

Di Hotel Perdana - pulut ike kering, pisang rebus, ubi kayu rebus, cek mek, tepung pelita........
gambar dari fb Hotel Perdana.

Tuesday, August 14, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


                                                              Minta maaf kepada semua.
                                                                  Jumpa lagi lepas raya.
                                                           Insya Allah.................

Friday, July 15, 2011

Berkhemah di Lata Lembik.

 Hujung minggu yang lalu budak-budak Semantan Ulu berkhemah selama 3 hari 2 malam di air terjun Lata Lembik, Ulu Sungai Raub.

Perkhemahan berjalan lancar seperti yang dirancang. Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

(Hopefully the students will gain valuable experience and can be used as guidance in their life .. of course the school-age experience was a pleasant experience for everyone.)

Wednesday, April 13, 2011

Minta cuti.

Cuti mengupdate blog selama seminggu.
Harap maaf .........mungkin dua minggu atau mungkin lebih lama.

Sunday, September 5, 2010

Mohon Cuti.

Nak berehat dua tiga hari............
Balik kampung.
MAAF ZAHIR BATIN.

Saturday, June 5, 2010

Tiga Beradik Dari Melaka.


Malam tadi, budak tiga beradik ni(anak sedara Pak Man) singgah tidur rumah Pak Man. Mereka dalam perjalanan dari Melaka nak balik bercuti ke Kelantan.

Yang baju oren tu adalah Mohd.Hasif dan Mohd. Hadif (kembar), dan yang terbalik kuang (kepala ke bawah ) tu adalah abang mereka Mohd.Haziq. Woooo....boleh tahan juga lasak nya mereka bertiga ni.



Wednesday, February 17, 2010

Kelantan Trade Centre

Gambar ini Pak Man ambil di Kota Bharu beberapa hari yang lalu. Tujuan nya adalah untuk ditunjukkan kepada seorang sahabat yang tak pernah ke KB dan mempunyai tanggapan yang salah tentang KB.
Sahabat tersebut selalu merujuk kepada surat khabar dan TV. Pak Man kata laporan tu tak tepat, berat sebelah. Dia tak percaya, "Tak kan TV dan surat khabar nak menipu".
Dia selalu nampak gambar-gambar tentang KB di TV dan surat khabar yang menunjuk kan bangunan-bangunan zaman perang dunia kedua, beca, beca, beca dan beca.........rumah buruk dan usang.
"Di KB tu ada kah terdapat bangunan yang mempunyai lif ?".
Hahahahaha............mu ni baru keluar dari gua mana?......
Pergi lah melawat tempat orang sekali-sekala.
Dia suruh Pak Man balik ambil gambar bangunan-bangunan yang canggih di KB. Kalau dia rasa tertarik baru dia nak gi melawat KB.
.
.
.
Mu ingat tempat mu tu maju sangat ke?..........jangan nak ukur kemajuan dengan tengok bangunan tinggi saja. Kalau tak ada bangunan tinggi, tak maju ke?.
Kelantan memang tak se maju KL, tapi kalau KL ada Putra World Trade Centre.........
KB ada Kelantan Trade Centre.....kira okay lah tu.
Tapi surat khabar dan TV tak pernah cerita tentang bangunan ini.
Berbalik kepada pertanyaan tentang lif tadi........Pak Man tak nak jawab.........LU PIKIR LAH SENDIRI !!!!!!

Wednesday, December 23, 2009

Arapaima Gigas.


Begitulah nama ikan ini. Pak Man tak berapa pasti ejaan nya tu betul atau tidak. Pak Man eja mengikut bunyi sebagai mana orang sebut. Harap-harap betul lah tu.
Gambar ikan ni Pak Man ambil semasa berkunjung ke rumah kakak ipar Pak Man di KL, tiga hari yang lalu.
Ikan ni sebesar budak TADIKA. Dengar ceritanya, ikan ni boleh makan orang. Tengok pada gaya bila diberi makan, menyambarnya , ada gaya buaya.
Kakak ipar Pak Man bina kolam ikan ni tepi pagar rumah nya. Jadi kalau ada orang yang memanjat pagar, kena lah bertarung dengan ikan ni dulu sebelum masuk ke rumah.
Ok juga tu....boleh gantikan tugas anjing.

Wednesday, November 4, 2009

8 Nov.2009-Ahad, Nik Aziz bagi cuti kepada semua rakyat di Kelate.

Tak kira kalah atau menang, cuti dah diberi awal-awal lagi. Ini adalah bertujuan bagi mengelak penyokong tergesa-gesa balik ke Kota Bharu selepas perlawanan tamat. Untuk kemudahan semua, syukur........ Tok Guru bagi hadiah. Berita selanjutnya di sini.

Tuesday, March 17, 2009

Woooo...penatnya.

Khamis 12 Mac - Pergi Muadzam tengok keputusan SPM(650 km pergi balik)
Jumaat 13 Mac - Pergi Kuantan ambil anak dari asrama (500 km pergi balik)
Sabtu 14 Mac - Balik Negeri Cahaya Bulan (350 km sehala)
Ahad 15 Mac - Selesaikan urusan (bayar cukai itu dan ini).
Isnin 16 Mac - Pergi kenduri di Tanah Merah(anak sedara kahwin).
Selasa 17 Mac - Balik ke Raub(350 km sehala).

*minta maaf kepada En.Ismail dan keluarga kerana pada hari Jumaat selepas sekolah, Pak Man terpaksa ke Kuantan dan tak sempat nak jumpa anda sekeluarga.

Saturday, January 31, 2009

Alhamdulillah!

Urusan Pak Man semasa cuti CNY baru ni di bandar di atas selesai. Dah lama tertangguh. Pagi Rabu bila pejabat dibuka, Pak Man dah tercegat di sana. Sehari suntuk Pak Man tunggu, tak selesai....
Pagi Khamis, bila pejabat dibuka, Pak Man dah tercegat di sana. Pak Man tunggu sehingga urusan selesai. Puas hati!.
Bila urusan dah selesai baru lah boleh gi ke tempat ni.........

Tempat ni pun kena gi juga.......