Orang kampung Pak Man panggil wokah (wakaf). Ada orang panggil pondok. Ada orang panggil gazebo. Bendanya sama saja, lain tempat lain pula nama nya. Pada masa dulu-dulu wokah ni didirikan di simpang-simpang jalan, atau di tengah-tengah kawasan sawah padi. Orang yang membina wokah tersebut adalah dengan satu niat sahaja, iaitu untuk memudahkan orang yang lalu-lalang atau para musafir berhenti rehat. Tempat berteduh daripada panas dan hujan.
Kalau di tengah kawasan sawah pula , tujuan nya adalah untuk petani berhenti rehat, menikmati bekalan yang dibawa dan juga menunaikan sembahyang.
Biasanya di tepi wokah ini akan digali sebuah telaga. Para musafir boleh minum, mandi dan mengambil wudhu'. Betapa banyak nya pahala yang tuan punya wokah itu dapat. Biasa nya wokah tersebut akan dikenali dengan nama pewakaf tersebut. Sebagai contohnya, 'wokah Che Yeh', 'wokah Cikgu Man' dan sebagainya.
.
Dari segi bahasa pula, wakaf bermaksud:
1. Sesuatu yang di berikan untuk kegunaan orang ramai(sbg derma).
2. Tempat berhenti sebentar(membaca dll), jeda. Contohnya dalam bacaan Alqur'an, ada tempat boleh wakaf(berhenti) dan ada tempat yang tak dibolehkan wakaf.
.
Pak Man rasa perkataan wakaf ini juga ada kaitan nya dengan 'wukuf'.(kalau salah, tolong betulkan).
'wukuf di Arafah' bermaksud, berada sekejap di Arafah(walau seminit). Wakaf semasa membaca Al-qur'an bermaksud, berhenti sekejap, kemudian teruskan bacaan. Nampak ada persamaan di situ. Nanti tanya lah ustaz kalau nak lebih pasti lagi.
Sekarang ni tak ada lagi orang yang nak buat wokah secara percuma. Kalau ada pun mungkin badan-badan koorporat. Wakaf(gazebo) buluh seperti dalam gambar di atas, dijual dengan harga RM2000.
19 comments:
mahal jugak ye! huhu
wakoh che man.
Encik Mimpi,
Dunia hari ini, tak ada yang murah. Tq kerana sudi singgah.
JahRera,
Di Okinawa ada wakaf ke?
Kalau ada apa nama nya?.
Ini buat dari buluh, sejuk dan nyaman kalau dapat membaring dibulan puasa.
endiem,
Sejuk dan nyaman.......
tidak. di Okinawa tidak ada wakaf atap seperti ini. Mungkin ada di hotel peranginan di tepi laut tapi di rumah2 biasa,tidak ada. Cuaca di Okinawa tidak sesuai sebab selalu ribut taufan dan suhu sejuk berpanjangan.
Pak Man...
wakaf atau gazebo ni memang mahal...walaupun nampak kecil, dan simple. Siapa pandai bertukang, boleh jimat duit buat sendiri.
JahRera,
Terima kasih.........
nj,
Betul tu. Untunglah orang yang pandai bertukang.
kat mana ada jual ni?
buluh nii tahan lama ke? sbb kebiasaanya kalau buluh nii.. tak sampai setahun akan terbarai, berkulat, pecah, kulit melokoh (lekang).
Tipah
long distance service seo optimazation backlinks increase backlinks
salam boleh tahu x kat mana nak tempah? boleh bg contact number x coz memang saya nak tempah utk kedai saya.. contact sy kat email ini.. jamaluddin.omar@gmail.com
manlaksam.blogspot.com read this Alkohol menurunkan hambatan dan saya kira saya perlu kruk itu untuk melindungi diri dari lisannya , dan sering fisik , serangan
manlaksam.blogspot.com published here Ada benar-benar sebuah klinik medis kecil ditambah kantor dokter gigi terletak di Pelham Rd , baik dalam mil atau beberapa CVS dan apotek Walgreens
manlaksam.blogspot.com my sources Setelah itu ledakan awal , kami menetap di untuk rutin
manlaksam.blogspot.com see this site Memiliki metode Anda sendiri transportasi tidak diragukan lagi lebih nyaman dan dapat cukup membebaskan terlalu
manlaksam.blogspot.com have a peek at this site Membahas dalam hal situs-situs baru yang akan datang , aman dan terpercaya situs benar-benar merupakan hal yang biasa bagi orang
contact no utk pertanyaan lanjut @ order?
Post a Comment