Showing posts with label kembar. Show all posts
Showing posts with label kembar. Show all posts

Sunday, November 11, 2012

Selamat Hari Jadi Hasbi!

Sudah setahun umur Hasbi. Semalam 10.11.12 sambutan hari lahir Hasbi yang pertama. Anak saudara Pak Man yang tinggal di Melaka.

Saturday, October 11, 2008

Gambar Si Kembar

Mohamad Hasif dan Mohamad Hadif bersama Abang Long, Mohamad Haziq (HHH)

Hari ini terlanjur Pak Man buat kerja-kerja meng up-loadkan gambar, maka mana-mana gambar yang tercicir tu Pak Man up-loadkan lah. Cerita mengenai Si Kembar ni Pak Man dah tulis dah masa bulan puasa dulu.

Semoga semua orang bergembira!

Tuesday, September 23, 2008

Sikembar Sudah Besar






Assalamualaikum Semua,


Baru sekejap tadi Pak Man buka peti email Pak Man, Wow! ada gambar sikembar! Ayah Su kirim dari Melaka. Syukran jaziiilan ya Ayah Su!. Tapi sayang ,bila Pak Man nak uploadkan gambar itu untuk tatapan semua, ada masalah la pulak. Tapi tak apa, Pak Man akan cuba lagi. Kepada Haziq dan adik-adik Pak Man harap semuga membesar dengan sihat dan selamat, mudah-mudahan jadilah anak-anak yang soleh,aaamin. Pak Man ada terfikir, macam mana kalau kembar ini jadi angkasawan, dua-dua sekali naik ke angkasa lepas, tentu jadi berita hangat!( Pak Man memang kuat berimajinasi).


Terima kasih kerana beri respon.


Salam manis.

Monday, September 22, 2008

Kembar Seiras


Pak Man ada anak sedara yang kembar seiras, tapi dah lama tak jumpa, mereka tinggal di Melaka, kalau Pak Man balik kampung, mereka tak balik, kalau mereka balik, Pak Man pula tak balik. Hari Raya kali ini Pak Man rasa pasti akan jumpa. Dah besar agaknya mereka ini. Namanya Muhammad Hasif dan Muhammad Hadif. Tapi Pak Man tak tahu macam mana nak membezakan mereka ini.

Di negara kita ini ada beberapa pasangan kembar seiras yang Pak Man kenal, pertama pasangan pemain bolasepak negara, Aidil Zafuan dan Zakuan Adha. Kalau main bola kadang-kadang pengadil pun boleh pening dibuatnya, nak bagi kad merah pada abang nanti tersilap bagi pada adik pula.

Penyampai TV(rancangan sukan Akhbar Sahari di TV3) adik kembarnya Akhtar Sahari pengacara rancangan "Dari Mahkamah Syariah" di Astro Oasis.

Pelakun drama perempuan kembar seiras, Pak Man dah lupa namanya, asal Johor. Yang satu tu dah bertunang dengan Raja SMS.

Masa Pak Man Sekolah menengah di Kuantan dulu ada dua pasang! yang lelaki namanya Muhammad dan Mahmud(Mad dan Mud), yang perempuan pula namanya Mariana dan Mariani.


Salam manis.