Tuesday, December 23, 2008

Barang penting masa kenduri


Selepas Raya Haji hari tu sampai sekarang ni, tak putus-putus Pak Man dapat jemputan kenduri kahwin. Di Kelantan dua tiga minggu lepas, sedara-mara kahwin, di Raub ni pulak bekas anak murid kahwin, kawan-kawan kahwinkan anak, 27 Dis ni pak sedara Pak Man yang tinggal di Bangi Golf Resort nak menyambut menantu.
Dalam setiap jamuan kenduri yang kita hadiri, barang yang paling penting sebelum kita makan ialah benda merah tu. Kalau di Kampung Pak Man orang panggil 'bekas basuh tangan'. Ada satu tempat yang Pak Man pergi tu Pak Man ada terdengar seorang warga mas panggil 'ketor'. Lain tempat lain pula namanya.
Pernah juga Pak Man jumpa di satu tempat kenduri, disediakan air dalam baldi dengan satu gayung. Lagi puas cuci tangan dengan gayung......tapi ini di kampung la, kalau di bandar mungkin tak ada. Orang kampung simple saja.

17 comments:

Sally said...

Tempat Sally benda ni panggil "kendi"..

Waa..Pak Man masih memenuhi jemputan kahwin ye..bila mesyuarat pertama sekolah? Sally 28 Dec ni.. huhu..29 tu cuti..kalau buat 30 Dec kan elok...eh tak baik merungut kan..nak start tahun baru kena lah bersemangat,btol tak Pak Man?

PINATBATE said...

salam PakMan...
gambar tempat basuh tangan tu Pak Man ambil kat majlis kenduri ker? Wah..dah jadi blogger sejati Pak man ni bawa camera kemana-mana..

zul said...

org banda makan pakai sudu & garfu. Leceh sikit kalau nak makan ayam..mesti nak cover line takut ayam/udang/daging tu idup lagi.

Tepi Sungai Batu said...

Sally,
Alamak! Pak Man terlupalah pulak pasal mesyuarat.....tapi seingat Pak Man hari Sabtu terakhir sebelum buka sekolah.(hehehehe)


Pinat,
Sejati tu tak lah berapa sejati....baru belajar!!
Kalau orang tanya,"nak buat apa gambar?"
"nak masuk blog"
"Pak cik ada blog ke?"
Senyum dan tak jawab(tak percaya sudahhhh)
*gambar tu bukan Pak Man punya.Ambik dari laman orang lain.


pejo,
Oooo macam tu ke?....tapi kalau kenduri bawah khemah tu.....makanlah dengan tangan tangan. Kalau kat hotel tu lain lah.

Nur said...

pakman..
skrg ni org guna bekas air yg ade pili tu..so buka je pili, kuar air..cuma takut org ingatkan air masak lak..mmg kena wat sign beso2
AIR BASUH TANGAN..:D

Fid said...

dah lama tak akan kenduri kat kampung.....

Tepi Sungai Batu said...

Nur,
Kalau macam tu kena tulis besar-besar...taku ada yang tersalah minum pulak.


Fid,
Nanti adalah peluang tu...

maklang said...

kat sini orang pakai pipe air and mobile sink ...lagi senang!

silversarina said...

salam,

Masa saya buat kenduri sambut menantu kami guna bekas air besar yang ada paip tu untuk tempat basuh tangan, tak delah guna ketor kecik ni sebab payah nak kena ganti sokmo . kami pun baru balik dari kenduri kawin tengahari tadi di kemaman dan diaorang guna baldi besar dan letak gayung dalam tu macam yang pakman cakap , lagi mudah boleh basuh tangan puas-puas .

lina said...

hari tu pegi kenduri kawen kat semantan, dia pakai bekas air yang ada paip tu. :)
Mak saya banyak simpan stok nih, maklumlah, anak pompuan ramai. hihihi

Unknown said...

|:-) pakman....ada planning nak sambut menantu juga ka? dah ada calonnya?

tekor? cerek? kendi? saya rasa yg tepatnya, bekah basuh tangae! hehehe.

Pp

Anonymous said...

Ini baru blogger sejati. bekas basuh tgn pun boleh buat n3. tahniah. hehehe

Neeza Shahril said...

selalu kan bekas basuh tangan ni banyak atas meja tapi airnya dah abis.. penanggah tak sempat nak isi. Maklumlah, orang pakai banyak sebab tangan berminyak2.. ;)

Mother of Two said...

mak saya panggil kendi... siap import bwk sini..kot2 ader org dtg rmhkan..sblm tu tetamu kena paksa basuh tgn kat dapur..hehehehhe

Tepi Sungai Batu said...

Maklang,
Dah canggih dah tu...dunia dah berubah, lain-lain pun ikut berubah.


Sarina,
Pak Man pun lebih suks guna air dalam baldi dan gayung.


Lina,
Nampaknya bekas air yang ada paip tu dah nak mengambil alih tugas benda merah tu...

Tepi Sungai Batu said...

Pp,
Sambut menantu?...lambat lagi.....
Betul tu, bekah basuh tangae.


Cikgu Panji,
Terima kasih. Kereta yang kena tanduk ko kambing tu macam mana?...dah bekki doh ko?


Neeza,
Sebab tu lah Pak Man rasa lebih baik guna baldi dan gayung.

Tepi Sungai Batu said...

Shiela,
Kalau tak ada benda tu memang susah sikit.Kalau basuh tangan kat dapur ok lagi, jangan suruh basuh tangan kat perigi...hehehehe.