Salam,
Pagi tadi dalam perjalanan ke sekolah Pak Man dengar radio Pahang FM, seorang penceramah perempuan sedang memberikan ceramah, motivasi pagi. Namanya kalau Pak Man tak silap Puan Nisah Harun.
Ceramahnya berkisar tentang kisah maaf memaafkan. Ceritanya begini;
Dalam sebuah kelas, seorang guru minta murid-muridnya membawa 10 biji kentang setiap seorang. Tulis nama orang yang kita tak suka pada setiap kentang itu, kalau ada 5 orang yang kita tak suka, tulislah pada 5 biji kentang, begitulah seterusnya.
Kemudian masukkan semua kentang-kentang itu kedalam beg plastik dan bawalah kemana saja kita pergi. Murid-murid pun bawalah beg plastik itu ke hulu dan ke hilir, hari demi hari, sehingga lah kentang itu menjadi busuk dan berulat.
Cikgu bertanya kepada murid-murid, "macam mana murid-murid semua, selesa tak kamu bawa beg plastik itu ke hulu dan ke hilir?"
"Tak selesa cikgu, baunya busuk, berulat!"
"Haa, macam tu lah sebenarnya kalau kamu semua menyimpan dendam, marah, benci, pada semua orang, kamu bawanya setiap masa kehulu dan ke hilir, ianya akan membebankan kamu, jadi sekarang buangkan beg plastik itu ke dalam tong sampah ."
Semua murid-murid menuju ke tong sampah dan membuangnya.
"Sekarang apa perasaan kamu semua?"
"Haaa, lega cikgu, tak ada lagi beban, tak ada bau busuk dan kami boleh buat kerja dengan selesa tanpa apa-apa gangguan."
"Begitu lah juga dengan perasaan dendam, marah, dan benci. Maafkanlah semua orang, nescaya kamu akan rasa lega ,lapang, dan selesa."
Sekian lah ceramah Puan Nisah Haron.
4 comments:
Pak Man, sempena Aidilfitri ni kami sekeluarga ingin memohon kemaafan atas salah silap.
* Teringat nenek2 yang telah tiada.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam..
Perasaan benci dan dendam tak elok disimpan lama-lama dalam hati.Akan buat kita lebih ingat dengan orang yang kita benci. Solutionnya, sayang dan maafkan. Kita pun akan rasa lega dan akan lebih melupakan orang itu.
Din,
Sama-sama lah kita!
Hari Raya nanti ziarahlah pusara mereka! sedekahkan apa-apa yang patut.
Cikgu,
Saya setuju sangat lah dengan pendapat cikgu tu.
Guru pra-sekolah memang penyabar!
Post a Comment