Pagi tadi Pak Man ke Masjid Muhammadi Kota Bharu. Saja nak tengok-tengok suasana menjelang aidilfitri.
Ramai lagi nampaknya umat Islam yang masih menunggu mengharapkan wang zakat, untuk meneruskan kehidupan dalam dunia yang serba -serbi mahal sekarang ini.
Dari cara pertuturan mereka Pak Man dapat tahu yang kebanyakannya berasal dari selatan Thailand.Pak Man bertanya dengan seorang makcik, tanpa banyak soal, dia terus menceritakan kisah hidupnya. Pak Man pun sangsi juga, betul ke ni?
"Tolonglah ambo ustad, suami ambo meninggal kena tembak oleh askar semasa peristiwa berdarah di Masjid Kerisek"
"Makcik, ambo bukan ustad"
"Tak apa lah, anak sulung ambo kena tangkap, tak tahu dibawa kemana. Hilang tanpa khabar berita. Ambo kena cari duit nak tanggung 4 orang anak lagi. Dua sedang belajar agama di pondok".
Bila dengar macam tu, hati Pak Man mula kesian. Mula-mula niat Pak Man nak cari orang tua yang cacat ke, ataupun yang betul-betul uzur ke...tapi nampaknya dah rezeki makcik ni agaknya. Bagi ajelah.
Yang lain-lain tengok dan tersenyum, ada yang mengangguk2kan kepala. Pak Man balas senyuman mereka dan berlalu dengan hati yang sayu. Dalam hati Pak Man berkata, "Kalaulah aku seorang jutawan......tapi bukan!"
Ramai lagi orang yang lebih susah dari kita di dunia ini, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
No comments:
Post a Comment