Friday, September 26, 2008

Meet Uncle Hassan - Part III

"Khabar baik, Pak Hassan dari mana nak ke mana ni?"

"Saya dari Kuantan nak ke Sg.Koyan, melawat sedara, dia sakit."

"Apa kata, kalau petang ni berbuka di rumah saya?, lepas maghrib bolehlah terus ke Sg.Koyan."

"Minta maaf banyak-banyak lah Che Mang, saya dah janji nak berbuka dengan dia, ni sekejap lagi nak pergi beli kuih dan sedikit lauk-pauk, sedekah la sikit....pencen pun dah naik sikit, bonus dapat sikit, alhamdulillah la cukup untuk hidup."

Dari dulu lagi Pak Hassan memang terkenal dengan sifat pemurah dan ringan tangan.
Teringat PM pada suatu masa semasa bertugas dulu, ada isteri banduan datang melawat bersama-sama dengan 5 orang anak yang masih kecil, orang tu kehabisan wang kerana membelanja suaminya(banduan) makan. Suami main order saja, tak tahu isterinya tak ada duit.
Isteri pula tak sanggup menghampakan harapan suami yang teringin nak makan mee georeng,
roti telur, teh tarik dan karipap. Banyak betul dia makan.

Akhirnya habis duit isteri. Nak tambang bas balik ke rumah tak ada duit. Anak-anak lapar.

Pak Hassan mengambil daya usaha mengutip derma. Habis semua berek penjara di pusingnya dengan menadah tin Milo.

Akhirnya sejumlah wang berjaya dikumpul oleh Pak Hassan.

Bagi budak-budak yang 5 orang tu makan. Rupa-rupanya mereka pun order mee goreng dan roti telur serta teh tarik juga!. Sama macam ayah mereka tadi. Anak bapa lah tu!
Tapi perangai jangan ikut bapa sudah lah.
Ayah mereka dipenjarakan kerana mencuri galah pengait kelapa sawit(RM 200 nilainya).

Ibu mereka sampai ke sudah tak makan dan minum, hanya menagis! menangis! dan menangis!

Selepas makan, Pak Hassan bagi duit yang selebihnya kepada mak mereka. Banyak jugalah jumlahnya.

Semua orang yang ada di kantin terdiam...sebak...tapi kontrol...air mata jangan dibiarkan tumpah, wadar mesti tunjuk muka ganas, kalau nak menagis masuk tandas!.

Bersambung.....

No comments: