Saturday, September 6, 2008

SEDAPNYA SAGUPA

Salam untuk semua,
Petang tadi Pak Man berbuka puasa dengan kuih 'sagupa'. Ada setengah orang sebut 'sanggupa'. Tak kisah lah apa sebutannya tapi kali ini Pak Man nak ceritalah sikit tentang kuih ini. Kuih ini diperbuat daripada sagu. Dimasak dan kemudiannya dikepal-kepal menjadi bulat.(sagu dikepal-kepal, sebab tu lah agaknya diberi nama sagupa). Sagupa ini dimakan dengan kuah lemak manis.(biasalah kuih orang Kelantan semuanya manis-manis). Kalau di Sabah, Sarawak dan Brunei ada makanan yang diperbuat daripada sagu, bila nak makan diputar-putar dengan lidi dan di cicah dengan sejenis sos, kalau tak silap Pak Man orang Sabah panggil 'ambuyat'. Pak Man belum pernah cuba lagilah tapi ada ternampak dalam TV. Kita kan peminat makanan, kalau nampak tu terus melekat kat otak. Walaupun otak ni dah berkarat tapi alhamdulillah boleh simpan data lagi.
Salam manis dari Pak Man.

1 comment:

Anonymous said...

Pak Man, minta maaf lah kerana saya tak pernah jumpa kuih ini apalagi merasainya, jadi saya nak tanya, ada ke orang luar dari Kelantan yang suka kan kuih ini? sepertimana mereka suka akan nasi kerabu atau laksam.Jangan marah!

Nina S'pore