Wednesday, September 10, 2008

Arwah Moyang Dalam Kenangan



Inilah saja gambar kenangan yang ada bagi Syafiqa dan Nadirah bersama dengan arwah moyang mereka. Gambar ini dirakamkan setahun yang lalu. Sila klik sekali pada gambar disebelah.
Pada bulan-bulan terakhir semasa hayatnya, gemulah(arwah) selalu saja bertanya kepada mereka berdua,"Awok anak sape?" maka jawablab mereka,"Anak Zah!"...dialog seterusnya,
Moyang : OOhh! anak Zah....awak datang dari mana?

Syafiqa : Tak ada dari mana....kita memang tinggal dirumah ini..

Moyang : Ini rumah sape?

Syafiqa : (tergaru-garu kepala) Ini rumah Amnah...anak moyang.

Moyang : Ooh! rumah Amnah....habis awak sape?

Syafiqa : (mula nak marah, hidung kembang kempis) Saya anak Zah!

Moyang : Ooh! anak Zah...Ilah dengan mail mane?

Syafiqa : (?????) tak apalah moyang, kita pergi tengok TV dulu.

Moyang : AA AH! Ye lah....Menah mana?

Sekarang dialog diatas sudah tidak kedengaran lagi buat selama-lamanya....kami mula terasa akan kehilangan gemulah...

1 comment:

Anonymous said...

Pak Man, bersabarlah...

Mat Sin KB