Pagi raya yang lalu Pak Man dan anak lelaki Pak Man bersembahyang sunat Hari Raya di Masjid Bachok. Sembahyang akan mula pukul 8:30 pagi. Pak Man sampai pukul 8:00 pagi. Tapi tak sangka sungguh Pak Man yang masjid sudah penuh. Ramai yang berdiri di luar. Ada yang bermuka cemas(yang tak bawa sejadah lah tu!), ada yang bermuka selamba(yang bawa sejadah). Pak Man dan Azrul termasuk dalam kumpulan yang pertama!
Bila tiba waktu sembahyang, kumpulan yang bermuka cemas tadi akan berebut-rebut mencari tempat kosong. Cari punya cari, tak dapat tempat....di kaki 5 penuh, di tempat pejalan kaki(gajah menyusu istilah bahasanya) antara tempat wuduk dan masjid penuh. Yang bawa sejadah tak ada masalah. Atas jalan tar pun boleh.
Tiba- tiba ada seorang hamba Allah datang menyelamatkan keadaan. Dia bawa surat khabar, diagih-agihkan kepada semua orang yang bermuka cemas. Semua tersenyum!. Tiada rotan akar pun berguna.
"Abang jangan pula baca surat khabar tu semasa sembahyang nanti, tengok atas sikit la, tengok kaki orang depan ke, betis dia ke..." pesan Pak Man kepada anak jantan Pak Man. Azrul macam biasa lah "ya, ya, ya".
Dapat juga lah kami sembahyang raya di NEGERI SERAMBI MEKAH, walaupun hanya di serambi masjid saja.
2 comments:
Ada mini market kat Bachok, tokeynya. Nazari, kawan serumah di New Zealand dahulu.
Pernah ke situ 3 tahun lepas.
Nanti bila aku balik kampung aku cari.Kalau kawan mu mesti sebaya dengan aku.
Post a Comment