Monday, October 13, 2008

Bila Larut Malam....tarakuca..cah, tarakuca..cah!

Salam Semua,

Waktu sekarang ni, di rumah Pak Man suasana sunyi sepi. Anak-anak semua dah tidur, Mak Jah sibuk dengan tugasan nya, nak kena bentang lagi dua minggu.

Pak Man nak maklumkan , kepada orang yang buat permintaan nak tengok gambar dua orang yang paling popular sekali dalam blog Pak Man ini, iaitu Pak Hassan dan Alfateh. Nama mereka berdua selalu sangat terkeluar atau tersembol dalam blog ini. Pak Man dah dapat gambar-gambar Alfateh bersama adiknya Amirah Fadhillah.(yang Pak Man nyanyikan lagu Allah selamatkan kamu dulu tu...ingat lagi tak?).

Mereka berdua ialah anak sedara Pak Man yang tinggal di KL, Alfateh adalah merupakan orang yang pertama sekali membaca blog Pak Man. Jadi bila Pak Man sedang menulis, Pak Man akan bayangkan Alfateh ada dok tercongok depan Pak Man. Peneman Pak Man diwaktu malam.
Sebab itulah namanya selalu tersembol dalam blog ini.

Gambar Pak Hassan sedang diusahakan. Yang susahnya Pak Hassan tak ada alamat e-mail. Tapi tak apa Pak Man akan suruh dia kirim dengan bas ekspress atau kalau terpaksa, guna lah 'snail mail'.

Kepada ZakiN, yang bertanya pasal identiti Pak Man, apa yang Hazmal cakap tu betul lah. Kawe loni memang lain, jangan demo nok bayangkan kawe macam 25 tahun yang lalu. Muka dah berubah, rambut dah berubah, kawe tak pakai susuk!

Esok sebelum masuk waktu asar, Pak Man akan up loadkan gambar Alfateh. Lepas sembahyang asar bolehlah tengok!
Ayman Azri, dah lama Pak Osman tak nampak bendera Ireland keluar dekat blog ini. Ayman sibuk ke?, kalau sibuk tak apalah. Bila ada masa jenguk-jenguklah ya!
Nurul dan Elya, komen-komenlah sikit.

Salam manis.

4 comments:

Anonymous said...

Cikgu Man,
Kena tambah lagi satu tu.. Pak Man sekarang ni dah jadi Ketua Blogger.. hehe

Tepi Sungai Batu said...

Catz,
Ada elaun ke?

Anonymous said...

pak man..siapa hazmal ni? mcm pernah dengar je nama ni..

Tepi Sungai Batu said...

Teacher,
Hazmal ni kawan Pak Man masa sekolah di Kuantan dulu. Dia budak Pasir Mas, isteri dia nama Wani, orang KB.
Orangnya ada tokoh jadi pemimpin.