Semalam Pak Man menghadiri Majlis Graduasi anak sulung Pak Man, Azrul Amri di MRSM Muadzam Shah, Pahang.
Dari pagi lagi kami di sana. 8:30 pagi, majlis solat hajat, majlis restu, dan bersalam-salaman. Ramai juga lah yang menagis, sebak rasanya. 12:00 pm makan tengah hari.
2:30 pm, majlis graduasi bermula. 5:30 pm baru habis.
Pak Man terpaksa berkejar ke Kuantan pula. Nak ambil anak yang nombor dua, Nur Munirah Azwa di MRSM Kuantan. Bawa balik mereka berdua ke Raub kerana esoknya(24 Okt) cuti hari keputeraan Sultan Pahang.
Hujan lebat sepanjang jalan. Lori balak pun sibuk juga lah dia!.....sampai di Kuantan pukul 7:30 pm. Kakak dah dua tiga kali talipon, mak cakap tunggu! kami on the way!, hujan lebat, lori banyak, ayah pun mata dah tak berapa molek....hampir mengalami eksiden di simpang Gambang, nasib baik sempat brek!...salah Pak Man tu...Pak Man mengaku.
Lepas makan di Kuantan kami terus bertolak. Bimbang juga yang dua orang lagi tinggal di rumah dengan opahnya yang tak berapa sihat. Singgah di R&R gambang, sembahyang dan segarkan diri. Hujan masih lagi lebat.
Sampai di Raub 12:30 am. Semua orang dah tidur. Huuuui...letih sungguh ambo. Esoknya Mak Jah dah buat temu janji dengan Cikgu Suhaidah nak bawa Azrul belajar Kimia. Percubaan SPM baru ni dia tak dapat A kimia. Nak suruh cikgu tu ejas sikit sebanyak supaya boleh dapat A. Insyaalah!
4 comments:
Mabruk dengan kejayaan anak-anak.
MRSM muadzam shah? Kat kampung kawe tu.
Semuga terus diberkati Allah dengan rezeki yang halal dan semuga anak-anak membawa kebahagian seterusnya.
Hidup sebelum mati, dan hidup adalah pinjaman semata-mata!
Terima kasih Boss!
Kawe pun doakan demo begitu juga.
Fuuyooo...nama tu ado meh meh namo kawe tu...barangkali demo teringat ko kawe tu masa dio lahir...muga namo kawe bunyi sedak kee..tok seko (sangka) pok man ado anok besar doh.
ok man...terbaik..
Nik Hazarul,
Sorry Boss......setelah 5 tahun berlalu baru kawe jwb komen demo.
Tenkiu boss. Semoga bisnes demo maju.
Post a Comment