Selepas sembahyang sunat hari raya, semua anak cucu datang ke rumah Mok dan Chek(mak dan ayah Pak Man). Cucu-cucunya yang sudah mencecah ke angka 30 orang ramainya itu menjadikan suasana hingar-bingar serta merta. Pada mulanya ingat kan mereka semua tak datang, lama jugalah kami menunggu. Ingatkan mereka pergi beraya ke tempat lain dulu. Tiba-tiba satu keluarga demi satu keluarga tiba. Apa lagi, keadaan mula menjadi riuh rendah.
Kedua-dua mereka( Mok dan Chek) tersenyum lebar, sungguh gembira nampaknya mereka melayan cucu-cucu.
Mereka sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit dari kita(tapi kalau ada tu hulurlah sikit).Kalau kita balik jenguk mereka sekali-sekala pun sudah cukup bermakna bagi mereka.
Alhamdulillah, semua orang nampaknya gembira di Hari Raya!
No comments:
Post a Comment