Jangan lupa rumput di bumi. Dalam hidup ini Pak Man sudah jumpa berbagai-bagai ragam manusia. Dengan pengalaman bekerja sebagai pegawai penjara, pemandu lori, buruh kontrak, pekebun kecil, guru dan penganggur, Pak Man dah jumpa macam-macam jenis manusia.
Ada yang baik, ada yang pemurah dan tak kurang juga yang sombong dan kedekut. Pak Man ada dengar ceramah agama, ustaz kata kalau kita nak tahu ibadat haji yang kita buat itu adakah ianya haji yang mabrur, ada tanda nya. Salah satu daripadanya ialah cara hidup kita selepas menunaikan haji akan berubah berbanding dengan sebelum. Berubah kearah yang lebih baik lah!
Kalau dulu pemarah, lepas balik dari Mekah jadi peramah dan penyayang. Kalau dulu kedekut, lepas balik, jadi pemurah. Begitu lah seterusnya.
Hari ini Pak Man ada berurusan dengan seorang Pak Haji, woooo dia punya sombong......mengalahkan firaun. Kawan Pak Man kata, biasalah dia tu...dari muda sampai ke tua perangainya macam tu. Dia ingat dia punya pangkat tu boleh bawa masuk lubang kubur agaknya.
Tak apalah, bagi Pak Man kita mesti sedar siapa diri kita sebelum menerus kan perjalanan hidup ini. Perjalanan yang kita semua tak tahu panjang atau pendek.
Teringat Pak Man kepada satu teka-teki yang Pak Man terbaca dalam blog seorang guru, 'Harum Berduri". Ianya berkenaan dengan siput babi. Kenapa siput babi itu berjalan terlalu lambat?....Jawapannya ialah kerana sambil berjalan, siput babi itu asyik berfikir tentang identiti diri nya yang sebenar, adakah dia ni seekor siput ataupun adakah dia ni seekor babi?. Sampai sekarang belum terjawab....
No comments:
Post a Comment