Mereka berdua ni kawan baik Pak Man semasa di ITM(sekarang ni UiTM) 1983 hingga 1986. Dah jadi sejarah. Sama-sama naik motor, sama-sama makan nasi kawah dewan makan. Kami tinggal di asrama Jati, makan di asrama Seroja.
Yang abang tu dah jadi pengurus bank di Kota Bharu. Banyok pitih tuu!
Adiknya pula dah jadi arkitek, juga di Kota Bharu. Boleh lah tolong Pak Man nak sambung rumah sikit, nak tambah jemore!...buat pisang sesikat jah!
Tahun ni, mereka berdua dan pasangan masing-masing akan ke Mekah. Demo gi lah dulu, doa-doa lah ko kawe getek!...kawe pun nok gi jugok. Masanya tak tahu bila. Semoga akan dapat haji yang mabrur!
Pantun Pak Man.
Buah kermo, buah ulu.
Dah sampai maso demo, demo gi lah dulu.
(kermo = kurma, buah ulu = bahulu )
No comments:
Post a Comment