Malam tadi ada persembahan kebudayaan. Pak Man tak ikut serta, tapi Pak Man akan cuba dapatkan gambar-gambar dari Cikgu Isma. Kalau dapat, akan Pak Man upload kan kemudian. Hari ini hari terakhir, ......penutup. Pagi tadi Pak Man ada jenguk sekejap. Cikgu Haji tengah jalankan pertandingan kawad kaki. Cikgu Rozana tengah berehat sambil menyiapkan laporan. Cikgu Isma tengah sibuk memasak untuk makan tengah hari.
Pak Man terpaksa minta diri untuk ke pasar minggu. Macam biasalah, beli bekalan untuk seminggu. Maklumlah rumah kami jauh dari kedai.
Mengikut jadualnya lepas pertandingan kawad ada acara'water confident'. Lepas tu makan tengah hari dan solat zohor. Pukul 2:30 pm, berkemas peralatan dan 3:30 pm majlis penutup dan penyampaian sijil.
Insyaallah akan Pak Man cuba dapatkan gambar-gambar aktiviti tersebut dan masuk kan secepat mungkin.
Semoga murid-murid semua selamat kembali ke rumah masing-masing dengan seribu kenangan yang boleh dijadikan panduan hidup di hari muka.
No comments:
Post a Comment