Saturday, October 18, 2008

Meet Uncle Hassan - Part viii

Tiba-tiba telefon bimbit Pak Man bergetar dan berbunyi. Lagu 'Anok Tupai'.....ado seko...anok tupa...atah jula mokteee....kudung ekor, perut lapa.....jale cari makee, jale cari makee...(maksudnya; Ada seekor anak tupai, atas julai* rambutan, kudung ekor, perut lapar, jalan cari makan...)mengikut kamus dewan, julai = ranting kayu yang hujung sekali.

Lagu ini adalah lagu kegemaran Pak Man. Lagu dikir barat nyanyian Halim Yazid. Halim adalah seorang pegawai kebudayaan Universiti Malaya. Beliau juga merupakan lulusan UM. Lagu-lagu dikir baratnya banyak yang ada mesej kemanusiaan. Contohnya, ada satu lagu yang menceritakan kisah hidup beliau dari kecil sampai sekarang. Sungguh menyentuh perasaan. Dari orang susah sampai jadi graduan UM dan sekarang bertugas di UM. Banyak pengajaran yang boleh di kutip dari lagu itu.

Halim ada banyak album, tapi jarang masuk surat khabar. Beliau begitu gigih berkarya. Pernah ada satu album tu terjual sampai 100 000 unit. Tak lah heboh macam setengah penyanyi tu...baru jual 15000 unit, riuh satu Malaya.

Radio Kelantan fm selalu memutarkan lagu-lagu beliau. Pahang fm pun ada juga sekali-sekala Pak Man dengar. Terengganu fm Pak Man tak tahu lah pulak. Pak Man rasa beliau berdiri dalam kelasnya yang tersendiri. Seperti Ebiet G.Ade di Indonesia.

Di Kelantan, ada beberapa orang lagi pendikir alaf baru yang selalu muncul dengan karya-karya baru. Antaranya Cikgu Sulizi, Cikgu Naim (kedua-dua mereka ada ijazah), Megat Nordin, Stapa Merak Mas dan ada dua tiga nama lagi yang Pak Man lupa kerana lagu-lagu mereka tak berapa kena dengan angin Pak Man.

Nampak ada pembaharuan dalam lagu-lagu dikir barat sekarang berbanding dengan tahun-tahun 70 an dan 80 an dahulu. Pak Man ingat lagi lagu-lagu seperti"Jenab Punggung Besar", "Pah Nok Gi Nikoh Bilo?"...tak ada kualiti langsung!. Lagu-lagu tersebut hanya mengajar anak-anak muda kita dengan pemikiran lucah dan tak senonoh. Tak Islamik langsung!

Pak Man harap lagu-lagu dikir barat ini akan mengenengahkan senikata yang berunsur ketuhanan, kemanusiaan, alam sekitar dan peristiwa dunia. Biar berkembang lagi minda anak-anak muda kita ni. Ingat , jangan leka dengan lagu-lagu cinta saja, nanti kita akan ketinggalan.

Pak Man menjawab panggilan itu, "Assalamualaikum! sapa tu?"

"Waalaikummussalam, kawe nih, Brahim, Cikgu apa khabar?"

"Oh...tuan inspektor...eh, sori..ketua inspektor...ha..ha..ha..."

No comments: