Wednesday, October 22, 2008

Banjir

Pagi tadi, tengah sedap mengajar, tiba-tiba ada perkhabaran air sungai naik mendadak. Bergegas keluarkan kereta hantar ke seberang. Balik semula ke sekolah. Tunggu kalau-kalau air semakin surut, tapi tak ada tanda air akan surut, makin naik ada.....

Lebih kurang pukul 11:00 am, GPK arah kan kami semua bawa murid-murid balik. Mengharung air, awasi murid-murid agar jangan ada yang hanyut. Mereka suka sangatlah main air. Lagipun air cuma setakat betis saja!

Cikgu-cikgu sibuk berposing dalam banjir. Ada yang pertama kali mengalami peristiwa sebegitu. Sayang Pak Man tak bawa kamera.
Kalau dapat gambar-gambar dari cikgu yang berposing tadi tu, akan Pak Man uploadkan untuk tatapan semua.

2 comments:

Anonymous said...

Pak man, setahu saya nama sekolah Pak Man tu Semantan Ulu. Kalau dah 'Ulu' pun banjir, alamat naya lah orang orang di hilir. Saya sarankan Pak Man bunyikan siren JPS supaya orang di Pekan boleh lah mula berpindah. Masa pindah banjir hari tu duduk di balairaya ke? (sebagai Mangsa Banjir)

Tepi Sungai Batu said...

Ada lagi tempat yang lebih ulu dari Semantan Ulu, tapi tak nak bubuh nama Ulu. Malu lah konon.Air dari Cameron Highland yang turun ke sini dan buat kami banjir. Itu lah tempatnya ibu kepada segala ulu! tapi nama tak nak kalah, guna nama orang putih! ....konon!