
Pagi tadi Pak Man ke Masjid Muhammadi Kota Bharu. Saja nak tengok-tengok suasana menjelang aidilfitri.
ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Mereka adalah kawan rapat.
Walaupun nak sampai ke sekolah ini terpaksa melalui jambatan antik, tapi bila dah sampai lupa pasal jambatan itu, seronok!, sekolah ini memang best! kata mereka.
Jambatan tu memang antik, sebelum naik kena baca selawat 3x, baca lah apa-apa ayat yang tahu, baru menyeberang(itu pesan cikgu lama kepada cikgu baru...bergurau aje lah!). Lantainya berlubang sana-sini. Tapi mereka tak kesah, dah biasa dah.
Cikgu-cikgu nya pula kebanyakan nya pakai kereta Kancil sahaja. Bukan tak mampu nak beli kereta besar, tapi sebab jambatan tu lah. Kalau beli kereta besar takut nanti runtuh pula jambatan antik tu.(kata Cikgu Siva...bergurau ajelah)
Semoga segala pengorbanan cikgu-cikgu akan menampakkan hasilnya. Kalau semuanya tahu membaca, itu dah kira bagus la tu. Target utama kita sifar buta huruf. Kalau dah berjaya yang ini barulah boleh cakap pasal nak menguasai ilmu.
Hidup SK Semantan Ulu!
Cari punya cari, dapat satu lagi gambar arwah moyang. Ini Pak Man Uploadkan khas untuk anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya. Sebenarnya mereka semuanya tidak tahu tentang blog Pak Man ini tetapi Pak Man dah SMS kepada ALFATEH dan Pak Man percaya yang Alfateh dan Amirah akan memainkan peranan beliau sebagai tanda kasih sayang mereka kepada moyang mereka. Jadi kalau anak cucu semua rindu nak tengok gambar moyang, jengok-jengoklah selalu blog Pak Man.
Nabila, Nadia, Sarah,Imran, Khairul, Irfan, Iqbal, Ikhwan (sekadar menyebut beberapa nama) Pak Man tunggu komen dari kamu semua. (ibu-ibu, bapa-bapa, maaflah tidak disebut nama kerana blog ini sebenarnya untuk Pak Man melayan anak-anak) .Pak Man masuk tidur dulu, Mak Jah dah lama tidur. Syafiqa dan Nadirah pun dah tidur.
Salam manis.