ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Friday, October 31, 2008
Projek Pagar
Baru boleh teruskan semula projek ubi kayu dan projek pisang. Lepas tu hajat di hati nak tambah lagi kambing sepasang. Dah janji dengan Rahim nak beli anak kambing nya. Apa-apa pun biar selesai projek pagar ni dulu.
Berkenaan dengan projek tebang pokok pula ada masalah sikit. Pokok Ara yang nak ditebang itu rupa-rupanya bukan sebarang pokok. Semua orang kampung tak berani nak menebangnya. Ada bermacam-macam cerita tentang pokok tu. Ada kata kena minta kebenaran dari penunggunya, ada kata budak sekolah arab pernah nampak hantu pocong di bawah pokok itu, ada kata itu dan ada kata ini...macam-macam.
Masa Pak Man tengah menaip ni, ada macam-macam bunyi pulak dah!...ketung!...di dapur. Keteng!...di bilik air. Gedegung! di garaj kereta....kreeek! bunyi pintu stor baja......hoi...macam-macam pulak dah...
Ahli keluarga Pak Man semua dah tidur.....jadi ...Pak Man rasa Pak Man nak gi tidur jugak lah. Berdiri pula bulu roma nih!....tak leh tulis pasal pokok itu agak nya.(mintak maaflah datuk nenek, lain kali anak cucu tak buat lagi!)....
(sambil offkan laptop, sambil baca ayat kursi........)
Macam ni lah
Bulan Syawal Dah Berlalu.
Bukan Pak Man nak menakut-nakutkan anak-anak, tapi sekadar nak mengingatkan saja. Moral ceritanya ialah; buat kerja jangan bertangguh!...dah terlepas tahun ni, kena tunggu tahun depan pula, bukan kah rugi tu!
Yang rancak buat rumah terbuka tu, sedar-sedar lah sikit, bulan Syawal dah habis(buat rumah terbuka tak salah,bila-bila pun boleh). Jangan terkantoi ....buat rumah terbuka hari raya aidilfitri...orang tanya, hari ni berapa Syawal?...entah lah, 28 kot. Rupa-rupanya dah 2 Zulkaedah. Nampak sangat tak ambil berat pasal bulan Islam. Nak buat macam mana, dah menjadi lumrah dunia. Barat seolah-olah tempat bermulanya segala.
Bahasa Melayu ada pejuangnya, tapi bulan Islam ni seolah-olah tiada siapa yang nak ambil berat. YB-YB di parlimen pun tak sentuh pun pasal benda ni. Semoga akan ada pejuangnya di masa akan datang. Insyaallah!
Thursday, October 30, 2008
Hari Khamis Pakai Baju Batik
Bagi kakitangan kerajaan, janganlah berkira sangat. Beli dan pakailah baju batik Malaysia. Ada setengah orang tu, oleh kerana arahan kena pakai batik pada hari Khamis, mereka nak jimat kos, beli batik dari China. Ini dah lari dari tujuan asal kerajaan. Kita nak tolong usahawan bumiputera, tapi kalau beli batik dari China, tak tercapailah hasrat kerajaan. Tak ada semangat nak tolong bangsa langsung!...dapat rezeki lebih tu, kongsi-kongsi lah dengan orang lain.
Jangan nak beli barangan luar negeri saja!...Gucci lah, Dior lah, entah apa-apa lagi lah. Bukan tak boleh, boleh....tapi ingat-ingat lah sikit sedara-mara yang di tanah air ini. Mereka pun nak hidup senang juga.
Kalau orang Malaysia pakai batik China, sapa nak pakai batik kita?, jangan haraplah orang China nak pakai batik kita. Orang Indon mereka begitu berbangga dengan batik Indon. Mat Indon yang kerja di ladang kelapa sawit dekat rumah Pak Man ni, Pak Man tengok mereka pergi masjid pakai kain pelikat Samarinda. Mereka tak pakai kain pelikat cap Gadja ke, cap Kursi ke atau cak Gajah Duduk. Mereka begitu berbangga dengan produk negara mereka.
Pak Man masih makan Budu Cap Ketereh.
Berbanggalah dengan produk keluaran negara kita!
Lawar
Ikan yang biasa mak Pak Man guna ialah ikan tamban. Ikan nya mestilah fresh, baru naik dari laut. Supaya rasa manisnya ada.
Cara buatnya ialah mula-mula isi ikan itu mesti dipisahkan dari tulangnya. Potong nipis-nipis. Gaul sedikit garam. Perahkan air asam limau nipis, biar rata. Isi ikan akan bertukar jadi putih. Itu maknanya isi ikan tu dah masak. Gaulkan dengan ulam-ulam dan daun-daun tadi.
Boleh dimakan begitu saja atau makan dengan nasi. Kalau di Sarawak, Pak Man ada baca majalah, mereka makan umai(ikan mentah macam ni lah), tapi asam yang digunakan ialah asam paya(buah kelubi). Pak Man rasa lebih kurang sama juga lah.
Resepi ini sebenarnya berasal dari kaum nelayan, mereka bawa asam limau nipis pergi ke laut, dah dapat ikan, mereka perah air asam,ikan tu dah masak dan makan dengan nasi. Tak payah masak, simple. Itu dulu-dulu punya cerita lah. Sekarang ni nelayan pergi ke laut bawa dapur gas!...
Wednesday, October 29, 2008
Besut dan Setiu
Pada suatu masa , tahun dan tarikh nya tidak lah diketahui. Tempat berlakunya peristiwa ini juga tidak lah diketahui. Pemerintah negeri Kelantan dan Terengganu mengadakan pertandingan laga ayam. Pertaruhan nya bagi Kelantan ialah daerah Besut, dan bagi Terengganu pula daerah Setiu. Kalau Kelantan menang, Kelantan dapat Setiu. Kalau Terengganu menang, Terengganu dapat Besut.
Dipendekkan cerita, dalam pertandingan itu, ayam Terengganu telah menang. Maka Besut pun telah diserahkan kepada Terengganu. Sampai sekaranglah Besut menjadi sebahagian dari Terengganu. Walaupun orang Besut bercakap dalam dialek Kelantan, mereka adalah rakyat negeri Terengganu. Tapi bila berada di KL, orang Besut akan join Persatuan Anak Kelantan. Mungkin pemerintah itu tak sedar bahawa dia telah menyerahkan beberapa buah pulau yang begitu indah kepada Terengganu. (keesahannya cerita ini tidak dapat dipastikan, mungkin ini cerita dongeng sahaja.)
MB Terengganu yang lepas adalah orang Besut...........
Meet Uncle Hassan - Part x
Itu lah yang dikatakan" manusia hanya mampu merancang ,tapi Allah yang menentukan." Kita hanya boleh merancang, berusaha untuk mencapainya, dan bertawakal.
Kalau dapat ....Alhamdulillah!, kalau tak berjaya, cuba semak balik, mungkin ada kekurangan di mana-mana.
Bagi anak-anak yang bakal menduduki Peperiksaan SPM dua minggu lagi, Pak Man harap buatlah persiapan serapi mungkin. Dalam masa terdekat ini kalau boleh, jaga kesihatan. Jangan tinggal sembahyang. Banyakkan berdoa. Pak Man pun turut mendoakan anak-anak semua, terutama sekali untuk anak sulung Pak Man, Azrul Amri. (abang buat baik-baik, ayah terima apa saja keputusan yang bakal dicapai nanti, tiada tekanan!...janji, buat yang terbaik, lepas tu tawakal...)
Pasar Mini Alipah
Masjid, ok. Masih berdiri megah di situ. Pak Man pernah tak balik pada Hari Raya Haji. Malam raya pergi masjid. Ada orang bagi makan nasi dagang.
"Pastikan semua budak-budak asrama ni dapat makan, kalau tak cukup boleh pergi ambil lagi di rumah saya." Kata seorang Pak Cik kepada tok siak ."Budak-budak semua, pagi esok lepas sembahyang raya pergi rumah Pak Cik. Tu..rumah warna kuning tuh."kata dia. Tegas saja.
Lepas makan kami tanya tok siak, "sapa orang tadi tu?"
"Ohhh...itu lah Dato' Mohamad Jusoh, bekas MB Pahang dulu..."
Pasar Mini Alipah sudah tiada lagi. Kedai itu dah jadi Pasar Mini Seri Pelindung. Pak Man tanya budak yang jaga kaunter adakah tokey ini orang yang sama dengan tokey PMA dulu, dia kata tak tahu. Tak pernah dengar pun PMA.
PMA akan menjadi sibuk bila tiba hari Jumaat. Selepas sembahyang Jumaat, akan penuh lah PMA dengan budak-budak asrama TI Kuantan, SM Vokesyenal dan MRSM Kuantan. Masing-masing mencari keperluan masing-masing. Ada beli air kotak, ada beli air tin, ada beli biskut, ada beli roti dan ada juga yang beli rokok.
Mak Cik tokey kedai pun sibuklah memerhatikan kami semua. Maklumlah dalam ramai-ramai tu ada yang panjang tangan."Sejadah letak luar,....tikar sembahyang letak luar!"
Minggu sebelum tu dah ada yang tertangkap sorok air kotak dalam sejadah!
Hari minggu pun ramai juga yang ke PMA. Kadang-kadang malam pun ada yang curi-curi keluar pergi ke PMA cari bekalan. Itu cerita 25 tahun dulu.
Sekarang ni budak asrama kalau nak makan, oder saja pizza. Tak payah susah-susah keluar. Canggih!
Tuesday, October 28, 2008
Balik rumah juga akhirnya...
Pagi Selasa Pak Man ke JPNP, ada urusan. Alhamdulillah, setelah naik turun, naik turun beberapa kali, urusan Pak Man selesai juga akhirnya...... Mereka semua ada jamuan Hari Raya, meriah nampaknya.
Pukul 11:00 am, hantar kakak ke asrama.
12:00 pm, pergi Tanjung Api, beli ikan sikit. Masuk dalam bekas, isi air batu, terus balik.
Cuaca panas terik. Huui! Letih betul.
3:00 pm sampai di Raub. Buka saja pintu kereta, kambing terus mengembek-ngembek!..(mungkin mereka kata lama tak jumpa Boss! , atau mungkin juga mereka kata, pergi makan angin tak ajak kami, Boss!, mmbeeeek! mmbeeeek! ) Berehat…..tertidur. Sedar-sedar dah pukul 4:30 pm.
Syafiqa dan Nadirah sibuk buat kerja sekolah masing-masing.
Buka peti e-mail....waaa banyak nya mesej. Maklumlah dah dua hari tak buka. Yang paling tak sangka dari En.Jaafar Yakin , penceramah EDUWEBTV. Semoga persaudaraan kita berkekalan Bro.!
Tahlil Arwah Moyang
Sementara menunggu Pak Imam sampai, macam-macam yang dibualkan oleh para tetamu.
Orang baju biru kata,”Bagus lah YB Zulkifli Nordin tu, semalam di Dewan Rakyat dia bla, bla, bla, bla………”
Orang baju merah pula kata, “Padan muka Datuk X kalah dalam pemilihan bahagian baru ni, dia tu bla, bla, bla, bla………”
Orang baju putih pula kata, “Si M ni satu saja yang aku tak suka, dia ni bla, bla, bla, bla,……”
Orang baju hitam kata,”Kalau lepas bapa, anak, lepas anak ,cucu, asyik-asyik keturunan diaaaaaa je. Bila lagi keturunan orang kampung yang macam kita ni nak jadi bla, bla, bla, bla,……”
Pak Man macam biasalah, dengar, senyum, angguk-angguk dan geleng-geleng. Memang dalam kepala ni ada banyak yang nak dicakapkan. Idea dari blog-blog yang dibaca. Kalau cakapkan nanti orang kata nak menunjuk pula. Lebih baik diam saja.
Lepas tahlil, semasa makan, tiba-tiba dari belakang terdengar,”Assalamualaikum, my friend.”
“Waalaikummussalam, eh my friend, sorry tak perasan tadi.” Dalam hati Pak Man berkata,"Sudah laa kena cakap orang putih la pulak, kalau jumpa dia ni mesti cakap orang putih. Puas lah Pak Man ....macam-macam gaya ada, kadang-kadang macam Red Indian pun ada."
“What’s up man?”
“Everything is up!, fuel price, blood pressure, everything lah…….he he he…sorry, I’m good man. How about you?.”
“Alhamdulillah, syukur! enough food, enough money, four is enough (my children)...ha ha ha...”
“I want to tell you something, you are my friend ,but you know, I’m just realize that your wife is my relative. Oh...what a small world!”
Itu lah cikgu Halim Shah, kalau jumpa mesti cakap orang putih. Bukan dia nak berlagak, tapi, semenjak kami kursus Bahasa Inggeris bersama, 3 tahun lalu, begitu lah selalu bila jumpa.
Pak Man bukan reti sangat, tapi gagahkan lah juga. Walaupun bunyi macam orang Korea cakap orang putih pun hentam saja lah. Malam tu kami cakap berbisik-bisik . Takut orang tua-tua dengar, malu. Mereka semua tu orang pencen. Sekolah orang putih dulu.
Balik dari majlis tu, kami semua dah letih. Tidur awal , pagi esok nak ke Muadzam pula. Hantar Azrul balik ke asrama. Malam nya kena tidur di Kuantan, esoknya pula nak hantar Kak Munirah balik ke asrama nya di Kuantan pula.
Opah dah beritahu tak jadi nak ikut. Dia rasa tak sihat, sakit pinggang, sakit lutut, pening dan letih. Mak Jah dah atur dengan Pak Usu Salam. Dia akan datang tidur menemankan Opah.
Sunday, October 26, 2008
Esok Deepavali !
Harap-harap selesailah perkara ni pada hari ini. Dah lama ianya tertangguh. Lepas ni barulah boleh fikir pasal nak tebang pokok yang dekat jalan masuk ke rumah Opah tu, susah betul nak cari orang yang sanggup buat kerja tu, lepas tu fikir pula nak suruh Kadir repair pagar yang bocor. Babi bermaharajalela sekarang. Habis ubi kayu dan pokok pisang Pak Man dikerjakannya.
Esok nak hantar anak-anak balik ke asrama di Muadzam Shah dan Kuantan. Kalau jadi Opah nak ikut sekali. Dah lama dia nak tenguk sekolah abang Joy.
Saturday, October 25, 2008
Meet Uncle Hassan - Part ix
“Sapa tadi tu, Che Mang?”
“Che Brahim.”
“Masih berhubung lagi ya?”
“Ya…dia sorang jelah yang masih berhubung dengan saya.”
“Che Mang, saya rasa saya nak minta diri dulu lah, kalau ada masa kita jumpa lagi. Kalau gi Kuantan tu, jangan lupa singgah rumah saya, batu 12, Taman Mahkota. Nombor h/p saya 019xxxxxxx”
“Betul-betul lah ni tak nak singgah rumah saya ni?”
“Minta maaf banyak-banyak lah Che Mang, lain kali Insyaallah saya akan singgah.”
Kami bersalam, erat genggaman tangan Pak Hassan. Dalam hati ,Pak Man berharap semoga kami berdua dipanjangkan umur dan sempat untuk bertemu sekali lagi.
Seingat Pak Man , Pak Hassan tidak pernah menyakit kan hati Pak Man sepanjang persahabatan kami. Orangnya sungguh baik dan berbudi pekerti yang tinggi.
Friday, October 24, 2008
MRSM Muadzam Shah
Nik Hashim & Nik Hisham Nak Gi Mekah!
Wednesday, October 22, 2008
Banjir
Lebih kurang pukul 11:00 am, GPK arah kan kami semua bawa murid-murid balik. Mengharung air, awasi murid-murid agar jangan ada yang hanyut. Mereka suka sangatlah main air. Lagipun air cuma setakat betis saja!
Cikgu-cikgu sibuk berposing dalam banjir. Ada yang pertama kali mengalami peristiwa sebegitu. Sayang Pak Man tak bawa kamera.
Kalau dapat gambar-gambar dari cikgu yang berposing tadi tu, akan Pak Man uploadkan untuk tatapan semua.
EDUWEBTV
Hari pertama ada masalah sikit, kami semua kena daftar secara atas talian. Capaian internet di tempat kursus tersebut tak berapa baik. Sekejap-sekejap terputus. Nak daftar 20 orang peserta ambil masa 2 jam. Pak Man bukan nak komen, tapi nak bercerita sahaja. Hal sebenar!
Pengajarnya, En.Jaafar sangat mesra pelajar. Suara lantang, jelas, power. Semua yang diajar dapat kami ikuti dengan lancar, cuma kadang-kadang ada masalah terputus-putus talian, sedikit mengganggu.
Insyaallah akan Pak Man perturunkan ilmu yang Pak Man terima itu kepada guru-guru di SK Semantan Ulu. Menarik sekali, bagi kerja rumah kepada pelajar melalui e-mail, tonton TV pendidikan melalui internet, ambil bahan-bahan video dari EDUWEBTV , edit, jadikan bahan bantu mengajar.
Tapi tak tahulah macam mana nak diimplimantasikan di sekolah Pak Man, murid mana ada alamat e-mail, mana ada sambungan internet di rumah, dan yang paling besar sekali masalah nya ialah mereka tidak ada komputer di rumah. Kalau nak guna komputer di sekolah, sekolah kami tak ada makmal komputer. sambungan internet hanya ada di bilik guru. Banyak masalah kena selesaikan satu persatu.
Komputer hanya ada 4 buah di bilik guru. Aduuuuh, macam mana? nanti nak kena bincang dengan Ustaz dan Tuan GB.
Tuesday, October 21, 2008
Pak Man Sedang Berkursus
Semalam dan hari ini Pak Man berkursus, jadi tak dapatlah nak menulis. Insyaallah esok akan ada beberapa cerita baru dari Pak Man.
Sekarang ni rehat makan tengah hari, Pak Man curi-curi tulis , takut anak-anak tertanya-tanya ke mana Pak Man pergi.
Jumpa lagi esok,
Salam manis!
Sunday, October 19, 2008
Semangat Setia Kawan
Mereka lebih terbuka dan lebih ikhlas dalam berkawan. Ini dari pengalaman Pak Man, tak ada tokok tambah. Tapi kalau dari segi perangai dan tingkah laku mereka , Pak Man tak nak komen apa-apa. Itu sendiri punya hal lah...
Mereka sanggup bagi tayar 'spare' kepada sahabat yang ada masalah tayar di tengah hutan Bukit Tujuh. Mereka sama-sama tolong tukar tayar, woooi bukan senang nak tukar tayar lori! . Pak Man pernah mengalami masalah semasa naik Bukit Tujuh. Kelapa penuh satu lori. Bila menghampiri puncak bukit, tiba-tiba enjin mati. Cepat-cepat tarik hand-break. Toleh ke belakang, aduuuh! dalamnya cerun tu!.
Pak Man pun berfikir cara-cara nak selamatkan diri, kalau-kalau lori menghundur ke belakang, Pak Man akan buka pintu dan lompat. Aduuuh! jahanam lah lori, rugi besar tu. Insuran boleh cover ke?, macam-macam terlintas di fikiran.
Dari bawah tersengguk-sengguk sebuah lori kelapa sawit memanjat bukit. Asap berkepul-kepul. Bila melintasi lori Pak Man pemandunya kata,"Tahan, tahan, tunggu sekejap lagi kawe mari!". Pak Man angguk,"Baik, baik". Lima minit kemudian dia datang berlari-lari. Dia ambil batu-batu lebih kurang sebesar kepala dia, diletak kan pada keempat-empat tayar lori Pak Man.
"Kita sendal duluh jangan bagi dia bergerak ke bawah". Pak Man angguk sekali lagi.
"Ok, sekarang boleh start, masuk gear daba,(double gear atau 4WD)...masuk gear satu, lepas hand-break slow-slow, tekan minyak."...vroooom!....peh...peh...peh! mati lagi.
Tiba-tiba lalu sebuah lori kosong, pemandunya seorang cina. Brother tadi tahan, lori tu berhenti jauh di puncak bukit dekat lori brother tadi, dia berlari datang.
"Ada apa?"
"Tokey, ini kawan kita , lori tak mahu jalan, hidup enjin, masuk gear, tekan minyak...mati"
"Woo, manyak bahaya wooo, kalu jatuh boleh hancur lori wooo, jadi lu mahu saya buat apa?"
"Lu boleh tolong tarik ka?"
Beberapa buah kereta lalu, mereka tenguk (jeling)dan terus berlalu.
"Boleh la, lu ada rantai ka, tali ka.."
"Ada saya ada rantai"
"Lu pigi angkat itu rantai, biar saya undur saya punya lori"
Dipendek kan cerita, tokey tu tarik lori Pak Man sampai ke bengkel yang berdekatan kira-kira 10 km. Pak Man belanja mereka makan. Pak Man nak bagi duit kepada mereka berdua. Brother tadi marah, "Demo ni baru bawak lori ko?, kalu ore lamo, dia tak bagi pitih ni. Kito samo-samo dreba lori, cari make atah jale, ari ni ari demo, esok lusa mungkin ari kawe atau ari tokey ni pulak".
"Mintok maah la, ambo ore baru, kalu gitu ambo nak bagi rokok sorang sebungkus, boleh?"
"Haa, kalu rokok tak pa la, saya bagi Dunhill 20 , lu apa rokok lu isap?"
"Kawe bagi Marlboro kotak lembik"
Selepas dari peristiwa itu, Pak Man tak pernah lagi berselisih dengan mereka berdua. Kalau mereka berdua ada baca blog Pak Man , boleh lah hubungi Pak Man. Boleh kita minum-minum dan belanja rokok Dunhill 20 serta Marlboro kotak lembik!
Perkhemahan - Hari ke-3
Pak Man terpaksa minta diri untuk ke pasar minggu. Macam biasalah, beli bekalan untuk seminggu. Maklumlah rumah kami jauh dari kedai.
Mengikut jadualnya lepas pertandingan kawad ada acara'water confident'. Lepas tu makan tengah hari dan solat zohor. Pukul 2:30 pm, berkemas peralatan dan 3:30 pm majlis penutup dan penyampaian sijil.
Insyaallah akan Pak Man cuba dapatkan gambar-gambar aktiviti tersebut dan masuk kan secepat mungkin.
Semoga murid-murid semua selamat kembali ke rumah masing-masing dengan seribu kenangan yang boleh dijadikan panduan hidup di hari muka.
Saturday, October 18, 2008
Meet Uncle Hassan - Part viii
Lagu ini adalah lagu kegemaran Pak Man. Lagu dikir barat nyanyian Halim Yazid. Halim adalah seorang pegawai kebudayaan Universiti Malaya. Beliau juga merupakan lulusan UM. Lagu-lagu dikir baratnya banyak yang ada mesej kemanusiaan. Contohnya, ada satu lagu yang menceritakan kisah hidup beliau dari kecil sampai sekarang. Sungguh menyentuh perasaan. Dari orang susah sampai jadi graduan UM dan sekarang bertugas di UM. Banyak pengajaran yang boleh di kutip dari lagu itu.
Halim ada banyak album, tapi jarang masuk surat khabar. Beliau begitu gigih berkarya. Pernah ada satu album tu terjual sampai 100 000 unit. Tak lah heboh macam setengah penyanyi tu...baru jual 15000 unit, riuh satu Malaya.
Radio Kelantan fm selalu memutarkan lagu-lagu beliau. Pahang fm pun ada juga sekali-sekala Pak Man dengar. Terengganu fm Pak Man tak tahu lah pulak. Pak Man rasa beliau berdiri dalam kelasnya yang tersendiri. Seperti Ebiet G.Ade di Indonesia.
Di Kelantan, ada beberapa orang lagi pendikir alaf baru yang selalu muncul dengan karya-karya baru. Antaranya Cikgu Sulizi, Cikgu Naim (kedua-dua mereka ada ijazah), Megat Nordin, Stapa Merak Mas dan ada dua tiga nama lagi yang Pak Man lupa kerana lagu-lagu mereka tak berapa kena dengan angin Pak Man.
Nampak ada pembaharuan dalam lagu-lagu dikir barat sekarang berbanding dengan tahun-tahun 70 an dan 80 an dahulu. Pak Man ingat lagi lagu-lagu seperti"Jenab Punggung Besar", "Pah Nok Gi Nikoh Bilo?"...tak ada kualiti langsung!. Lagu-lagu tersebut hanya mengajar anak-anak muda kita dengan pemikiran lucah dan tak senonoh. Tak Islamik langsung!
Pak Man harap lagu-lagu dikir barat ini akan mengenengahkan senikata yang berunsur ketuhanan, kemanusiaan, alam sekitar dan peristiwa dunia. Biar berkembang lagi minda anak-anak muda kita ni. Ingat , jangan leka dengan lagu-lagu cinta saja, nanti kita akan ketinggalan.
Pak Man menjawab panggilan itu, "Assalamualaikum! sapa tu?"
"Waalaikummussalam, kawe nih, Brahim, Cikgu apa khabar?"
"Oh...tuan inspektor...eh, sori..ketua inspektor...ha..ha..ha..."
Perkhemahan - Hari ke-2
Friday, October 17, 2008
Meet Uncle Hassan - Part vii
"Innalillahiwainnaialihiraajiuun!, sakit apa?"
"Dengar cerita , kata sakit dada, Che Mang bukan tak tahu, arwah ni kan kuat hisap rokok daun."
"Tuan Hj.Jaapar baru saja pencen, sekarang ni jadi kontraktor kecil , kongsi dengan adik iparnya. Malam-malam jadi penceramah PAS, orang cerita la, saya tak pernah jumpa dia selepas dia tukar."
Tuan Hj.Jaapar memang terkenal dengan kebolehannya berhujah. Semasa Pak Man kerja penjara dulu, kalau Tuan Hj.Jaapar beri khutbah semasa sembahyang Jumaat, wooooi...respek la...tak ada teks, ayat Qur'an dia baca cair...tak ada tersekat-sekat.
Kami berjiran, rumah dia depan rumah Pak Man semasa duduk kuarters. Kalau bercakap agak keras dan tinggi suaranya, maklumlah orang Melaka.
Main bola pun Okey, lari laju......
Dari dulu lagi beliau minat politik, tapi masa khidmat dengan kerajaan tak boleh cakap apa la. Rupanya sekarang dah jadi penceramah politik.
Buat lah apa yang baik pada fikiran Tuan Haji!......gunalah sisa-sisa usia yang ada ini dengan kerja-kerja yang berfaedah! (nak nasihat orang tua lah pulak!)........
Perkhemahan SK Semantan Ulu.
Semua murid bekerjasama memasang khemah. Semangat yang macam ni lah yang nak kita semaikan kepada anak-anak kita. Semoga akan diteruskan semangat ini bila mereka dewasa kelak. Cikgu-cikgu hanya memantau dari jauh, kalau perlu ditegur barulah tegur. Kalau tidak biarlah mereka berbincang sesama sendiri, buatlah keputusan sendiri.
Malam ini akan ada aktiviti ulangkaji pertolongan cemas, balutan dan lain-lain. Ini adalah persediaan untuk aktiviti meredah hutan yang akan diadakan pagi esok. Semoga mereka semua akan selamat pergi dan selamat kembali. Dalam hutan nanti mereka akan diuji dengan ujian ikhtiar hidup. Kelolaan Cikgu Rozana. Guru muda yang begitu pro-aktif dalam menjalankan tugas.
Thursday, October 16, 2008
Taxi!....Taxi!
Kalau Merenung Bintang Di Langit......
Ada yang baik, ada yang pemurah dan tak kurang juga yang sombong dan kedekut. Pak Man ada dengar ceramah agama, ustaz kata kalau kita nak tahu ibadat haji yang kita buat itu adakah ianya haji yang mabrur, ada tanda nya. Salah satu daripadanya ialah cara hidup kita selepas menunaikan haji akan berubah berbanding dengan sebelum. Berubah kearah yang lebih baik lah!
Kalau dulu pemarah, lepas balik dari Mekah jadi peramah dan penyayang. Kalau dulu kedekut, lepas balik, jadi pemurah. Begitu lah seterusnya.
Hari ini Pak Man ada berurusan dengan seorang Pak Haji, woooo dia punya sombong......mengalahkan firaun. Kawan Pak Man kata, biasalah dia tu...dari muda sampai ke tua perangainya macam tu. Dia ingat dia punya pangkat tu boleh bawa masuk lubang kubur agaknya.
Tak apalah, bagi Pak Man kita mesti sedar siapa diri kita sebelum menerus kan perjalanan hidup ini. Perjalanan yang kita semua tak tahu panjang atau pendek.
Teringat Pak Man kepada satu teka-teki yang Pak Man terbaca dalam blog seorang guru, 'Harum Berduri". Ianya berkenaan dengan siput babi. Kenapa siput babi itu berjalan terlalu lambat?....Jawapannya ialah kerana sambil berjalan, siput babi itu asyik berfikir tentang identiti diri nya yang sebenar, adakah dia ni seekor siput ataupun adakah dia ni seekor babi?. Sampai sekarang belum terjawab....
Wednesday, October 15, 2008
Meet Uncle Hassan - Part vi
" Kereta besar lah sekarang ye?"
" Besar sikit jeer, second hand!"
Pak Man cuba alih tajuk, "Kawan-kawan yang dulu apa khabar ya ?, lama saya tak berhubung dengan mereka."
"Encik Deris dan Tuan Kutty dah tukar balik Taiping."
"Ooo, dah balik Taiping...baguslah , kampung sendiri."
Taiping, bandar yang ada hubungan kuat dengan Jabatan Penjara. Ibu Pejabat Penjara Malaysia yang pertama ialah di Taiping. Penjara yang pertama ditubuhkan di Malaysia..Pak Man tak pasti...mungkin di Taiping juga kot.
Yang pasti jalan keretapi yang pertama dibina di Malaysia ini ialah dari Taiping ke Port Weld, dalam tahun 1885. (waaa dah jadi cikgu sejarah la pulak!)
Pusat Latihan Pegawai Penjara pun dulu di Taiping. Sekarang ni ada di Kajang dan juga di Langkawi. Ada mini stadium di PLPP Taiping. Sebab tu lah dulu, semua pemain bolasepak Malaysia adalah wadar penjara.
Pak Man pernah menjalani latihan amali selama 2 minggu di Penjara Taiping. Penjaranya sungguh antik, maklumlah dibina pada zaman penjajah lagi. Semua jenis tugas diberi oleh pegawai penyelaras latihan itu(Tuan Nasif), Pak Man kena kerja malam, pagi ,petang...
Yang paling melekat di ingatan ialah ;
1. Pertama kali melihat hukuman sebat rotan. Banduan tersebut terkencing....tapi tiba-tiba kawan Pak Man , Nasir(dulu kerja di Jelebu)PENGSAN!...nasib baik dalam penjara ada klinik.
2. Pak Man kena eskort banduan cuci bilik gantung, (itu bermakna minggu ni ada hukuman gantung akan dijalankan, tak tahu bila dan siapa akan kena). Pertama kali tengok bilik gantung , SERAM!....banduan tu biasa saja, main-main dengan tali gantung.
"Encik, ni kalau bawak ke Tok Bomoh nombor ekor ni...mesti dapat nombor first prize!, kaya kita ..." kalau dah tahi judi tu...tahi judi juga lah...
3. Tiga hari sebelum hari gantung...kami semua dipanggil oleh Tuan Nasif, "Kamu semua kena siap sedia, nanti kamu semua kena tenguk hukuman gantung. Ada sesiapa yang darah tinggi, sakit jantung, atau lemah semangat beritahu saya." semua tak mengaku...malu kot...tapi Nasir awal-awal lagi dah terkeluar senarai.
Esok hari gantung, hari ini semua ahli keluarga 'banduan akhir' tu datang. Ada yang menangis ada yang meraung dan ada yang pengsan. Banduan tersebut rileks je!...hati batu betul!
Sekali lagi kami dipanggil oleh Tuan Nasif,"Sekali lagi saya nak tanya, ada sesiapa yang sakit jantung, darah tinggi atau lemah semangat?, boleh tarik diri sekarang. Subuh esok nak gantung."
Okey kalau tak ada, saya ada satu soalan lagi," Sapa yang dah kawin?", Tiga orang angkat tangan termasuk Pak Man.
"Dalam kamu bertiga ni, siapa yang isterinya tengah mengandung sekarang?", seorang angkat tangan, iaitu Pak Man. Masa tu Mak Jah tengah mengandungkan anak sulung kami, Azrul.
"OK, kamu tak boleh tengok, pagi esok duduk saja dalam kelab, rehat dengan Nasir..... "
Tuesday, October 14, 2008
Muhammad Alfateh & Amirah Fadhillah
Historical Palace Shuzou, China. (yang belakang 2 orang tengah angkat tangan tu, Alfateh & Amirah, bukan yang keras di depan tu!)
Shanghai Tower, mama nya pun ada sekali.
Paradise Garden Huanzhou, China. (yang kecik tu, Alfateh & Amirah, bukan yang besar tu!)
Shanghai Kopitiam. (yang depan tu, mereka berdua, bukan yang belakang tu!)
Sorry! Cik Oman bergurau saja!....
Oh , My Friend....Selamat belayar!
Kawan sama-sama mengajar di SK Krau 1. Orangnya rajin, kerja kuat dan sangat komited dengan tugas.
Semalam Pak Man terima SMS darinya; ting ting, ting ting!"Tak boleh nak masuk ke blog you"
Pak Man balas, tong tong, tong tong! ;"You taip saja www.manlaksam.blogspot.com"
Dia jawab, ting ting, ting ting! ; "ok"
Lepas tu ada lagi, ting ting, ting ting! ; "tak boleh lah"
Pak man jawab, tong tong, tong tong! ; " you cuba search dengan google, taip saja manlaksam"
Dia jawab, ting ting, ting ting ; "dah boleh, tq"
Pak Man jawab, tong tong, tong tong! ; "Clever girl ! , selamat belayar!"
Monday, October 13, 2008
Bila Larut Malam....tarakuca..cah, tarakuca..cah!
Waktu sekarang ni, di rumah Pak Man suasana sunyi sepi. Anak-anak semua dah tidur, Mak Jah sibuk dengan tugasan nya, nak kena bentang lagi dua minggu.
Pak Man nak maklumkan , kepada orang yang buat permintaan nak tengok gambar dua orang yang paling popular sekali dalam blog Pak Man ini, iaitu Pak Hassan dan Alfateh. Nama mereka berdua selalu sangat terkeluar atau tersembol dalam blog ini. Pak Man dah dapat gambar-gambar Alfateh bersama adiknya Amirah Fadhillah.(yang Pak Man nyanyikan lagu Allah selamatkan kamu dulu tu...ingat lagi tak?).
Mereka berdua ialah anak sedara Pak Man yang tinggal di KL, Alfateh adalah merupakan orang yang pertama sekali membaca blog Pak Man. Jadi bila Pak Man sedang menulis, Pak Man akan bayangkan Alfateh ada dok tercongok depan Pak Man. Peneman Pak Man diwaktu malam.
Sebab itulah namanya selalu tersembol dalam blog ini.
Gambar Pak Hassan sedang diusahakan. Yang susahnya Pak Hassan tak ada alamat e-mail. Tapi tak apa Pak Man akan suruh dia kirim dengan bas ekspress atau kalau terpaksa, guna lah 'snail mail'.
Kepada ZakiN, yang bertanya pasal identiti Pak Man, apa yang Hazmal cakap tu betul lah. Kawe loni memang lain, jangan demo nok bayangkan kawe macam 25 tahun yang lalu. Muka dah berubah, rambut dah berubah, kawe tak pakai susuk!
Esok sebelum masuk waktu asar, Pak Man akan up loadkan gambar Alfateh. Lepas sembahyang asar bolehlah tengok!
Ayman Azri, dah lama Pak Osman tak nampak bendera Ireland keluar dekat blog ini. Ayman sibuk ke?, kalau sibuk tak apalah. Bila ada masa jenguk-jenguklah ya!
Nurul dan Elya, komen-komenlah sikit.
Salam manis.
Opah dan adik-adiknya
Barisan hadapan dari kiri; Wan De Timah, Opah(Amnah), Wan Ngah Saadiah, Wan Teh Ilah.
Barisan belakang dari kiri; Arwah Pak Anjang Yusof, Wan Su Zaharah, Tok Chek Karim.
Salam semua,
Anak-anak semua, ini lah gambar opah anak-anak bersama dengan adik beradiknya. Tahun gambar ini diambil tidak lah pula diketahui. Gambar ini Pak Man dapat dari Wan De.
Simpan lah gambar ini sebagai koleksi anak-anak untuk kenangan dihari muka..
Alfateh, apa khabar?
Salam manis.
Sunday, October 12, 2008
Masam-Masam Manis
Si Baju Pagoda(SBP), banyak kisah hidupnya yang boleh anak-anak ambil buat panduan hidup dimasa depan. Dulu,(2002) SBP ada buat perniagaan kelapa, ambil kelapa dari Kelantan, jual ke Pahang. Untungnya boleh tahan juga lah, lepas lah bayar lori dan boleh simpan sikit-sikit.
SBP merasa sangat bertuah kerana ada seorang tokey santan selalu ambil banyak kelapa dengan SBP. Mula-mula bayar separuh-separuh, lama-lama hutang seminggu, SBP percaya seratus peratus dengan tokey ni kerana SBP ingat semua orang jujur...
SBP tak pernah berniaga sebelum ini. Tak tahu putar belit orang berniaga. Ambil kelapa tulis buku 555, kalau RM 432.00, dia bayar RM 32.00, RM 400 masuk buku.
Ayah SBP ada juga tegur, "jangan bagi hutang banyak sangat, nanti kita tak dan nak pusing modal".SBP kata ,"ya lah!"
"Hutang tu kena minta selalu" pesan ayah, SBP kata,"ya lah!"
Lama-lama hutang tokey tu makin banyak, mencecah 4 angka. Mula lah dia lari-lari tak nak jumpa SBP. Dia dah ambil kelapa dengan cina dari Kuala Selangor. SBP pergi dia masuk bilik tak keluar-keluar. Dua tiga kali pergi , SBP mula rasa putus asa. Malas nak layan. Kita jumpa di akhirat!
Bulan tu bayar lori kena cari duit lain. Bulan depan cari duit lain lagi. Tak boleh jadi macam ni. Bincang dengan tuan penasihat, keputusan BERHENTI berniaga. Lori bagi abang ipar, sambung bayar. Duit muka lori tu dulu biras SBP yang bayar. Jadi lori tu macam 'untuk kegunaan keluarga'. Siapa nak guna dia bayar bulan-bulan.
Sekarang dengar cerita tokey tu sakit. Penyakit hati!.....mata jadi kuning...buat masa ini SBP belum halalkan lagi hutangnya. Sedang dipertimbangkan dengan serius.(teringat kisah ubi kentang )
SBP dapat pengajaran dari situ, malas dah nak berniaga, tuan penasihat suruh sambung belajar, rupa-rupanya tak sia-sia, sekarang SBP dah dapat B.Ed.Mathematics, lagi senang dari jual kelapa rupanya!
Agi Idup Agi Ngelaban!
Cuci mulut dengan pinggan
Tahniah dan syabas diucapkan kepada En.Ramaness dari Natures Harmony Industries Sdn.Bhd. kerana telah berusaha selama 3 tahun untuk menghasilkan pinggan yang diperbuat daripada ubi kayu.Pinggan ini boleh dimakan , dan disahkan halal oleh JAKIM.
Pinggan ini boleh menggantikan pinggan polisterina yang terpaksa kita buang selepas menggunakannya. Ini tidak bagus untuk alam sekitar.
Kepada Suluh Bidai, Pak Man nak minta tolong. Tolong ketengahkan idea Pak Man ini atau tolong cadangkan kepada En.Ramaness, kalau boleh pinggan tersebut buatlah dalam berbagai-bagai perisa. Ada perisa 'kuih lapis', ada perisa 'kuih seri muka', ada perisa buah, betik ke, nanas ke, pisang ke, atau apa-apa buah pun boleh. Kalau boleh biarlah buah-buahan tempatan kita.
Lepas makan nasi, boleh lah kita makan pinggan tu pula sebagai pencuci mulut. Sambil berborak-borak, kunyahlah pinggan dengan perisa pilihan anda!. Macam mana?, ok tak idea Pak Man . Kalau ok, pakai lah , kalau tak ok, terserah , nak ketawakan Pak Man pun Pak Man tak kesah.
Kalau ada berlaku bencana alam atau pun kebuluran di mana-mana, kita hantar saja pinggan kita ini sebagai bantuan makanan. Tak payah susah-susah nak hantar beras ke, ikan sardin ke...orang Afrika tentu suka pinggan berperisa ayam kampung!, kerana Pak Man rasa mereka tak pernah makan ayam kampung Malaysia.
Suluh Bidai, tolong ya!
Saturday, October 11, 2008
Gambar Si Kembar
Hari ini terlanjur Pak Man buat kerja-kerja meng up-loadkan gambar, maka mana-mana gambar yang tercicir tu Pak Man up-loadkan lah. Cerita mengenai Si Kembar ni Pak Man dah tulis dah masa bulan puasa dulu.
Semoga semua orang bergembira!
Majlis Hari Raya ....sambungan
Jangan fikir banyak sangat Cikgu Razman, nanti makin banyak yang gugur.
Bila nak makan ni, kena lukis dulu, patutnya makan dulu lah baru lukis.
Ustaz Hashim orang kanan Tuan GB, sibuk nampaknya, prestasi melintang tahun ni.
Orang yang berdiri di belakang sana berkata,"Budak-budak dah dapat dah, aku ni bila lagi."(sorry boss, bergurau saja!)
Friday, October 10, 2008
Meet Uncle Hassan - Part v
"Waaa, Pak Hassan ingat lagi nombor kereta saya ya?"
"Eh, mesti laa, ada sejarah kereta Proton tu Che Mang."
"Pak Hassan ada cerita ko orang lain dah ko?, malu saya Pak Hassan"
"Taak, tapi bila saya teringat tu, senyum sorang-sorang laa, lucu betul..."
Kereta tu adalah kereta pertama Pak Man. Bayar muka Abang Teh yang tolong. Kalau tidak tak merasa lah nak pakai kereta baru. Gaji kecik....
Kira-kira sebulan selepas Pak Man beli kereta tu, tiba-tiba berlaku kejadian banduan terlepas lari dari wad di Hospital Kuantan.
Boss Pak Man arahkan semua Pegawai bawa tiga wadar pergi cari banduan. Satu kereta lah tu. Bergerak ikut arah masing-masing. Agak-agak arah mana dia lari, pergilah kearah tu. Atas kebijaksanaan masing-masing.
Pak Man satu group dengan Pak Hassan, Moktar, dan Najib. Dengan rasa berat hatinya Pak Man pun buka lah kain penutup(selimut)kereta baru tu...bawalah mereka semua naik kereta baru Pak Man menuju ke Dungun. Kerana mengikut rekod banduan tersebut berasal dari Dungun.
Dipendekkan cerita setelah beberapa jam kami berlegar-legar disekitar kampung nya, maka terserempak dengan sebuah motorsikal yang dipandu laju kerana ada orang mengejarnya dari belakang.
"Itu dia! Itu dia! Jusoh tu! langgor Che Mang! langgor je moto tu, kalau tidak terlepas nanti!", kata Moktar.
Pak Man terus berhenti ke tepi. Beri laluan kepada Jusoh. Jusoh berlalu dengan laju dengan diikuti oleh motorsikal polis yang mengejarnya. Jusoh sempat lagi angkat tangan kepada kami.
"Bak pe Che Mang dok langgor je dia tu tadi?, doh terlepas."
" Gila nak langgar motor tu dengan kereta baru saya ni, kalau rosak sapa nak ganti?"
Pak Hassan ketawa berdekah-dekah, Najib pun ketawa sama. Moktar geleng-gelengkan kepala.
"Puas kita cari, dah jumpa tak nak langgar. Baik tak payah cari." Moktar tak puas hati.(Moktar ni orang muda, darah panas, tidak macam Pak Hassan, cool!)
"Kalau awak nak berangan macam dalam filem tu, tak payah lah...ini kereta persendirian, bukan kereta kerajaan. Nak buat lasak-lasak. Sorry laaa...Saya pun sebelum masuk kereta , hentak kaki dulu, biar tak dok pasir di tapak selipar tu baru masuk!"
Pak Hassan ketawa berdekah-dekah....
Sambutan Hari Raya SK Semantan Ulu
Cikgu Isma sedang memberikan penerangan tentang pertandingan mewarna poster Hari Raya
Cikgu Rozana sedang menyiapkan anak-anak didiknya(murid Pra-sekolah) untuk pertandingan mewarna.
Fahmi , Ketua Murid SKSU. Bakal Penghulu Mukim Semantan, ada gaya!
Nadirah dan Syahadah (murid Tahun Satu)sedang merancang strategi, "kita mesti menang tahun ni."
'Biar lah sederhana(bajetnya) tapi meriah , jangan tak buat langsung,tapi eksyen"
Murid kami 50 orang saja, cikgu 9 orang, tapi apa yang sekolah besar buat kami pun boleh buat. Hidup SK Semantan Ulu!
Thursday, October 9, 2008
Half-baked Idea
Masa Pak Man mula-mula belajar menulis, membaca, dan mengira dalam darjah satu (1971)di SK Badak, satu kelas tu belum tahu membaca lagi. Kami sama-sama mula mengenal huruf pada waktu yang sama. Tak ada yang dah kenal huruf, tak ada yang dah kenal nombor, jauh sekali lah yang dah boleh membaca.
Kami sama-sama menyebut huruf yang di ajar oleh cikgu(Hjh.Azizah Hj.Yatim), A….B…..C….bergema satu kelas, sampai keluar pagar boleh dengar. Selepas itu tulis dalam buku garis tiga. Huruf kecil dan huruf besar. Minggu seterusnya , pelajaran makin tinggi. BA….BI….BU….BE….BE(tanda)…BO..sebut sama-sama dan tulis dalam buku garis tiga.
Ilmu Hisab pun begitulah, kami sama-sama mengenal nombor, sama-sama belajar mengira (campur, tolak , kali, dan bahagi). Tulis dalam buku petak besar. Gemulah Cikgu Mohammad Omar yang ajar kami. Bila dapat belajar sesuatu yang baru, kami rasa seronok sangat.
Ini amat kontras sekali dengan apa yang Pak Man perhatikan sekarang. Bila cikgu nak perkenalkan ABC… setengah daripada murid akan buat tak tahu saja. Ada lah dua tiga orang yang nak dengar. Yang lain tu cakap, “saya dah tahu cikgu”. Cikgu pun ajarlah murid yang belum tahu lagi tu. Biarkan yang dah tahu dengan aktiviti bebas. Nampak tak ada semangat ‘bersatu’atau ‘berpasukan’ seperti zaman Pak Man dulu. Sama-sama sebut, sama-sama tulis.
Kalau sekali pandang nampak kerja cikgu sekarang lagi senang , tapi kalau dua kali pandang nampak susah pula. Terpaksa merancang aktiviti berbeza untuk dua atau tiga tahap murid yang berbeza.
Murid yang dah pandai akan pandang rendah kepada yang masih baru nak belajar. Sebenarnya yang baru nak belajar tu lah yang betul. Belajar membaca mesti dimulakan dalam pelajaran tahun satu. Peringkat tadika atau pra-sekolah tu sebenarnya masa untuk belajar bergaul. Kenal huruf dan nombor sikit-sikit tu boleh lah. Maaflah kalau ada yang tak setuju dengan Pak Man.
Kalau dah tahu banyak sangat, nanti masuk tahun satu akan ada masalah. Murid akan rasa bosan, cikgu ajar benda yang dia dah tahu. Mulalah berputik rasa tak hormat guru, besar kepala, pandang rendah kepada kawan, dan otak mula kreatif fikir macam-macam nak memenuhi tuntutan diri yang rasa ‘aku dah tahu semua nya’. Biasanya mereka ini datang dari keluarga yang agak tegap ekonominya. Lagilah dia rasa dia punya segalanya.
Pak Man rasa, biarlah budak tadika tu bermain dahulu, jangan nak paksa mereka supaya pandai membaca sebelum masuk tahun satu. Jangan rampas kebahagiaan zaman kanak-kanak mereka. Cikgu tahun satu ada cara bagaimana nak ajar mereka membaca. Jangan lah berebut nak hantar anak ke tadika yang semua murid keluarannya boleh membaca. (ini pendapat perbadi Pak Man).
Pak Man pernah cakap dengan seorang kenalan(bukan guru) tentang pendapat Pak Man ini, tapi nampaknya orang itu tak setuju. Dia kata,”Cikgu, you tahu tak di Amerika ada cara yang lagi canggih, dia orang berlumba-lumba nak bagi anak cepat pandai. Ada tu, umur 15 tahun dah masuk ‘U’.
“Janganlah you nak cakap idea you yang macam ni, nanti orang ketawa , malu. Orang putih cakap idea yang macam ni, ‘half-baked idea’. "
Pak Man tak berapa jelas dengan maksud perumpamaan Inggeris itu, (perunpamaan ke?)tapi Pak Man lawan juga. “Encik pernah baca tak pasal kesah budak pandai baca semasa umur 3 tahun, dalam tahun 1974. Gempar satu Malaysia. Masuk surat khabar. Jins Shamsuddin ambil budak tu berlakun dalam filem ‘Tiada Esok Bagi Mu’. Tup-tup 23 tahun kemudian keluar pula kesah budak yang sama dalam surat khabar mengatakan yang budak ini sekarang kerja buat roti canai dan ditahan polis di bawah akta dadah berbahaya”.(Pak Man geram betul kalau orang yang cakap tu sikit-sikit bagi contoh Amerika.) Pak Man rasa budak ni ada sikit rasa besar kepala dan malas belajar semasa di sekolah, sebab tu lah tak berjaya dalam pelajaran. Andaian saja!
Balik rumah Pak Man buka kamus, cari makna ‘half-baked idea ’ ; maknanya idea yang tidak dirancang dengan betul(has not been properly planned). Orang tadi tu faham ke dengan apa yang dia cakapkan? Ke dia saja nak tunjuk ‘eks’ dengan orang yang pakai baju pagoda ni. Cakap, terus bagi contoh Amerika, macamlah Amerika tu bagus sangat. Bagi Pak Man ‘half-baked’ tu kira ok juga lah, jangan ‘half-naked’ sudah lah.
Wednesday, October 8, 2008
Monkey Chop
1980 Pak Man masuk tingkatan 4. Pertama kali dalam hidup Pak Man keluar dari Kelantan. Ayah Pak Man hantar naik teksi.......oh, syahdunya!
Kelas kejuruteraan awam, 4B. Rakan sekelas, Ghaffar, Che Roslan, Fudzail, Izuddin, Zulkifli Selamat, Borhan, Mohd.Ibrahim, Sudin, Yusof Hussain, Yusoff Othman, Azman, Jimmy Teo, Ramesh, Lutfi, Rosli Haron, Rosli Razali, Che Zaini, Marhana, Rohana, See Kong Lam, Saupi, Nor mazlan, Hazrein, ...maaflah yang mana tak tersebut tu, bukan Pak Man tak ingat tapi lupa!
Sekarang mereka ni semua dah berjaya, ada yang jadi Ketua Pemuda UMNO, ada yang jadi kontraktor, ada yang jadi jurutera(majoriti lah), ada yang kerja di Dubai, ada yang jadi cikgu, ada yang kerja di Semantan Ulu, ada yang pakai kereta berlambang bintang pecah tiga, ada yang pakai kereta berlambang binatang cerdik, ada yang dah pergi Haji, ada yang bekerja dengan Tabung Haji, ada yang dah kahwin, ada yang dah bercerai, ada yang dah kahwin sekali lagi dan ada yang tak mahu kahwin lagi dah!
Ada yang pakai kereta mata belalang, ada yang makan telur mata kerbau!...macam-macam adaaa.
Cikgu Sumam Vellayuthan dah jadi pengetua di Selangor. Pak Man pernah pakai sari dia semasa pertunjukan pakaian beragam, ooh! sungguh nostalgik!. Cikgu Rita Gosh dah jadi pensyarah IPG (dulu maktab guru). Sekarang Dr.Rita Gosh Moy, dia kahwin dengan Cikgu Moy Wah Goon. Guru Fizik yang pendiam tu, sapa sangka!
Dulu ada macam-macam nama kami semua pakai, ada Bro.Best, ada Bro.MOSAB(Mohd.Saupi Awang Besar), ada Bro.Tiub, ada Bro.Ein, Bro.Panjang, Bro.Tjun dan berbagai-bagai lagi.
Dalam banyak-banyak tu, yang paling terkenal sekali ialah Bro.Monkey Chop, dari kelas 5E, budak mekanikal. Adik-adik semua kecut perut bila Monkey Chop panggil. Nama sebenarnya Kadir. Manalah engkau sekarang ni kadir!
Flying Water juga terkenal pada masa tu, ramai yang jadi mangsa.
Akar Kita
Orang Berbudi Kita Berbahasa
Pengalaman 1
"Assalamualaikum cikgu"
"Waalaikummussalam, ada apa pagi-pagi lagi datang ke sekolah ni Pok Him?"
"Tak ada apa yang mustahak, cuma nak beritahu cikgu, dekat tepi kereta cikgu tu ada seguni durian. Baru gugur malam tadi. Jangan lupa bawa balik. Semalam saya dah bagi Tuan Guru Besar, seguni."
"Eh, Pok Him, banyak sangat tu, biarlah saya bayar separuh. Saya pun memang ada bercadang nak beli durian dari Pok Him, nak buat tempoyak sikit."
"Kalau nak beli lain kali lah cikgu, yang ini memang niat saya nak sedekah untuk cikgu, saya dah khaskan satu pokok untuk cikgu-cikgu. Memang saya tak akan jual buah dari pokok tersebut. Yang gugur semalam untuk GB, hari ni untuk cikgu, esok ustaz, lusa teacher Siva, lepas tu Cikgu Haji, lepas tu Cikgu Isma, Cikgu Zana, CikguNalina, Cikgu Razman,Cikgu Norita, begitulah seterusnya."
"Ada jadual ke?"
"Ya , anak saya yang buat jadual ni."
"Terima kasihlah Pok Him, saya tak bagi apa-apa pun pada Pok Him, malu pulak rasanya."
"Yang cikgu dok ajar tiap-tiap hari tu anak sapa?, anak saya, kalau nak kira ni memang tak padan ni !, cikgu-cikgu buat kelas tambahan hari Sabtu, hari Ahad, hooo..tak padan..."
"Itu kami ikhlas Pok Him, tak payah balas."
"Ini pun saya ikhlas juga, sama macam cikgu lah."
"Terima kasih sekali lagi"
"Sama-sama, saya balik dulu."
Pengalaman 2
"Selamat pagi Cikgu Oman."(budak cina semua panggil nama Pak Man Cikgu Oman)
"Eh, Yun Piaw, selamat pagi, awak kat mana sekarang?"
"Saya ada buka kelab di Segamat, berniaga sikit la,Cikgu belum pencen lagi ke?"
"Belum, kelab apa tu?"
"Kelab...ada orang nyanyi-nyanyi, ada orang datang minum-minum, lelaki ada perempuan ada, melayu, cina ,India semua ada datang."
"Ohhh..kelab yang itu, awak jadi tokey la ya?"
"Kongsi sama kawan la cikgu"
"Cikgu kalau nak minum arak boleh la datang, saya bagi free, cikgu tak payah bayar."
(dalam hati Pak Man berkata,"kurang asam punya anak murid, tapi tak apalah, mungkin cikgu Pendidikan Moralnya tak ajar")
"Terima kasih lah Yun Piaw, cikgu orang Islam tak minum arak."
"Oh..sorry la cikgu"(saya tak salahkan dia, kerana ada orang Islam yang minum arak, dia pun dah jadi keliru.)
Pengalaman 3
"Encik, esok saya akan bebas. Saya tak mau lagi masuk penjara."
"Baguslah, nanti jangan pecah rumah lagi la Ramu, cari kerja, jaga anak, jaga isteri,"
"Baik encik, saya akan cari kerja, tapi kalau tak ada orang nak ambil saya bekerja , itu yang susah tu encik."
"Jangan pilih kerja, Ramu. Ada banyak kerja di luar sana. Jangan malas gerenti boleh hidup punya."
"Encik, dalam sini, encik banyak baik sama saya. Saya tak kisah hari-hari kena picit encik punya kaki. Saya ada satu offer untuk encik, kalau encik ada marah atau benci atau tidak suka sama sapa-sapa di luar sana encik boleh kasi tau sama saya, saya boleh pecahkan dia punya kereta atau kalau encik mau saya pukul dia pun boleh."
"Jangan nak buat kerja gila la Ramu, nanti lepas tu kamu masuk sini balik. Saya mana ada musuh, salah faham sikit-sikit tu biasala Ramu."
"Ok..Ok...saya tak buat, terima kasih encik."
(Dalam masa 6 tahun Pak Man bertugas di Penjara Penor, 8 kali Ramu keluar masuk penjara.)
Tuesday, October 7, 2008
Mari Masak Laksam
Oleh kerana ramai yang tanya pasal resipi laksam, ini dia Pak Man nak bagi. Harap cuba-cubalah buat sendiri ya!
Bahan-bahan Laksam (untuk 2-3 orang)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam
Bahan untuk kuah
Ikan (rebus, buang tulang, isi jangan buang!)
Sedikit halia
Sedikit Bawang Putih
Sedikit Bawang Merah/Besar
Sedikit Lada Hitam(serbuk pun OK)
Santan
Asam Keping
Garam
Gula
Ulam;
Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum (semua dipotong halus)
Sambal ;
Cili merah, belacan, garam, limau nipis.
Cara-cara;
1. Gaulkan semua bahan-bahan laksam tadi,(tepung beras dan kaum kerabatnya).
Sapu sedikit minyak pada tudung periuk, tak nak bagi melekat. Ambil adunan tadi letak sedikit atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila sudah masak, keluarkan dan biarkan sekejap sebelum digulung(agar jadi licin dan cantik).Ulang-ulang proses tsbt. sehingga selesai.
3. Untuk Kuah : Kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah, dan lada hitam. Masak bersama dengan santan sehingga sedikit pekat.Asam keping jangan lupa.
4. Untuk Sambal: Tumbuk cili merah dengan belacan, masuk garam dan sedikit asam limau.
Bila nak makan, laksam yang segulung-segulung tadi mesti dipotong dengan gunting. Jadilah ia macam kue tiaw. Jangan makan segulung-segulung! bubuh kuah, sambal dan ulam.
Selamat mencuba.
Monday, October 6, 2008
Ayah Dan Ibu
Ada setengah orang masih ada keduanya, dijaga dengan cukup kasih sayang. Beri mereka kebahagiaan dan jaga hati mereka. Sebagaimana mereka berdua menjaga kita dahulu.
Ada setengah orang tergamak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. Menghabiskan sisa-sisa hidup mereka tanpa kasih sayang anak dan cucu.
Ada setengah orang tak pernah menatap wajah kedua mereka kerana mereka telah tiada semasa orang itu bayi lagi.
Tidak kiralah sama ada kita masih mempunyai kedua-duanya, atau hanya ada seorang saja, cubalah sebaik mungkin membalas jasa-jasa mereka. Mengikut pengalaman orang-orang yang sudah tidak mempunyai kedua-duanya, mereka rasa amat menyesal kerana tidak lagi dapat menjaga dan memberi kasih sayang kepada keduanya. Bila sudah pergi, mereka tidak akan kembali lagi. Peluang tidak akan datang untuk kali kedua. Menangislah air mata darah sekalipun.
Renungkan lah, kita berada dalam kumpulan yang mana. Masih ada masa untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebenarnya ini adalah ingatan Pak Man untuk diri sendiri dan anak-anak Pak Man.
Salam manis.
Hari Raya Di Kg.Padang Kerasak
Ayman Azri Beraya Dalam Kelas
Pagi tadi Pak Man terima khabar dari Ayman di Dublin(kepada yang tidak mengenalinya, Ayman adalah anak sedara Mak Jah), dia kata dia rindu pada semua. Terutama Opah. Dia ucapkan selamat hari raya kepada semua keluarga di Malaysia. Dia minta maaf semua!(khas untuk anak cucu Tok Buyong)
Dia ada kelas pada pagi raya. Beraya dalam kelas! ..tak apalah Ayman, menuntut ilmu itu adalah merupakan satu ibadah. Mudah-mudahan ilmu itu akan membantu kita ke jalan yang benar. Guna kan ilmu itu untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Allah bagi kita rezeki, ilmu pengetahuan, akal yang bijak dan berbagai-bagai kelebihan lagi, bukan untuk kepentingan diri kita sahaja. Ada hak orang lain di dalam semua anugerah itu. Itu adalah amanah Allah.
Jadilah penjenguk tetap kepada blog Pak Man.
Selamat maju jaya!
Salam manis.
Sunday, October 5, 2008
Meet Uncle Hassan - Part iv
"maaf lah Che Mang! lain kali lah, terima kasih banyak-banyak la jemput saya"
"Macam mana dengan anak cucu Pak Hassan?, sihat semua?"
"Alhamdulillah, semua sihat, Rahim dah dapat koperal, legalah sikit."
"Che Mang ni makin lama makin nampak nak sama dengan En.Ahmad Bab."
"Rambut lah sama putih, tapi saya tinggi sikit pada dia dok?"
En.Ahmad Bab adalah salah seorang pegawai atasan kami. Bekas pemain bola sepak Pahang dalam tahun-tahun 70an dulu. Antara yang seangkatan dengan beliau ialah Tajudin Nor, Wan Zawawi, Ramli Mahmud(semua bekas pegawai penjara Kuantan).
Syed Ahmad,(penjara Alor Setar). Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah,(penjara Taiping). Ali Bakar,(penjara P.Pinang).Allahyarham Jalil Che Din,(penjara pudu).
Pernah berlaku pada suatu ketika dalam tahun 70 an, pasukan bola sepak Malaysia diwakili sepenuhnya oleh pegawai -pegawai penjara, dari jurulatih sampai ke pemain-pemainnya. Hebat sungguh mereka!
Mereka sangat digeruni oleh lawan. Korea selatan ketar dagu kalau lawan Malaysia. Tapi sekarang Malaysia di bawah dagu Korea Selatan.
bersambung....
Saturday, October 4, 2008
Terkenang-kenang
Sembahyang Raya Di Serambi Mekah
Bila tiba waktu sembahyang, kumpulan yang bermuka cemas tadi akan berebut-rebut mencari tempat kosong. Cari punya cari, tak dapat tempat....di kaki 5 penuh, di tempat pejalan kaki(gajah menyusu istilah bahasanya) antara tempat wuduk dan masjid penuh. Yang bawa sejadah tak ada masalah. Atas jalan tar pun boleh.
Tiba- tiba ada seorang hamba Allah datang menyelamatkan keadaan. Dia bawa surat khabar, diagih-agihkan kepada semua orang yang bermuka cemas. Semua tersenyum!. Tiada rotan akar pun berguna.
"Abang jangan pula baca surat khabar tu semasa sembahyang nanti, tengok atas sikit la, tengok kaki orang depan ke, betis dia ke..." pesan Pak Man kepada anak jantan Pak Man. Azrul macam biasa lah "ya, ya, ya".
Dapat juga lah kami sembahyang raya di NEGERI SERAMBI MEKAH, walaupun hanya di serambi masjid saja.
Friday, October 3, 2008
Koperasi Keluarga Amnah...Semoga Berjaya!
Pengerusi mesyuarat, Abang Teh(seorang perunding kewangan Islam di Dubai). Orang kanannya Abang Tam, ahli korporat!, idea mereka bernas-bernas belaka. Yang lain-lain pun tak kurang hebatnya.
Semua setuju nak tubuh koperasi anak beranak. Opahnya(Amnah) sebagai penaung. Pengerusi Long Halim, S/U Pak Cik Abu(juga merupakan s/u Koperasi Batu Talam), Bendahari Kak Tam(berpengalaman luas dalam bidang perakaunan). Pencatat minit; Syakira dan A-Ai.
Mesyuarat berjalan lancar. Insyaallah sebulan dua lagi akan terdaftarlah koperasi keluarga Amnah ini. Aktiviti permulaan ialah dalam bidang perladangan dan penternakan.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Abang Teh.
Semoga berjaya!
Thursday, October 2, 2008
Pengurusan Masa
Perancangan awal Pak Man balik cuti kali ni nak jumpa kawan-kawan lama seperti Nik Hashim, Nik Hisham,(adik beradik), Mat Ju, Zaha, Doyeng, Mat Roni, Seli, Mat Azik, Nawi, Budin dan Imi Kura(sebenarnya baru bulan lepas Imi ada datang rumah Pak Man, terima kasih lah Mi). Mat Jeng pun lama dah Pak Man tak jumpa. Kita hanya mampu merancang.
Tapi akhirnya tak kesampaian......harap-harap kita semua panjang umur, nanti boleh jumpa, insyaalah.
Sebahagian besar dari mereka ini adalah kawan-kawan Pak Man semasa di ITM dulu. Mereka semua telah berjaya dalam hidup masing-masing.
Nik Hashim dah jadi pengurus Bank Muamalat Kota Bharu. Nik Hisham pula seorang arkitek yang berjaya.
Mat Ju pula pensyarah di UITM Machang. Zaha seorang usahawan bumiputera yang sedang meningkat naik, kontraktor dan usahawan tani. Ternak lembu Kobe dalam air-cond. Jarang anak Melayu yang buat.
Doyeng, Ketua Inspektor Penjara di Penjara Machang. Tabik Tuan!
Mat Roni dengar cerita jadi usahawan perabot. Banyok pitih tuuuu!
Seli dengar khabar ada bertugas di Mahkamah Kota Bharu. Mat Azik, Nawi, Budin tak dengar khabar. Mat Jeng dah jadi orang besar di KTMB. Tahniah lah Jeng.
Imi Kura, seorang yang berjaya dalam bidang ICT. Pak Man malu juga sebenarnya nak jumpa mereka ni, maklumlah siapa lah kita ni. Haa! ada seorang lagi baru Pak Man teringat, Nik Lokman, dengar cerita dah ada kilang minuman sendiri, dulu pegawai teknologi makanan dengan Adabi.
Petang tadi Pak Man terima SMS dari Zaha, malam ni ada perjumpaan(reunion) di Restoran Mentari, Taman Maju KB. Maaf semua kerana Pak Man dah balik ke Raub. Sebentar tadi terima call dari Nik Hashim, lama juga berborak, lepas tu dengan adiknya pula, Hisham. Meriah bunyinya majlis tu.
Pak Man rasa bersalah, call Zaha, minta maaf banyak-banyak! Zaha macam biasalah, cool!...Zaha adalah orang yang tak pernah lupa call Pak Man bila dia melintasi Raub samada nak ke KL atau balik dari KL. Pak Man akan cuba sedaya upaya keluar ke bandar Raub dan menunggunya di Restoran Mamak. Biasanya dia bersama Doyeng.
Mat Ju ada sekali, dengan isteri dan anak-anaknya, tapi jumpa di masjid saja. Pak Man rasa tersangkut hati sampai hari ini kerana tak dapat ajak mereka ke rumah. Pak Man dah pergi rumah dia, besar sungguh weh! macam dalam filem hindustan. Tangga berpulas.
Walau bagaimanapun Pak Man bersyukur dengan apa yang telah Pak Man capai sekarang ini. Syukur alhamdulillah!
Salam manis.