Rabu Januari 30, 2013
Pilihan Raya Negeri: Jika Tiada Pengumuman, S'gor Akan Buat Keputusan Sendiri Selepas Chap Goh Meh
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menegaskan sekiranya
selepas perayaan Tahun Baru Cina, Kerajaan Persekutuan masih belum
memberi indikasi bilakah pilihan raya umum akan diadakan, mereka akan
membuat keputusan sendiri selepas Chap Goh Meh.
Tetapi sebelum itu, Negeri Selangor akan terlebih dahulu membawa perkara ini ke pengetahuan dan perbincangan pimpinan pusat Pakatan Rakyat (PR), kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di sini, Rabu.
Parlimen akan secara automatik terbubar menjelang 28 April jika perdana menteri tidak mengumumkan tarikh pembubaran lebih awal dari itu.
Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum.
# mStar online.

No comments:
Post a Comment