Kes saman KAFA ke atas Mat Yo selesai
KOTA BHARU 31 Julai - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan, kes saman antara pihaknya dengan bekas penyerang The Red Warriors musim lalu Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo sudah selesai.Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Azman berkata, kes saman tersebut telah diselesaikan di luar mahkamah dan pihaknya berharap isu tersebut tidak akan dibangkitkan selepas ini.
"Kes ini telah di selesaikan di luar mahkamah dan berharap tidak akan ada lagi sebarang isu yang timbul berhubung perkara berkenaan selepas ini," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment