'Ada tak kena dalam bola sepak negara'
"ADA sesuatu yang tidak kena dalam industri bola
sepak," demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
(PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung prestasi buruk skuad Hoben
Jang Hoben tahun ini.
Beliau yang juga Menteri Besar berkata, keadaan itu bukan hanya berlaku dalam pasukan bola sepak negeri ini tetapi juga disedari melanda industri sukan itu di seluruh negara.
Ditanya sama ada terdapat unsur-unsur pengamalan rasuah dalam sukan bola sepak di negeri ini, beliau menjawab, "Bukan unsur-unsur, memang ada," katanya dalam sidang media selepas menghadiri jamuan rumah terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, di sini hari ini.
Mohamad berkata, ia dapat dilihat menerusi aksi beberapa pemain Negeri Sembilan yang mempamerkan aksi buruk dalam saingan Liga Super musim ini sehingga menyebabkan pasukan itu menduduki tangga tercorot liga dan jatuh ke Liga Perdana Malaysia untuk saingan musim depan.
"Kalau main betul-betul memang boleh menang. Kalau kita lihat baru-baru ini kita kalah 5-3 kepada Pahang dalam saingan Piala Malaysia. Mana boleh perkara itu berlaku jika tidak ada sesuatu yang tidak kena.
"Semalam kita letak pemain pertahanan berusia 19 tahun menentang Kelantan. Kelantan bukan pasukan biasa, tapi kita lakukan dengan baik apabila seri 1-1. Sebab itu, saya cakap ada sesuatu yangtidak kena dalam industri bola sepak," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata pihaknya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat perkara itu dan menyerahkan kepada badan itu untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemain yang didapati bersalah.
"Saya sudah cakap banyak kali jangan kecewakan kawan, jangan khianati pasukan, jangan khianati peminat, jangan khianati negeri, tapi nampaknya nasihat saya tiada siapa yang menilai.
"Jadi kalau tindakan diambil nanti jangan salahkan saya, jangan salahkan persatuan," katanya yang enggan menamakan atau merujuk kepada posisi mana-mana pemain yang dimaksudkannya.
Negeri Sembilan yang pernah menjuarai Piala Malaysia bagi musim 2011 menduduki tangga tercorot dalam saingan Liga Super musim ini selepas mencatat hanya satu kemenangan daripada 22 perlawanan.
Bagi saingan Piala Malaysia musim ini pula Negeri Sembilan berada di tangga ketiga dalam kumpulan C selepas meraih satu kemenangan, satu seri dan satu kalah dalam saingan yang masih berlangsung. - Bernama

No comments:
Post a Comment