Gambar ini Pak Man ambil di Kota Bharu beberapa hari yang lalu. Tujuan nya adalah untuk ditunjukkan kepada seorang sahabat yang tak pernah ke KB dan mempunyai tanggapan yang salah tentang KB.
Sahabat tersebut selalu merujuk kepada surat khabar dan TV. Pak Man kata laporan tu tak tepat, berat sebelah. Dia tak percaya, "Tak kan TV dan surat khabar nak menipu".
Dia selalu nampak gambar-gambar tentang KB di TV dan surat khabar yang menunjuk kan bangunan-bangunan zaman perang dunia kedua, beca, beca, beca dan beca.........rumah buruk dan usang.
"Di KB tu ada kah terdapat bangunan yang mempunyai lif ?".
Hahahahaha............mu ni baru keluar dari gua mana?......
Pergi lah melawat tempat orang sekali-sekala.
Dia suruh Pak Man balik ambil gambar bangunan-bangunan yang canggih di KB. Kalau dia rasa tertarik baru dia nak gi melawat KB.
.
.
.
Mu ingat tempat mu tu maju sangat ke?..........jangan nak ukur kemajuan dengan tengok bangunan tinggi saja. Kalau tak ada bangunan tinggi, tak maju ke?.
Kelantan memang tak se maju KL, tapi kalau KL ada Putra World Trade Centre.........
KB ada Kelantan Trade Centre.....kira okay lah tu.
Tapi surat khabar dan TV tak pernah cerita tentang bangunan ini.
Berbalik kepada pertanyaan tentang lif tadi........Pak Man tak nak jawab.........LU PIKIR LAH SENDIRI !!!!!!
23 comments:
Salam
pB banggo jadi orghe klatae
saya pun bangga jadi anok jati kelate
..pok mae.. ghoyak la di Kelate tu takdok lif...tp elevator ado...keh..keh..keh...bia dio tengango...LU PK LA SEDIRI...
Btul tu Pok Mae. ore hok dok baca dan pcaya 100% ko surat khabar tanpa g tgok sndiri lagu mana rupa KB supo katak bawah tempurung. Sekali sekalo ajaklah pok pok tu mari melawat Kelate. Biarnya celik butir mata sikit.
pok mae, kawan anak saya dari perak terkejut bila datang ke kelantan. katanya tempat lain sukar nak cari banglo besar-besar hok orang melayu, tapi itulah yang ada di kelantan.
Pak Man... jemputlah saya datang ke Kelantan... saya suka gi sana... makanan sedap, murah lak tu, orangnya ramah dan cantik kacak belaka... ehem! asal gi Kelantan duit mesti habis banyak!!! Tapi, memang suka nak gi... cuma x reti nak kecek kelate je. Saya ni, kata omputih, uptown girl!!! cewah!
pak man,
anak teruna ambe lor ni duduk di Rantau Panjang, tengah hafal quran. Kita suka sangat pegi Kelate. Hok yang kita nampak kan Pak Man, di Kelate ni yang bawak kete besar2, yang mewah2 kebanyakannya orang Melayu kite. kita pun heran kenapa orang suka sangat pecaya apa yang keluar kat suratkabar dengan tv.
Yes! Yes! Yes!
TQ pakman.
Kita orang kelate and proud to be one.
Been everywhere but nothing beats my hometown..
kwn pakman tu org negara mana?? takkan la kelantan pun tak pernah pegi... adoi... kesian... acu sponsor gak tiket bas utk dio g kelate tuh... oyak ko dio, kelate ni maju dengan gaya tersendiri...
ambo pun ogre kelate
biasola oghe hok jenih tok gi tengok sediri dulu baghu buat conclusion. Ambo pun tupe banggo jd anok Kelate.
Buatlah lawatan, kunjungan, rombongan dan gi lah ke Negeri Kelantan Darul Naim. Baru tahu keadaan Yang Sebenarnya.Jangan lupa Ajak kawe gi sekali .. pun boleh ..
Kesian pemilik blog ni.. duduk kat Ulu Semantan sesekali balik KB tengok bangunan tinggi rasa bangga habis.. buka la mata sikit setakat bangunan tu sama taraf dengan bandar Kajang je.. hik hik
Kesian pemilik blog ni.. duduk kat Ulu Semantan sesekali balik KB tengok bangunan tinggi rasa bangga habis.. buka la mata sikit setakat bangunan tu sama taraf dengan bandar Kajang je.. hik hik
so jah pok mae ambo nok royat ko ore jenis lagu tu... BODO!
untuk mr Anonymus, hentikanlah masuk blog orang, komplen komen buruk2, pastu tak berani nak letak identiti... ibarat kata sahabat saya, lebih baik MATI dari hidup sebagai seorang PENGECUT!!!
salam pakman
saya bangga bersahabat dengan oghe kelantan....
bumi malaysia mana mana mesti ada peniaga jaya kelantan...
It is okay if the building yang dibanggakan itu kononnya just like di Kajang...but then, maybe Mr. Anonymous should do a little homework.....`who OWN the building???'
Terima kasih kepada semua sahabat yang budiman.
Pak man tak pernah tengok bangunan tinggi......
tak ke kelantan lagi mana tahu ader lift ke takde kan pakman... syok oo balik kelantan..syok ttg shopping ngan makan2 yg teramat murah..lagi syok pg rantau panjang beli suar jeans levis ahaksss
salam pak man,
cuti raya cina yg baru nie saya dan keluarga pergi kepantai timur melalui pahang, trengganu dan kelantan. antara tiga tu trengganu paling best diikuti pahang dan last baru kelantan.kebersihan yang paling utama tul tak pak man. maaf cakap laa kenapa kota bahru tiada papan tanda yang sempurna.ini merupakan kali ketiga kami ke kota baru dan memang ada perubahan tapi tidak dalam kebersihan. islam tu bersih kan pak man.
kelantan unik berbanding dengan negeri lain yg ber"MB" kan Melayu dgn ideologi politik BN... surat khabar hanya propaganda yg banyak tentang Kelantan...yg baik2 tak dihighlight besar2...Lu pikirlah sendiri!!!
Lu Pikir la sdr hehe sedak ayat tu pok mae!
Post a Comment