Wednesday, February 10, 2010

Doktor jenis orang yang 'cash!' - Dr.Rozmey


TIDAK sampai seminggu pun cerita 'panas' mengenai isu 'ketegangan' antara Hairie Othman, filem 2 Alam dan produsernya, Datuk Dr. Rozmey menghiasi dunia hiburan tempatan. Kini, timbul pula dakwaan yang mengatakan produser dan usahawan glamor itu gagal melunaskan bayaran Hairie dan krew filem terbabit.
mStar Online lantas menghubungi usahawan produk Jus Mate 5 ini bagi mendapatkan komen dan pandanganya berhubung dakwaan terbaru itu.
Menurut Dr Rozmey, dakwaan mengenai dia tidak membuat bayaran kepada aktor yang juga pengarah filem itu tidak timbul dan hanyalah satu isu kecil.
"Isu ini adalah isu kecil dan tidak patut timbul. Biasalah, dalam hidup ini kalau kita buat baik pun tetap ada pihak yang ingin memburuk-burukkan kita.
"Apa yang pasti dakwaan itu tidak betul kerana semua krew termasuk Hairie dapat bayaran atas kerja mereka. Malah semua orang gembira dan berpuas hati dengan hasil filem ini," katanya memulakan bicara.
Tambah Dr Rozmey, sebagai produser dia sudah tentu berkemampuan untuk menjelaskan segala bayaran kepada semua krew terlibat sebaik sahaja kerja-kerja penggambaran tamat.
Jika tidak masakan dia berhajat untuk menerbitkan filem yang menelan belanja jutaan ringgit itu.
"Doktor orang yang 'cash'. Doktor mampu bayar secara tunai bayaran semua pihak yang terlibat, baik kepada Hairie mahupun semua pelakon dan krew.
"Doktor ini orang yang jujur. Bukannya orang yang menipu. Lagipun, buat apalah Doktor hendak menipu.
"Doktor sendiri yang pastikan semua pelakon dan krew dapat bayaran masing-masing. Boleh tanya pada Hairie sendiri sama ada Doktor sudah bayar atau tidak bayarannya," jelas Dr Rozmey yang begitu gemar menggunakan gantinama 'Doktor'.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai hubungannya dengan Hairie Othman, Dr Rozmey berkata, dia dan Hairie tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan.
Malah, Hairie juga amat berpuas hati dengan layanan dan bayaran yang diberikan untuk tugas mengarah filem 2 Alam itu.
"Doktor dan Hairie tiada sebarang masalah. Malah, dia sangat berpuas hati dengan bayaran penuh dan layanan atas kerja yang dilaksanakannya.
"Mengapa perlu saya dan Hairie bercakaran? Perkara itu tidak timbul langsung. Filem ini pun sudah siap dan segalanya sudah selesai dengan baik.
"Bagi Doktor, tidak perlu timbulkan perkara berbangkit jika ia tidak berasas. Apa yang penting sekarang adalah bergerak ke arah matlamat untuk mencapai sasaran RM12 juta itu," katanya dengan nada sedikit kecewa ekoran segala spekulasi yang timbul.
Sebelum mengakhiri perbualan, Dr Rozmey sempat ditanya tidakkah isu yang timbul itu secara tidak langsung mencalar reputasinya sebagai figura korporat, namun Dr Rozmey begitu optimis dan enggan menuding jari pada mana-mana pihak.
"Doktor tidak mahu tuduh sesiapa pun dalam hal ini. Isu ini tidak penting dan bukannya perkara yang serius pun.
"Ia sengaja dipermain-mainkan untuk mengeruhkan keadaan dan nama baik Doktor.
"Apa yang penting adalah untuk melaksanakan strategi mencapai kutipan pecah panggung yang Doktor sasarkan pada filem 2 Alam.
"Jadi tak perlulah hendak digembar-gemburkan lagi isu ini," katanya.
*dari mStar online.

11 comments:

FaAtip said...

Pak Man,
masa saya baca ni, saya rasa kelakor pulak. Yang ini kata begini, yang itu kata begitu. Doktor kata dah bayar, Hairie kata belum.....apo laaa nak jadi.

(Tengah bayangkan kalau Manager pun panggil dirinya Manager) hehe

Tepi Sungai Batu said...

ASW,
Macam-macam.........
tapi yang bestnya rambut tu....lain dari yang lain.

Sally said...

mcm2 la depa ni kan..
kalau polis menggunakan kata nama ganti sbg polis plak..mcm mana PM?

PINATBATE said...

rambut bang..rambut...;D

FaAtip said...

pak man,
tengah bayangkan kalau rambut tu dia sikat ke belakang....hehehe..

Mother of Two said...

doktor kaye... sy sggup beli jus mate import bawak dtg sini... takan gaji takleh bayarkan pakman...:)

Tepi Sungai Batu said...

tchersally,
Kata ganti nama diri pertama.......hehehehe kelas BM lah pulak.

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Stail tersendiri tuuuu.....

ASW,
Hehehe....macam manaaaa lah agak nya tu...

Tepi Sungai Batu said...

Shiela(MOT),
Ya lah...pitih belanar.....

Anonymous said...

Kalau Cikgu guna ganti nama diri, Cikgu, ok...tak gitu Sally? Jadi tak salah kalau Doktor ke Ustaz ke buat gitu....cuma tak selalu kita jumpa tu yang rasa pelik sikit kan Pak Man?

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Oooohhhh..... lama nya tak singgah. Sibuk ke?....tq.
Ya lah Zabs, pelik sikit lah kan.