Bila tiba hari raya, Pak Man selalu teringat kisah lama(15 tahun yang lalu).
Pak Man pernah beberapa kali menyambut hari raya dalam penjara.
Apa kesalahan nya?
Tak ada apa.....cuma kerana Pak Man adalah seorang Pegawai Penjara.
Biasa nya cuti raya akan diberi setiap 3 tahun sekali.
Jadi, kalau kena bertugas di hari raya, Pak Man akan hantar anak-anak dan isteri balik kampung.
Pagi raya, kami terpaksa mengawal banduan menonton tv.
Sarapan pagi di kantin....bayar sendiri. Tak ada rasa suasana raya langsung. Tuan Penguasa sepatut nya belanja lah kami yang bertugas ni makan free.
Elaun keraian kan ada!
Tapi Tuan Penguasa awal-awal lagi dah balik kampung.
Habis bertugas pukul 2 pm. Balik rumah(berek), perut lapar. Kedai makan semua tutup.
Jadi, masak air....rendam maggi.
Nak pergi beraya rumah Timbalan Penguasa, rasa nya dia pun makan maggi juga, orang bujang!.
Kenapa kah wadar-wadar penjara yang bertugas di hari raya tak dapat kuih raya yang disumbangkan oleh BAKTI?.
Puan Sri-Puan Sri, datin-datin, anda semua tak tahu kah yang wadar-wadar pun bertugas sama macam tentera dan polis di hari raya.
Mungkin mereka rasa tugas wadar-wadar ni tak penting agak nya.
Cuba bayang kan bagai mana agak nya suasana di hari raya sekira nya semua banduan-banduan yang ada dalam penjara tu terlepas keluar di pagi raya.
Kawan-kawan semua....teruskan perjuangan anda yang belum selesai itu.
Maaf kan Pak Man kerana terpaksa berundur awal.
26 comments:
kadang2 org mudah lupa pak man.....
siannya ko pok mae.
tabahnya pakman...
Jasa mu di kenang..
FIRZA,
Kadang-kadang orang lebih suka yang glamor saja.
Sekilas pandang,
Biasa jah....tok sedih lansung.
Azani,
Apa boleh buat....nak hidup.
Debumelukut,
Terima kasih...jasa mu juga akan mereka kenang.
yak'yor sungguh
sabar la...bakti memang xberbakti...
klaka pun ada dgr kisoh Pak Man ni!
memang tak patut kan pak man, orang penjara juga kerja juga...
patut bawa ke parlimen kes ni..
takpo takdok ganjarae lo nih..pok mae buleh ganjarae seksok..insyaallah!
pB,
Itu duluuuuuu.....lo ni Pok Mae cuti 10 hari tiap-tiap kali rayo.
Ambikkkk nok sssangat!
O,
Cerita lama....tak apa lah, pengalaman berguna tuh.
faraulah,
Boleh tahan lah jugak klakar nya.
Che La,
Nanti Pak man nak mintak tolong Brahim Ali.......
Achu Tra,
Mudah-mudahan....harap-harap ada lah tu.
Samolah kito Mae. Kawe pun baru barapo kali je buleh balik rayo kampong. Dulu nok balik rayo keno cabut undi. Nasib baik dapat, kalu tidok gak tunggulah tahun depe pulok.
bila banduan2 terlepas, maka semua orang tak nak keluar rumahlaaaaa
nak keluar beraya pun takut...
Pak Man
tiada sambutan raya di penjara ke? Kesiannya...hok banduan tu tak apa lah juga, tapi petugas-petugas penjara layak beraya...tak mengapa Pak Man...pengalaman paling berharga tu...
nyaknyo ko pok me..takpo la..janji kita ikhlas..
Lee,
Saja nak ungkit kisah lama.
Untuk jadi panduan anak cucu.
Neeza,
Betul tuuuu. Hargai lah sikit!
nj,
Tak adaaaa...tengok tv je.
Sediiiiihh.....
Nasib petugas sama macam banduan juga.
Baduk,
Pengalaman berguna...
Pok Mae,
Tunggu menteri masuk penjara baru la mereka ingat nak hantar kuih raya ke wadar-wadar.
Pak Zawi,
Betul jugak tu....
atau pun tunggu orang yang bekas banduan tu jadi PM.
Pak man cuma jaga banduan bukan jaga keselamatan negara...... memang patut pun tak dapat kueh.
abu muaz,
Betul juga tu......
salam pak man.
saye paham cam mane rase raye berjauhan ngan family ni.
dah 4 tahun raye di perantauan.
kalu kena weekend, nasib baik.
kalu x, dalam kelas laa di pagi raye.
abu muaz-pegawai penjara bukan menjaga kelamatan negara?? anda silap dan xthu ape2 pasal penjara, polis-tangkap dan buat pendakwaan pd OKT,,makhamah-tentukan hukuman sesuai pd OKT, penjara-melaksanakan hkuman berdasarkan waran perintah dr makhamh,
sekiranya tiada penjara ape gunanya makhamah dan PDRM??? habis dibicara orang salah dibebaskan tnpa perlu dipenjarakan,,selamat ke negara???? mungkin saya orang yang pertama akan buat kes rogol,,rompak,,samun,, skop keselamatan negara luas dn xtertumpu pada polis dan tentera sahaja,,
Post a Comment