Saturday, September 5, 2009

Halalkan, maafkan dan doakan mereka.

Hari Selasa depan (8 September), anak-anak kita yang belajar di tahun 6 akan menduduki UPSR. Dalam masa dua-tiga hari ni masih sempat lagi nak perbetulkan apa-apa yang silap atau tercicir.

Pak Man harap anak-anak guna kan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin.
Ibu-bapa pula tolong luangkan masa untuk membantu mereka. Hari ini hari Sabtu, esok Ahad dan Isnin cuti Nuzul Al-quran, guna lah masa cuti yang 3 hari ni untuk membantu mereka.
Elakkan lah daripada membawa keluarga keluar makan angin ke tempat-tempat yang jauh.

Jaga kesihatan, kerana sebelum masuk dewan peperiksaan akan diperiksa suhu masing-masing. Mana-mana murid yang didapati suhunya tinggi, melebihi tahap yang sepatutnya, akan ditahan dari mengambil peperiksaan.
Mereka dikehendaki mengambilnya pada hari yang lain di hospital.

Kepada guru-guru, di harap semua guru-guru halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada mereka.
Maafkan kesalahan mereka. Budak-budak........biasalah , tak boleh lari dari membuat salah dan menyakitkan hati guru.
Dan yang terakhir sekali tolong doakan kejayaan untuk mereka.
Hasilnya nanti terserah lah kepada yang Maha Kuasa.

14 comments:

PINATBATE said...

PakMan..
Doakan yg terbaik utk anak saya si Kakak..anak yg masuk exam,mak pulak yg berdebar...

By Ticer Liza Yacob said...

cikgu pun berdebar jugak..

pB said...

moga semuanya akan berjaya

pB tahun lepas dua orang
tahun ni , tak der

tahun depan , sorang

cm said...

anak CM tak ada ambik UPSR tahun ni... tahun depan>
tapai PMR dan SPM, kedua-duanya anak lelaki...
adui... they all relax memanjang... uminya yang sesak nafas!

Guru said...

assalammualaikum

semua yang terlibat memang berdebar masa minggu peperiksaan. Kita doakan yang terbaik

Tepi Sungai Batu said...

Pinat,
Pak Man doakan agar si kakak akan berjaya melalui UPSR dengan jaya nya. Semoga mendapat 5A.

Ibu ZAAZ,
Doakan kejayaan mereka semua.

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Sama-samalah kita berdoa.

CM,
Semoga mereka akan berjaya dengan cemerlang.

Tepi Sungai Batu said...

kl citizen,
Ya betul!, kita doakan yang terbaik untuk mereka.

lina said...

moga semua yg bakal menduduki UPSR berjaya. Buat yang terbaik!

Mother of Two said...

semoga kali ini kesemua pelajar yg ambil upsr dapat 5A.. amin...

nj said...

Pak Man...
Semoga pelajar-pelajar Pak Man berjaya menduduki peperiksaan dan memperolehi keputusan yang membanggakan...bukan ibubapa sahaja yang berdebar, guru-guru juga pasti menanggung debaran yang sama...

Tepi Sungai Batu said...

Lina,
Timakacih.......

Shiela,
Timakacih.......

nj,
Timakaceeeeeh.....

maklang said...

maklang doakan yang terbaik untuk anak2 kita...amin...

Tepi Sungai Batu said...

maklang,
Tenkiu ......