Gula Melaka, orang Kelantan panggil'nnisae'. Asal dari perkataan manisan. Pak Da Daud, jiran depan rumah Pak Man di Bachok, seorang Tok Penyadap(pembuat 'nnisae').
Setiap pagi Pak Da Daud akan memanjat berpuluh-puluh batang pokok kelapa untuk mengumpul nira yang telah ditadah dengan menggunakan 'tukil'.
Tukil ialah tabung yang diperbuat daripada batang buluh.
Selepas itu, nira kelapa akan dimasak sehingga menjadi pekat. Warnanya akan bertukar menjadi perang.
Lepas tu, masukkan ke dalam acuan yang diperbuat dari daun mengkuang(berbentuk bulat seperti dalam gambar di atas).
Setelah beku, bolehlah dijual. Pak Man suka tunggu waktu peringkat terakhir proses membuat nnisae ni. Sebelum kawah di cuci, kerak nnisae akan di keluarkan......masa ni lah budak-budak akan tadah tangan, kerak nnisae akan diagih-agihkan kepada kami semua. Dapatlah kami makan......masa dulu tak ada 'cokelat ' yang mahal-mahal macam sekarang. Kami makan kerak nnisae saja.
Terima kasih Pak Da Daud dan Mak Da Yoh. Mereka sekarang dah pergi Makkah.....rumah pun dah bertukar rumah batu.
15 comments:
sedapnya nisan buat sendiri..
kalau beli yang made in seberang tu.. macam2 hampes ada..
rindunya saya nak makae nisae...
sini makan gula melaka jer... nisae lagi sedaaappp. ratah macam tu je hehe.
Oooo...lagu tu ruponyo oghe buat nnisae. Sebelum ni ambo pandai kekoh ngan buat nnyicoh jah hehehe :)
Terima kasih pokmae. Maklumat berguna nih :)
Cikgu Man,
Macam-macam nama ye.. Nnisae, gula kabung, gula melaka, nira..
Makan buah melaka atau onde-onde petang ni pun sedap juga kan?.. hehe
(cam mengidam pulak..)
Salam Cikgu,
Teringat masa kecil dulu selalu tunggu sorang pakcik di kampong saya, masak nnisae ni, Juga untuk dapat rasa keraknya.
Tetapi dia dapatkan air nira tu dari pokok enau. Dia akan panjat beberapa pokok enau untuk kumpulkan setiap hari.
Orang kampong saya panggil "gulo anau". Sedap untuk buat macam2 kueh.
PakMan..
hari tu masa gi klate saya beli nisse ni bawak balik..banyak lah juga,ingat nak buat kuih ker..rupanya tak sempat dah habis kena ratah gitu jer..;)
Pernah sekali beli air nira masa kat Tganu, masam plk rasanya...
Org kata air nira sedap ????
Hairan dari nira menjadi nnisae...
Pak man..
Susah jugak nak buat nisae ni dih..kesian kt pembuat tu..kena panjat pokok kelapa lagi lepas tu banyak proses lain pulak..
Kalau nak beli yg ori cakap nak nisae kampung betul tak pak man?
pakman.. rumah pakman pun rumah batu jugak...:)~
ohh teringt mase kecik dulu dlm tv rtm penah buat dokumntari psl buat nnisae ni ye tak..hehe imbas kembali =)
nisae...saya biasa ngan gula melaka jer....biasanya emak masak pengat pisang campor ngan gula Nnisae nih..sedap tak terkata...
Neeza,
Ya...nnisae Thai tu kurang sedap sikit.
Mommy Lyna,
Pak man masa kecik dulu pun suka ratah nnisae ni.
Akmal,
Sama-sama.....kekoh nnisae tak apa, jangan kekoh benda lain dah la.
Catz,
Hai...mengdam ke?
Zabs,
Nampaknya sejarah hidup kita seakan-akan ada persamaan.Boleh tubuh 'alumni kerak nnisae'.
Pinat,
Ya betul!...ratah pun sodap.
Gigi Palsu,
Kalau masam tu , maknanya yang dah lama. Boleh mabuk kalau tak kena gaya.
Eiyda,
Ya, nnisae kampung. Lebih besar dari nnisae Thai.
Shiela,
Rumah Pak Man ....batu + kayu + paku + besi + kaca.(hehehehe)
Adik nour,
Ya betul!....tq kerana sudi singgah.
Ustaz,
Lama betul ustaz tak singgah sini. Ingatkan kenapa.......Alhamdulillah akhirnya muncul juga.
Post a Comment