Monday, March 2, 2009

Chipsmore zaman dulu.


Bila tenguk anak-anak makan biskut chipsmore, Pak Man teringat zaman kanak-kanak Pak Man dulu. Pak Man membesar dengan makanan-makanan kampung. Biasanya harga murah, senang didapati, dan kadang-kadang boleh dapat dengan percuma.

Kami tak ada makanan yang mewah-mewah, tapi alhamdulillah syukur........dapat juga hidup sampai sekarang ni. Panjang juga umur kami sama seperti orang lain yang membesar dengan makanan yang mahal-mahal.

Salah satu makanan yang selalu Pak Man beli bila balik dari mengaji ialah seperti dalam gambar di atas. Harganya 10 sen untuk 10 keping, kelapa parut percuma.

Rupanya sama macam biskut chipsmore, tapi rasanya lagi sedap!

13 comments:

Meen Eunos said...

napok mcm sedap je PM.

Kueh akok ke ni?

p/s: sy suke mkn kueh akok time
blaja kt kuatan dulu salu beli bile time puase.

Neeza Shahril said...

hehehe... jeghing rebuh.. ambo suko jugok ni..
kalu kelik klate.. buleh la makae ;)

lina said...

kalu jering rebus... lamanya tak makan. Agaknya ada orang jual lagi tak kat Pasar Minggu? :D

Zaki said...

Fuh..sedap tu, tapi tak leh makan banyak2, kembung perut.

pB said...

jeghing ribuh


pB tok panda makae ....

Ayohwang said...

Sedak jering rebus ni Pok Mae. Ayohwang pong suke makangnye. Tapi kene pastikang rebus tu bior masok betul-betul, takut kapit perut. Nanya...

Meen Eunos said...

oooo

jering rebus.

Anonymous said...

Salam PM,
Jering yang buat ulam tu ke di rebus? Tak pernah makan lagi..

Mulan said...

sedap gila ni.. gaul dengan kelapa masin campur gula sikit.. maakk aaiii.. mana nak dapat ni..??

Pak Zawi said...

Salam Pak Man,
Secara kebetulan Pak Zawi sedang menulis artikel untuk Majalah Qiadah isu ke 3 mengenai jering, termasuklah jering rebus. Jering sedang bermusim sekarang jadi kini telah ada dalam di pasaran jering rebus. Terakhir Pak Zawi beli harganya 10 sen sekeping (sebelah)di Pasar Siti Khadijah. Mahal nya hati ini berkata tapi apa nak buat terpaksa beli juga la. Di Pasir Mas harganya lebih murah lima sen sekeping.

Mother of Two said...

saya tolak batu ngan kayu jer...
tapi tak pernah try plak cicah kelapa..kena cuba nih..

f.a.r.i.s said...

waa rindunya mknn ni t_t
dulu kecik2 biasa makan, ada 'mok su' jual round kampung 'jering rebus, jering rebus'

memang sedap!

Tepi Sungai Batu said...

Salam mesra untuk semua,
Terima kasih kerana sudi menjenguk blog Pak Man yang tak seberapa ini.
Meen, Pak Man rasa Meen ni orang muda yang berasal dari bandar, tapi tak apa, sekarang ni Meen dah tahu yang jering rebus tu juga boleh dimakan macam makan kuih.

Neeza, kalau balik cuti nanti boleh lah cari di mana-mana pasar di Kelantan.

Lina, di Pasar Minggu Raub dah lama Pak Man tak nampak orang jual benda ni...

Zaki, betul tu!

pB, kena try lah sekali.

Ayohwang, ya kalau tak kena cara memasaknya boleh 'kena kapit'nanti.(susah nak buang air kecil).

Zabs, ya...jering tu lah, tapi pilih yang dah tua. Di KL mungkin tak ada, kalau ada pun mungkin tak laku.

Mulan, ya..memang sedap.

Pak Zawi, Selamat menulis......10 sen sekeping?, mahal betul!

Shiela(MOT), cicah kelapa, tapi jangan banyak, sedap!

faris, waa ada tok peraih jual round kampung.....best tu!

Terima kasih semua.