Tuesday, November 25, 2008

Tak Melayu Hilang Di dunia.

Sedang Pak Man menemankan Si Jelita dan Rupawan makan-makan di dalam kebun di pinggir hutan, tiba-tiba keluar seorang tua dari hutan itu.
Badan nya tegap, rambut panjang, janggutnya sampai ke pusat. Berbaju Melayu berbelang-belang.
Terkejut Pak Man , Jelita dan Rupawan selamba saja.
Orang itu bersuara,"Wahai orang muda,(waaa muda lagi rupanya Pak Man nih).Bolehkah hamba tumpang bertanya?"

"Boleh, apa salahnya, tapi tok ni siapa?"

"Hamba bernama Laksamana Hang Tuah, pahlawan Melaka."

"Oooo, Laksamana Hang Tuah, apa soalan nya datuk nak tanya?"

"Puas hamba mencari dalam peta, di manakah letaknya Tanah Melayu?"

Jelita menyampuk," Di sinilah, tapi namanya dah tukar....dah jadi Malaysia."

"Ini mesti kerja Si Benggali Putih tu....bedebah! , suka hati dia saja nak tukar-tukar"

"Bukan ....orang Melayu juga yang tukarkan tu...masa tu kita dah merdeka." pandai pula Si Jelita ni cakap pasal sejarah tanah air kita.

"Nasib baik Bahasa Melayu masih ada..." Hang Tuah mengurut dada.

Rupawan pula menyampuk,"Bahasa Melayu pun dah bertukar nama."

"APA? dah ditukar nama? apa namanya sekarang?"dia memegang-megang kerisnya. Pak Man dah naik risau.

"Bahasa Malaysia."

"Bagaimana pula dengan Baju Melayu?, dah jadi Baju Malaysia juga kah?". sekarang kerisnya dah dikeluarkan dari sarungnya.

"Yang ini masih belum bertukar nama lagi datuk, tapi tak selalu dipakai, orang pakai bila Hari Raya, hari Jumaat, hari kematian, kenduri kahwin dan majlis akad nikah saja ."kata Rupawan.

"Oh, nasib baik masih belum tukar lagi.....Tak Melayu Hilang Di dunia!." jerit Datuk Laksamana Hang Tuah.

Pak Man pula bersuara,"Datuk Laksamana boleh tunggu sekejap...hamba nak balik rumah ambil kamera, tangkap gambar , masuk blog."orang tua itu senyum dan terus ghaib.


*Peringatan untuk anak-anak yang belum 'baligh'....Baris pertama sampai 'tiba-tiba.......' itu sahaja kisah benar, yang lain-lain adalah rekaan(khayalan )semata.

16 comments:

silversarina said...

Berapa lama lagi agaknya melayu tak hilang di dunia , salahnya orang melayu jugak :(

HABIHA69 said...

Indahnya bumi kita ini warisan berkurun lamanya..hasil mengalir ke tangan yang lain Pribumi merintih sendiri...itulah yang saya mampu ulas untuk Pak..hari ini..

Anonymous said...

Bersempena dgn n3 Pak Man hari ni yg berkisar tajuk bangsa dan bhs melayu..sy terpanggil nak berubah..hehe..boleh Pak Man?..mulai hari ni sy tukar "teachersally" kepada "cikgu SIC"..ok tak Pak Man??

PINATBATE said...

salam Pak Man..
Semuanya kerana kejahilan dan sikap orang Melayu sendiri..:(

**aiseyy rugilah pak Man tak sempat bergambar dengan Pang5..Moralnya..selain bawa parang dan cangkul masuk kebun,Pak Man kena bawa camera juga!!

Tepi Sungai Batu said...

Silversarina,
Sama-samalah kita berdoa agar anak cucu kita nanti tak akan hilang identiti nya.


Ustaz,
Nyanyi lagu 'Warisan' pagi ni....


Cikgu SIC,
Bagus!....sayangilah bahasa kita.


Pinatbate,
Pak Man setuju. Lepas ni akan Pak Man bawa kamera ke mana saja. Kecuali ke jamb.....

Unknown said...

pakman....:-)

hehehehe...pakman,makan apa agaknya tu di kebun tu? begitu bagus untuk imaginasi...

saya dulu2 suka ikut mak ayah ke kebun makan ubi kayu bakar!!

bila dah tua2 ni, masuk kebun untuk petik itu dan ini saja...

ingin juga ke kebun pakman !

:: Leeza Joe :: said...

slm pakman...
sy suke btl bc n32 pak man...byk isi yg tersuart n tersirat... maklum la org mude spt sy kdg2 suke mngikut rasa.... tp dgn adenye blog dr org yg sdh berpengalam spt pak man ade jg tpt sy belajar erti hdp... sy hrp org melayu spt kite sentiasa berpijak di bumi nyata walau setinggi mn pangkat n darjat....

LYME said...

Lama x singgah lori Pak Man. Internet xda kat rumah jadi terpaksa ke cyber cafe.

Makin sarat lori Pak Man dengan cerita2 menarik. Melayu xkan hilang di dunia. Tetapi semakin "me-layu" di mata dunia. Itu yang kita takutkan. Kehilangan jati diri.

Neeza Shahril said...

hehee.. jelita dan rupawan tu sape Pak Man??

IBU said...

hahaha.... Pak Man tak cerita ke kat Datuk Pang5, sekarang Tanah Melayu dah jadi Malaysia - so bukan untuk Melayu jer. Bahkan, Malaysia ni TRULY ASIA ... sebabnya, Indon ada, Bangla ada, Nepal ada, Filipino ada, China ada... macam macam ada.

Dan eh?! Tak kabar ke kat dia Shah Rukh Khan dah dapat kapal Datuk (Datukship laaaa!). Hehehe ....

Anonymous said...

hehhe.. kalau saya balik raub buleh singgah rumah pakman yer.sambil berkenalan dan pegi kebun pakman petik buah mutan...kot jumpa pulak hang jebat...:)~

Tepi Sungai Batu said...

Pp,
Kalau nak makan ubi bakar tu datang lah...bila-bila masa Pak Man boleh sediakan ubi...bakar sendiri lagi sedap.
Sebenarnya bukanlah kebun yang luas macam orang lain. Hanya tepi rumah saja. Tapi serba sedikit ada ditanam.(tanah mak mertua).


Adleez,
Pak man tulis apa yang terlintas saja. Pak Man bukanlah sasterawan Usman Awang tapi Othman Wang Ahmad.


Zaman,
Bagus! muda-muda lagi dah sedar pasal identiti bangsa. Belajar ilmu dari barat tu ok, tapi jangan nak jadi orang barat.

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Jelita dan Rupawan tu adalah kambing Pak Man. Kan gambarnya ada dalam blog Pak Man. Cuba belek-belek pasti jumpa.


IBU, kalau jumpa lagi sekali akan Pak Man cerita kan semuanya. Hari tu Pak Man terkejut. Lidah jadi kelu.


Sungaidong,
Sila..sila..datanglah!

pB said...

aiks ...

lum update


musykil nie

Anonymous said...

x lama lagi semua melayu hilang terus kot kat malaysia ni... tengok jer la merah, perang dsbgnya... nak jadi blonde girl n boy... melayu yg x sedar diri go-ne gamoknyer Pak Man

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Semalam dan hari ni Pak Man sibuk sikit. Sekejap lagi insya Allah.


Ayie,
Mintak-mintak jangan lah hilang terus....