Tuesday, November 4, 2008

Berbudi Kepada Tanah - Bahagian 1

Daripada tanah terbiar kosong, lebih baik Pak Man tanam getah. Getah mahal ke..murah ke...itu terserah lah. Masa depan tak siapa boleh meramal, itu kerja Allah.


Sementara menunggu hasil getah, pisang akan berbuah dahulu. Mudah-mudahan berhasil.





Pokok durian...ini memakan masa yang lama untuk berbuah. Kalau panjang umur, dapatlah merasa hasilnya. Kalau tidak, ini akan jadi rezeki anak cucu saja. Pak Man tak kesah.




Pokok dokong, benih nya Pak Man beli dari Kelantan. Kalau tak sempat makan, kira rezeki anak cucu juga lah ni.




3 comments:

Anonymous said...

Wah..rajinnya pak man bercucuk tanam..bagus2..nanti kalau dah berbuah, jangan lupa ajak saya makan sekali yer..=)

Anonymous said...

Saya pun menjadi begitu semangat nak menyangkul bila tengok Pakman punya gambar. Tapi kenapa gambar yg ni nampaknya Pakman kurus pulak, berbanding dgn gambar hari tu. Kenapa jip tu warna biru?

Tepi Sungai Batu said...

Spy kebun,
Cerita nya bersambung-sambung. Ini baru bahagian 1.
Mana tahu jeep Pak Man dah tukar warna?
Nama pun spy, asyik mengendap Pak Man saja kerja awak ye?