Tuesday, November 11, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh,

Pak Man nak ucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon-calon SPM. Terutama kepada anak Pak Man, Azrul Amri di MRSM Muadzam Shah.

Buat betul-betul, SPM adalah penentu masa depan anak-anak.

Masuk dewan , mula-mula baca bismillah....

Lepas tu baca selawat 3x....

Lepas tu tarik nafas panjang-panjang, dan hembus.....

Jangan keluar selagi masa yang diperuntukkan belum tamat. Walaupun dah siap, semak lah beberapa kali.....ingat jangan keluar awal!!!....mana tahu kalau-kalau ada tersilap jawab boleh betul kan. Kalau dah keluar tak boleh nak betulkan lagi.

Selamat berjaya!!!

6 comments:

aman said...

Semoga anak Pak Man cemerlang dalam SPM tu nanti.

Anonymous said...

Salam kenal Manlaksam,
Anak saya yang bongsu sedang menunggu keputusan UPSRnya esok. Lambat lagilah nak duduk SPM pula. Abang2 dan kakak pula dah habis SPM semuanya. Ada yang dah bekerja dan 2 lagi masih belajar di U.
Semoga anak sulung Man yang sedang menduduki SPM itu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti, InsyaAllah.

Unknown said...

masa SPM tahun 1981 dulu...aku tidaklah belajar sangat macam kau orang....asyik balik dorm untuk tidur, ada sekali kena tangkap dengan cikgu asrama (lupa nama), orang lain kena tampar, aku dibebaskan sebab 'pemidato terbaik' dan dia suruh tidur...

Tepi Sungai Batu said...

Aman,
Terima kasih banyak-banyak.

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Alhamdulillah lah anak Zabs dah berjaya. Semoga yang bongsu ni pun akan dapat 5A esok , Insyaallah.
Terima kasih Zabs kerana mendoakan kejayaan anak saya.

Tepi Sungai Batu said...

Fudzail,
Mu punya otak lain dari aku. Aku ni sepuluh kali baca pun masih tak faham-faham lagi.(dulu lah tu!)
Jadi bila dah jadi cikgu ni, kalau anak murid tak faham, aku tak marah, kerana aku dulupun macam tu juga.
Bila dah dewasa sikit baru boleh faham.
Sebab tu aku dapat degree masa umur 42 tahun. Bukan macam mu....otak bergetah!