Tuesday, November 18, 2008

Pukul empat pagi.

Baru sebentar tadi Pak Man baca blog kawan Pak Man, Fudzail dari Dubai. Cerita orang di sana terpaksa bangun pukul 4 pagi nak pergi kerja. Lebuhraya 14 lorong pun tak dapat menampung kenderaan orang di sana. Hoiii, tak dapat Pak Man bayangkan betapa berserabutnya hidup dalam keadaan macam tu.(nak baca lebih lanjut boleh klik pada nama Fudzail di sebelah).

Masa Pak Man kecil dulu, orang kampung Pak Man memang bangun pukul 4 pagi nak pergi ke laut. Kedai kopi dah buka pada masa tu. Mereka akan bersarapan dan beli bekal untuk dibawa ke laut. Sembahyang subuh dalam sampan. Terhoyong-hayang. Macam mana lah...Pak Man tak pernah alami. Bayangkan kalau tengah nak ruku' tiba-tiba datang ombak besar terus sujud jadinya. Macam mana tu ustaz?......kena mula dari awal balik ke?

Sekarang ni Pak Man tinggal di Raub. Pak Man dengar ada orang pergi menoreh pukul 2 pagi. Itu masa getah mahal dulu lah...
Ada seorang ustaz, pergi menoreh pukul 4 pagi. Pukul 6 pagi, balik. Sembahyang subuh dan pergi sekolah. Lumayan!...gaji tak usik pun. Belanja hari-hari guna duit jual getah aje.

Masa Pak Man berniaga kelapa dulu, Pak Man balik ambil kelapa di kampung 2 minggu sekali. Bertolak dari Bachok pukul 4 pagi. Sampai Gua Musang pukul 6:30 pagi. Sembahyang subuh, minum pagi dan teruskan perjalanan. Sampai di Raub pukul 10:00 pagi.

Sekarang ni tak mampu lagi nak buat macam tu. Kalau terdesak , terpaksalah buat juga.

8 comments:

LYME said...

Tertarik bila dengar cerita Pak Man pasal nelayan dulu2. Pukul 4 pagi dah nak turun ke laut.
Tapi budak2 sekarang pukul 4 pagi pun belum tau balik rumah lagi. Kalau xblik rumah sebab buat kerja yang berfaedah xpe. Tapi ntah la... harap dijauhkan dari budaya semacam tu. Mudah-mudahan..

Tepi Sungai Batu said...

Zaman,
Anak muda yang macam ni lah yang Pak Man nak tenguk.
Semoga zaman maju dalam pelajaran.
Terima kasih kerana sudi baca kisah orang tua ni...

Fid said...

salam pak man,
sampai ke blog pak man melalui 'blog hopping'

orang kampung saya pun ada juga yang menoreh pagi mengajar petang.Memang gajinya tak terusik makan duit jualan getah sahaja.

Tepi Sungai Batu said...

Terima kasih Fid, Kalau rindu nak baca cerita-cerita kampung, jenguk-jenguklah selalu.

PINATBATE said...

Salam ziarah Pak Man..saya singgah dari rumah Kak Silver Sarina...seronok baca cerita kat sini...minta izin nak link blog ni yer..

Tepi Sungai Batu said...

Pinatbate,
Silakan...silakan...jenguk-jenguklah selalu. Cerita kampung je...tak ada cerita yang hebat-hebat macam orang bandar.

Pak Man akan buat lawatan balas.

Fid said...

pak man
saya berasal dari kampung! so cerita-cerita kampung amat diminati! saya minta izin link ke sini ya.

Tepi Sungai Batu said...

Silakan Fid,
Waa Fid sampai ada 3 blog. Bagus....bagus!
Silakan!