Hari ni Pak Man nak cakap pasal 'Skim Cepat Kaya'. Sudah berpuluh-puluh dah skim ini datang dan pergi tapi orang Melayu masih tetap percaya dan melaburkan wang dalam skim ini. Minggu lepas ada keluar di akhbar tempatan, 5 orang penganjur skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah Kota Bharu. Semuanya Melayu.
Mereka telah mengambil deposit tanpa lesen yang sah dari pelabur berjumlah RM 36 juta. Wow ! banyak tu....(dengar cerita mereka ni menjanjikan pulangan 30 % seminggu....tak masuk akal. Kalau sebulan dah jadi 120 %, kalau setahun pulangannya 1440 %, mana ada dalam dunia ni pelaburan yang sebagus itu pulangannya.)
Dalam masa setahun-dua ni Pak Man dah terbaca beberapa kes yang seumpama dengan nya. Semuanya melibatkan orang Melayu. Melayu tipu Melayu. Tapi setiap kali muncul skim baru, berduyun-duyunlah orang Melayu melabur. Dapat pulangan dua tiga bulan, lepas tu syarikat tu akan tutup atau tokeynya kena tahan. Tapi tak serik-serik, nak cepat kaya tapi tanpa disedari makin cepat miskin.
Kalau Hang Tuah masih hidup, apa agaknya dia akan cakap ?
19 comments:
orang kita suka dapat dit cepat, tapi tak suka kerja lebih kot?
Ada lagi satu yang orang kita (sebilangan ajelah) suka untuk cepat kaya - main nombor ekor. Tengok ajelah berapa ramai orang kita yang beratur kat kedai nombor ekor tu... :(
yang herannya orang educated pun boleh tertipu.. bukan sengaja tipu tapi diorang boleh percaya.. tak paham sungguh.. tu la namanya duit mengaburi mata kot Pak Man..
nak duit dgn cara yg lebih mudoh & cepat. Tak taulah , dgn kata2 pun boleh terpedaya.
Pada teman la, org melayu ni tak lupa atau mudah lupa...cuma tabiat jer yang teman nengok la tak serik nak cuba jadi kaye cepat..memang mana ada untung camtu dalam pelaburan dalam dunia ni...org puteh pun ada gak camni..tu sebab org melayu ikut...hehehe...pakman tau tak..golongan pendidik pun ramai yg main skim cepat kaya ni...patut ke gaya gini???
Senang aje duit ni nak hilang kan? Nak buat punya la susah...
Asal bunyi cepat kaya aje, ramai orang kita ni tak pikir panjang.
Tiada duit yang boleh datang bergolek-golek tanpa usaha dan usaha. Hanya duit yang tak sepatutnya sahaja yang mudah diperolehi. Itulah orang kita, mudah sangat terpedaya.
Salam..
yelah.. Skim cepat kaya selalu jer mengabui mata.. yg heran, pe hal pulak dorang2 nie selalu tertipu..
kan dah buang duit tue..
ada ada jer...
~ money is d root of all evil ~
pendapat saya..golongan begini bersikap suka ambil jalan mudah..malas bersusah payah...sukakan kemewahan..kurang ilmu..
Satu lagi yg saya tengok skim MLM...banyak yg tak ikut syarak tapi orang Melayu yg Islam ni memang suka sangat.
Masuk dah banyak kali tapi dok macam tu juga. Kepala di atas kaya tapi kita dok macam tu dah tu silap silap tambah dosa sebab tak ikut syarak.
Ish ish...Melayu mudah tertipu.
koi sokong cakap ko Raden...melayu memang mudah tertipu...huhuhu
Jebat kata, "Padan muka Hang!"
agaknye laa....
saya pun pernah terlibat zaman2 dulu2....
Lina,
Betul tu..bila laa mereka ni nak berubah.
Sophea,
Belajar tinggi.....ilmu juga tinggi tapi akhlak nya tak berapa tinggi, mungkin laa kot.
Demoloni....
Yolo tuh, Pok Mae setuju !
Ayie,
Oooo orang putih pun ada juga ya skim macam ni.....cikgu pun ada juga yang terlibat?....tak patut...tak patut.
Akmal,
Ya lah, yang penting jangan tamak!.
Masayu,
Betul tu, bila nampak duit mata jadi berpinar-pinar.
Lotsoflove,
Ye lah, Pak Man pun heran....
Teacher Sally,
Yes, dets raik !, Ai Egri wit yu.
Pinatbate,
Hehehe....malas, kurang ilmu, tapi nak hidup mewah. Betul juga laaa.
Raden,
Ya betul, yang di atas goyang kaki. Yang di bawah berpeluh sampai ke keting.
Ayie,
Aik, masuk lagi, baguh,baguh...betul tu.
Pp,
Barang yang lepas jangan dikenang. Sudah menjadi hak orang lain.
Yang tertipu satu hal tapi ada sumber bagitau saya pihak berkuasa sengaja biarkan skim macam tu dan bila dah tertipu RM berpuluh juta baru tangkap si penipu besar, yangs alahnya yang ikut skim tu , tak fikir masak2.
Sarina,
Entahlah.....tapi ingat, kita jangan terlibat. Insya Allah akan selamat.
org kita cepat lupa
Post a Comment