Thursday, November 13, 2008

Berbudi Kepada Tanah - Punah harapan ku

Dua minggu selepas kami pergi melihat keadaan kebun yang terbakar itu, tiba-tiba datang pula Tarmizi membawa khabar,"Kebun tu terbakar pula dah , macam mana boleh terbakar sampai dua kali dalam sebulan."

Pak Man malas dah nak fikir, buat naik darah tinggi saja."Tak apa lah Zi, selagi tak habis terbakar kebun tu, mungkin mereka tak puas hati."

"Saya ada satu tawaran, tolong hebah kan kepada orang kampung, khas untuk orang yang membakar kebun tu, tolong bagi tahu kata Cikgu Othman nak ajak bertumbuk, kalau berani marilah, bila-bila masa boleh." Geram sangat dah tu, tak leh nak tahan.

"Sabar cikgu, mungkin ada hikmahnya tu."

Baru dua hari lepas Pak Man pergi jumpa pegawai RISDA, bincang bagaimana nak selamatkan pokok yang masih tinggal itu. Tapi Tarmizi kata, kali ini, habis semuanya. Api naik menjulang-julang tinggi nya. Kalau ada tinggal pun yang tepi-tepi bukit ajelah. Adalah dalam 200 pokok. Durian ada tinggal sebatang. Dokong habis semua nya menjadi abu.

Terduduk juga lah sekejap, tapi lepas tu Pak Man buat tak tahu saja lah. Malas nak fikir lagi. Harapan sudah punah-ranah......

2 comments:

Anonymous said...

nak menitik air mata. Tapi Pak Man, inilah asam garam orang berkebun. Ciri-ciri org tua dulu dulu kena ada ; gigih, yakin, sabar dan sebagainya. Tapi nampaknya Pak Man ada lebih satu lagi > gedebe! Kisah kebakaran Pak Man ni mcm kes kebakaran di California je. Walaubagaimanapun , adalah tu hikmah hikmah nya. (Dgn izin) Bear in mind that ALLAH never make mistake.

Tepi Sungai Batu said...

Spy,
Kalau difikir-fikirkan boleh gila dibuatnya.Modal habis berpuluh ribu, tapi hasilnya eillek!
Ya, saya setuju dengan awak Spy, mungkin Allah nak bagi rezeki saya dalam bentuk yang lain.
Redha aje lah.