ini blog Pak Man. tempat Pak Man menulis apa saja yang terlintas di fikiran Pak Man. selamat membaca!
Monday, October 22, 2012
Saturday, October 20, 2012
Orang Kelantan, kerja ATM, nak sokong mana?
Kahkahkah.......di luar, jaket ATM. Tapi di dalam.....jersi TRW.....kahkahkah...............naik trak ATM. Dalam hati hanya Allah yang tahu.
Friday, October 19, 2012
Monday, October 15, 2012
Kalau menang, tanah lot rumah, percuma.
Final: Lot tanah menanti pemain Red Warriors
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD
15 Oktober 2012
15 Oktober 2012
Tan Sri Annuar Musa
Pengumuman terbaru ini dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) - jika anak buah Bojan Hodak mampu merealisasikan impian tersebut dengan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-86, yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Shah Alam.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pemain yang menyumbang kepada kejayaan Kelantan bakal mendapat lot tanah bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 membabitkan kos keseluruhan mencecah hampir RM2 juta.
“Saya harap pemain tidak melepaskan peluang mencipta sejarah meraih gelaran trebel pertama.
"Peluang ini mungkin tak datang dalam tempoh 100 tahun. Kali ini kita sedang hampiri untuk menguasai kesemua kejuaraan yang dipertandingkan di negara ini," katanya.
Saturday, October 13, 2012
Wednesday, October 10, 2012
Mayat tinggal rangka
Mayat warga emas ditemui tinggal rangka
Wartawan Sinar Harian
10 Oktober 2012
10 Oktober 2012
Mayat mangsa dibawa ke HTAA, Kuantan untuk bedah siasat.
Mayat Chiew Yoke Woh @ Chiew Ngan Chai, berusia 67 tahun, ditemui terlentang atas katil ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang ke rumahnya untuk lawatan bagi mengemas kini data penerima bantuan.
Anaknya, Chiew Pit Yeong, 24, mengalami masalah mental merupakan penerima bantuan bulanan daripada JKM.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.
"Ketika ini kita mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kematian.
"Mayat dibawa ke Hospital Raub sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat," katanya.
Thursday, October 4, 2012
Maggi Ketam
Ada 3 jenis. Yang mana satu yang anda suka?
Jenis A(ketam laut)
Jenis B(ketam kayu)
Jenis C(ketam nipah)
Thursday, September 27, 2012
Acar pisang galo.
Acar pisang galo adalah termasuk dalam senarai makanan kegemaran Pak Man. Sekarang ni susah sikit nak dapat. Mungkin pokok pisang galo dah tak berapa banyak ditanam. Mungkin juga tak ramai orang yang meminati makanan ini. Bagi Pak Man acar pisang galo ni sangat sedap bila dimakan dengan nasi .
Gambar ni Pak Man ambil dari group fb Perantau Bachok. Kredit untuk tuan punya gambar.
Sunday, September 23, 2012
Sharifah Khasif sudah kahwin.
BAHAGIA... gambar Sharifah Khasif bersama suami, Mohammad Hizal pada hari pernikahan mereka 7 September lalu.
Gosip pernikahannya dengan VIP itu disiarkan dalam ruangan CAK, Selebriti, minggu lalu. Berikut isi kandungan e-mel yang dikirim Sharifah Khasif berserta gambar pernikahannya.
“Assalamualaikum warahmatullah. Terlebih dulu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Harian Metro atas cerita yang diuar-uarkan. Saya juga tidak menyangka perkahwinan ini akan menjadi buah mulut orang dan menjadi satu pertikaian yang sepatutnya kita syukuri hikmah sesebuah perkahwinan.
Itu sepatutnya pandangan yang perlu ada apabila seseorang umat Muhammad mampu mendirikan perkahwinan yang pastinya membawa keberkatan dunia dan akhirat.
Untuk pengetahuan media, sebenarnya tidak timbul isu nikah sembunyi, nikah Siam dan sebagainya kerana perkahwinan saya pada 7 September 2012 di kediaman saya dan resepsi pada malamnya dihadiri hampir ribuan tetamu.
Saya juga mewakilkan pengurus peribadi saya, Haryati untuk menjemput pihak media dan rakan-rakan daripada stesen televisyen untuk hadir bersama.
Perkara sebegini adalah satu keaiban memandangkan saya juga dikenali sebagai ahli al-Quran yang mana dalam Islam, perkahwinan itu sendiri hendaklah diuar-uarkan supaya tidak timbul fitnah dan masalah kemudian hari.
Jodoh pertemuan ajal maut di tangan Allah. Saya bersyukur kerana mempunyai suami yang penyayang, bertanggungjawab dan menjaga saya dengan baik. Setiap doa kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga dan begitulah sebaliknya. Maka berdoalah yang elok-elok kerana setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah di sebaliknya.”
Thursday, September 20, 2012
Mayat reput dalam tangki air taman perumahan
337 penghuni "minum air mayat" tuntut RM100 juta
TAWAU 20 Sept. - Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.
Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.
Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu. - BERNAMA
Sunday, September 16, 2012
Kem Kecemerlangan budak-budak Al-Falah di Chemerkau Resort, Ulu Dong.
15 &16 Sept 2012, dua hari satu malam di Chemerkau Resort, Ulu Dong, Raub.
Pemandangan dan persekitaran yang sungguh damai dan tenteram..................
Pak Man hadir hanya sebagai pemerhati sambil menyedut udara segar.
Terdapat sebuah kolam ikan. Bekas lombong emas pada suatu masa dahulu.
Sebuah dewan yang sesuai untuk berseminar atau bermesyuarat. Pelajar-pelajar sedang tekun mengikuti kelas pembelajaran secara kolaboratif.
Saturday, September 15, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Begini lah nasib orang Batu Talam.
Semalam, 10 Sept.2012 hari Isnin. Pukul 4:00 pm, hujan turun dengan lebatnya selama lebih kurang 30 minit. Akibatnya, jalan Cheroh ke Batu Talam dinaiki air.
Ini adalah akibat dari sistem peparitan yang tersumbat. Atau pun mungkin parit yang terlalu sempit.
Kampung ini banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Pahang. Balak berpuluh-puluh lori sehari keluar melalui jalan ini. Bijih besi berpuluh-puluh lori sehari keluar dari sini.
Diharap kerajaan dapatlah menyumbangkan balik sebahagian daripada hasil tersebut untuk pembangunan kampung ini. Lebarkan jalan, luaskan parit. Itu sudah cukup.
Semenjak merdeka hingga kini , DUN Batu Talam sentiasa dalam genggaman kerajaan.
Ini adalah akibat dari sistem peparitan yang tersumbat. Atau pun mungkin parit yang terlalu sempit.
Kampung ini banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Pahang. Balak berpuluh-puluh lori sehari keluar melalui jalan ini. Bijih besi berpuluh-puluh lori sehari keluar dari sini.
Diharap kerajaan dapatlah menyumbangkan balik sebahagian daripada hasil tersebut untuk pembangunan kampung ini. Lebarkan jalan, luaskan parit. Itu sudah cukup.
Semenjak merdeka hingga kini , DUN Batu Talam sentiasa dalam genggaman kerajaan.
Tuesday, September 4, 2012
Sharbinee: 'Saya tak jual perlawanan'
Sharbinee: 'Saya tak jual perlawanan'
Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
4 September 2012
$entry.content.caption.value
Kontroversi itu bermula apabila Sharbinee dikatakan menjadi sasaran kemarahan pengendali skuad Penyu, Peter Butler selepas penjaga gol itu melepaskan gol mudah ketika Terengganu mendahului Kedah 1-0 di laman sendiri kelmarin.
Mohd Sharbinee berkata, dia sedia disiasat badan anti rasuah itu kerana dia tiada apa-apa yang hendak disembunyikan.
“Saya mahu membersihkan nama saya dan biar SPRM siasat, tuduhan ini amat menyedihkan apabila mereka melabelkan saya pemain yang mudah ‘dibeli’.
“Walhal saya tidak pernah melakukan perbuatan itu dalam mana-mana perlawanan sekalipun. Sekiranya saya ada melakukan kesilapan, saya rela ditegur atau dikritik, tetapi bukannya dengan cara sebegini,” katanya ketika ditemui di Jalan Sultan Zainal Abidin, dekat sini semalam.
Dalam pada itu, bekas penjaga gawang kebangsaan itu turut mengakui dia membuat kesilapan dalam perlawanan ketika menentang Kedah tempoh hari, dan tidak takut untuk mengaku kesalahan itu.
“Apabila berlaku perkara seperti ini (dituduh jual perlawanan), ia memberi tamparan hebat buat saya untuk berdepan dengan masyarakat, lebih-lebih lagi peminat bola sepak.
“Saya bersedia menerima kritikan terutamanya daripada jurulatih, tetapi bukannya dimalukan di hadapan peminat dalam stadium,” katanya.
Menurutnya, tindakan Peter Butler yang mengkritiknya di hadapan penonton menyebabkan dia hilang sabar dan bertindak membaling botol air ke arah jurulatih kelahiran England itu.
“Saya akui hilang sabar ketika itu, dia sepatutnya mengkritik saya dalam bilik persalinan dan saya sedia mendengar bukannya melemparkan kutukan pada saya dalam padang.
“Malah saya juga hairan dengan tindakan dia (Butler) kerana sebelum ini kami mempunyai hubungan yang baik,” katanya.
Sementara itu, Sharbinee berkata, dia bersedia berundur jika perkhidmatannya tidak diperlukan lagi, tetapi bukan dengan cara sebegini, sambil menyangkal khabar angin mengatakan dia akan bersama pasukan Johor musim depan.
“Saya suka bermain untuk Terengganu tetapi jika saya perlu meninggalkan pasukan ini, maka saya tidak mahu untuk dengan cara seperti ini (rasuah).
“Mengenai khabar angin itu (beralih ke Johor), ia sama sekali tidak betul dan saya masih pemain Terengganu. Buat masa ini saya mahu menyelesaikan masalah yang berlaku dengan cara terbaik,” katanya.
Justeru, dia akan menunggu keputusan yang akan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh sebelum membuat keputusan mengenai tindakan lanjut secara profesional.
Sebelum ini, dua lagi pemain Terengganu, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Ashari turut disingkirkan daripada pasukan Terengganu yang didakwa oleh bekas jurulatih Kelantan itu melanggar disiplin dengan membawa pulang wanita ke bilik penginapan, ketika menentang Kedah di Stadium Darul Aman minggu lalu.
Bagaimanapun, dua pemain ini tampil menyangkal dakwaan itu dan menuntut Peter Butler memohon maaf, namun bagi Mohd Sharbinee, dia tidak akan meminta Butler berbuat demikian.
“Jika dia merasakan dia seorang jurulatih profesional, maka dia akan melakukan perkara yang sepatutnya,” katanya.
Terengganu bakal kehilangan beberapa tonggak utama termasuk Mohd Sharbinee dalam saingan pusingan kedua Kumpulan B, Piala Malaysia ketika turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah esok (malam ini).
Selain itu, skuad Penyu juga tidak dapat menurunkan penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe, kerana digantung satu perlawanan berikutan dilayangkan kad merah ketika menentang Kedah Sabtu lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















