Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa
 
KOTA BHARU – Ganjaran lot tanah menanti barisan pemain The Red Warriors sekiranya berjaya melengkapkan kejuaraan treble pertama dengan menjulang Piala Malaysia, Sabtu ini.
Pengumuman terbaru ini dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) - jika anak buah Bojan Hodak mampu merealisasikan impian tersebut dengan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-86, yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Shah Alam.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pemain yang menyumbang kepada kejayaan Kelantan bakal mendapat lot tanah bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 membabitkan kos keseluruhan mencecah hampir RM2 juta.
“Saya harap pemain tidak melepaskan peluang mencipta sejarah meraih gelaran trebel pertama.
"Peluang ini mungkin tak datang dalam tempoh 100 tahun. Kali ini kita sedang hampiri untuk menguasai kesemua kejuaraan yang dipertandingkan di negara ini," katanya.